Thursday, November 13, 2008

Kejadian 1987 pasti berulang

Pemilihan UMNO peringkat Bahagian sudah selesai.calon untuk setiap jawatan setiap jawatan sudah diperolehi. Penulis tidak pasti berapa banyak duit yang terpaksa dilaburkan oleh calon untuk melayakkan diri menjadi calon. Ini adalah bahana sistem kouta yang ditanam dalam perlembagaan UMNO.

Pemilihan kali ini memaparkan hampir 900 kes rasuah (politik wang) yang dilaporkan kepada lembaga disiplin UMNO. Perbalahan dalam mesyuarat bahagian di beberapa tempat. Kenyataan yang mengentam antara satu sama lain dan pelbagai ragam lagi yang berlaku dalam rumah tangga parti Assobiyyah ini.

Tahun 1987 menyaksikan pertembungan yang cukup teruk dan memalukan antara team wawasan yang diketuai oleh Tun Mahathir Mohamad dan team B yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Pertembungan ini membawa kepada pengharaman UMNO.

Hasil daripada pengharaman tersebut UMNO terpecah menjadi UMNO baru dan Semangat 46. UMNO baru ini dianggotai oleh semua ahli yang solid dengan mahathir. Sementara Semangat 46 pula dianggotai oleh penyokong Ku Li.

Kejadian yang dahsyat ini seolah-olah akan berulang kembali. Pertembungan dalam UMNO tidak dapat diselindungi lagi. Perbalahan, rasuah dan perebutan kuasa seolah-olah menjadi intipati dalam UMNO.

Kalau sebelum ini UMNO dikenali parti yang orang melayu yang mempertahankan kedaulatan raja-raja. Tetapi kini UMNO dikenali sebagai parti yang mementingkan perut dan kedudukan sendiri.

Inilah bahananya apabil parti dan perjuangan tidak diasaskan atas dasar agama. Apabila semua pendokong parti disimbah dengan kesenangan, masing-masing mula berfikir untuk mengambil setiap keuntungan sebagai kepentingan peribadi dan juak-juak sendiri.

Mungkin ketika permulaan dalam perjuangan, masing-masing ikhlas dalam memperjuangkan idealisma perjuangan parti. Tetapi selepas mendapat kemewahan, masing-masing mula terfikir untuk mengaut kemewahan hasil daripada perjuangan dalam parti.

Kalau perjuangan diasaskan atas dasar agama, hasil kemewahan dipandang sebagai satu alat untuk mengembangkan Islam. Kuasa yang dapat dimanupulasikan untuk melaksanakan syariat Islam secara menyeluruh.

Tahun 1987 UMNO diharamkan oleh mahkamah, tahun 2008 UMNO akan diharamkan melalui kuasa rakyat yang terlampau muak dengan perangai UMNO

Calon kepimpinan penuh dengan skandal. Pemimpin dan ulamak yang berwibawa sudah lama meninggalkan UMNO. Yang tinggal hanya pemimpin yang gilakan kuasa dan penuh skandal.

Semua orang kenal siapa bakal presiden UMNO akan datang, semua orang kenal siapa calon tim. Presiden UMNO.

Rakyat sudah terlampau muak dengan keadaan sedemikian.

Sejarah pengharaman UMNO pasti akan berulang kembali. Kalau tidak sekarang, tunggulah dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Rakyat akan membuat keputusan. Kekuasaan UMNO akan berakhir dengan berakhirnya teori RAHMAN (jangan percaya sangat teori ni).

Ingatlah setiap kerajaan di muka bumi ini milik Allah.

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...

No comments: