Allahyarham meninggal dunia ketika berumur baru 24 tahun. Terlampau muda. Beliau merupakan sahabat penulis yang pertama meninggal. Sebelum ini penulis tidak pernah kehilangan sahabat dalam hidup.
Ya benar, kematian mengajar manusia erti kehidupan. Kematian memberikan manusia semangat untuk terus berjuang. Kematian membuatkan manusia tidak menjadikan dunia sebagai tempat melepaskan geram. Kematian akan membuatkan manusia sentiasa berhati-hati dalam bertindak agar setiap gerak langkah tidak menjadi hujjah di hadapan Allah SWT.
YB Dr. Halimah Ali pernah menyebut kalau beliau ada kuasa untuk memberi cuti.nescaya beliau akan memberi cuti kepada kedua malaikat yang mencatit segala amalan manusia. Oleh pencatit amalan tidak pernah cuti. Maka manusia tidak perlu cuti dalam memperjuangkan agama Allah SWT.
Kehidupan manusia penuh dengan cabaran, dugaan, kegembiraan, kedukaan, tekanan dan sebagainya. Tetapi berbanding akhirat yang kekal abadi apalah sangat. Jika manusia diberi pilihan untuk bergembira di dunia atau akhirat. Mesti manusia akan memilih akhirat. Apalah sangat kegembiraan di atas dunia jikalau akhirat manusia akan menempuh sengsara.
Ini bukan bermakna manusia tidak boleh bergembira di dunia. Bahkan manusia dibenarkan bergembira. Tetapi dalam kegembiraan jangan dilupakan tugasan manusia sebagai khalifah Allah SWT.
Jangan kerana kesibukan mengejar pekerjaan atau mengejar kejayaan dalam pelajaran. Tanggungjawab kemasyarakatan diabaikan. Gerakan Islam dibiarkan gersang tanpa bantuan. Apa guna hidup seorang hamba jika melanggar perintah tuannya.
Apa guna manusia mendakwa yakin kepada akhirat, tetapi tidak melaksanakan tuntutan untuk mencapai kegembiraan di akhirat. Apakah manusia bermain-main dengan keyakinan sendiri.
Allah sentiasa melihat perbuatan hambaNya dan malaikat tidak pernah miss untuk mencatit setiap amalan manusia. Jadi kenapa kalian leka…. Teruskan perjuangan untuk memartabatkan ISLAM.
Islam tidak memerlukan kalian. Tetapi kalian yang memerlukan Islam sebagai jambatan untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Kalian memerlukan Islam untuk memastikan perjalanan hidup mencapai keamanan dan kemakmuran. Kalian memerlukan Islam untuk mengajarkan manusia erti sebuah kehidupan.
Cukuplah kematian sebagai satu peringatan.
Al-fatihah untuk Allahyarham Ahmad Aduka Alias
www.attakiri.blogspot.com
... Bekerja Untuk Islam ...
No comments:
Post a Comment