Sunday, November 23, 2008

Kepimpinan Ulamak…Ulamak jangan terlampau leka

Desas desus mula timbul terhadap prinsip perjuangan PAS yang dilingkari dengan kepimpinan Ulamak. Ada yang mengandaikan bahawa kepimpinan ulamak sudah tidak relevan dalam rencah politik masa kini. Ada yang mencadangkan agar kepimpinan ulamak diperkasakan agar lebih dipandang. Ada yang mencadangkan agar ulamak tidak terlibat dalam peringkat perlaksanaan parti, cukup sekadar penasihat atau Majlis Syura sahaja.

Kepimpinan Ulamak mula dicanang pada tahun 1982. Ketika itu, Dewan Pemuda di bawah pimpinan Saudara Mustafa Ali telah mencadangkan agar kepimpinan Ulamak mesti menjadi peneraju parti. Mungkin cadangan ada kaitan sedikit dengan revolusi iran di bawah kepimpinan Ulamak.

Rentetan dari usul tersebut, PAS telah memperkenalkan Majlis Syura Ulamak bagi meneruskan konsep kepimpinan Ulamak dalam PAS. Kepimpinan Ulamak bukan semestinya pemimpin itu seorang ulamak. Tetapi kepimpinan Ulamak ialah segala gerak kerja parti sentiasa dipantau oleh sistem yang dipanggil Majlis Syura Ulamak agar PAS terus menerus bergerak di atas landasannya yang sebenar. Cuma kekadang keperluan untuk melantik pemimpin dari kalangan ulamak adalah untuk meyakinkan masyarakat tentang komitednya PAS melaksanakan agenda perjuangan parti.

Dalam hal ini, mungkin ada graduan agama tersenyum lebar kerana berkemungkinan dia akan mendapat peluang untuk terlibat dalam kepimpinan PAS. Mungkin status lepasan agama menjadi syarat atau key untuk menjadi seorang pemimpin dalam PAS sehingga mengetepikan golongan yang lain.

Menyentuh ulasan Naib Presiden PAS, Tn. Hj. Mohamad Sabu yang kelihatan masih belum berpuas hari terhadap ulamak pelapis sepatutnya di ambil satu pengajaran dan pengiktibaran.

Kalau ulamak pelapis terus-menerus leka dan berbangga dengan title ulamaknya. Tidak mustahil pada masa akan datang perwakilan sudah tidak memberi kepercayaan lagi kepada ulamak untuk memimpin. Ulamak hanya akan dibiarkan untuk penasihat agama sahaja tanpa kuasa.

Inilah bahayanya jika ulamak leka dengan habuan duniawi yang tidak berkehabisan sampai bila-bila. Memang tidak dinafikan di kalangan kita wujud ulamak pelapis seperti Ust Nasrudin Tantawi, Ust Zaharudin Mohamaad, Ust Norazli. Tetapi bilangan ini masih belum mengcukupi untuk menampung pentarbiyahan ahli yang hampir 1 juta.

Memang tidak dinafikan ramai graduan Mesir, Jordan, Syria dan Yaman pulang ke tanah air. Tetapi keterlibatan dalam parti masih kurang dan tidak sepadan dengan jumlah yang ramai itu.

Graduan-graduan ini hanya terkenal kerana dapat memberi kuliah selama berjam-jam. Tetapi dari segi pengurusan dipandang lekeh oleh masyarakat setempat. Ini merupakan kelemahan yang patut diperbaiki oleh golongan yang bergelar Ulamak

Rasulullah SAW bukan sahaja terkenal sebagai seorang pendakwah. Tetapi Nabi juga terkenal sebagai seorang panglima tentera, pakar perancangan dan pembangunan bandar. Jurutera pengairan Madinah, hakim yang cukup bijak, pemimpin yang tegas dan disegani oleh kawan dan lawan.

Ulamak merupakan pewaris nabi. Semesti mereka akan memiliki sifat-sifat rasulullah sebagai tanda pewarisan ini.

Jika Ulamak masih lagi tidak agresif seperti Ulamak PAS sekarang, jangan harap mereka akan dilantik atau diberi kepercayaan untuk menjadi pemimpin parti. Ulamak perlu proaktif dalam berdakwah. Dakwah bukan sekadar berlegar dalam halaman masjid dan surau, dakwah bukan sekadar menunggu untuk dipanggil ke kuliah maghrib dan subuh, bahkan lebih daripada itu.

Bersama-sama menggemilangkan kepimpinan ulamak….

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...

2 comments:

Anonymous said...

Salam,

Saya bukanlah ahli Pas tetapi saya x pernah miss sokong Pas dalam Pilihanraya. Apa yang saudara lontarkan adalah benar. Masyarakat Melayu Islam di Malaysia sebenarnya kekurangan "Ulama Utiliti". Mungkin ada tapi cuma persepsi masyarakat Melayu yang disempitkan dengan menyatakan graduan timur tengah hanya untuk ceramah dimasjid atau surau. Oleh itu peranan graduan itu sendiri dan juga Pas selaku Parti yang berpengaruh untuk menukarkan persepsi tersebut.

Anonymous said...

Salam,

Eloklah bagi dalil dari AQ dan Sunnah yg jelas tentang kepimpinan ulamak ni. Jangan bagi dalil yg sipi2 saja.

Org melayu ni bagi depa ulamak yg muktabar ni ialah ulamak yg menentang kerajaan. Kalau tak lawan kerajaan maka tak cukup lagi muktabarnya walau pun ilmunya sikit sangat. Kalau setakat lantang berceramah dan masuk ISA belum tentu cukup muktabar.

Tak payahlah ulamak ni masuk berpolitik. Ada tak dalil ulamak wajib berpolitik? Kalau menasihat memang le wajib. Terpulang kepada pemerintah nak terima nasihat atau tidak. Itu dosa pemerintah dengan Allah.

Kalau pemerintah tak terima nasihat tak payahlah ajak rakyat buat demo atau lawan kerajaan. Imam Syafie dan Imam Ahmad dulu pun kena tangkap dengan pemerintah juga, tapi tak hasut pun rakyat lawan pemerintah.

Kalau ulamak berpolitik rakyat akan terkeliru kerana selalunya mereka tak berani mengeluarkan fatwa yg bertentangan dengan kepentingan politik mereka.Kes jaga kepentingan sendiri ketika bagi fatwa ni terjadi kepada ulamak kerajaan dan pembangkang.

Tokngah