Tuesday, November 18, 2008

Raja-Raja Melayu dan Politik

“Peranan besar perlu diteruskan biarpun sultan atau istana tidak boleh terlibat dalam politik tetapi mereka boleh campur tangan dalam urusan politik. Pemisahan agama dan politik merupakan ajaran barat bukan ajaran Islam. Kalau dalam agama Islam, politik dan agama tidak boleh dipisahkan dan ini lebih difahami oleh Raja-raja Melayu berbanding dengan pemimpin UMNO itu sendiri”

Ini antara intipati temuramah Harakah bersama Tuan Guru Dato’ Seri Presiden yang menarik perhatian penulis.

Pasca PRU12 memperlihatkan tentang campur tangan istana dalam perlantikan Menteri Besarnya. Kes yang berlaku di Perlis, Terengganu, Selangor dan Perak memperlihatkan sebenar seorang Sultan yang menjadi ketua agama setiap negeri.

Walaupun dalam Islam tidak wujud jawatan ketua agama. Mungkin istilah ketua agama dalam perlembagaan bermaksud sebagai pelindung agama apabila hak Islam ditimbulkan.

Sejak dulu lagi, penjajah telah menanamkan sikap politik suku agama suku. Ini semua hasil pengaruh kristian yang menular dalam jati diri umat islam melalui penjajah.

Sultan-sultan seolah-olah didoktrinkan supaya tidak mencampuri urusan politik negara walaupun berada dalam keadaan kritikal.

Sultan mungkin tidak b0leh condong kepada mana-mana parti politik. Tetapi sultan berhak mencampuri urusan politik jika ia membahayakan negara.

Contoh apabila isu perkauman, perlembagaan, hak istimewa bangsa melayu dan sebagainya. Isu-isu ini merupakan isu yang cukup sensitif yang boleh menggugat kestabilan negara. Selepas UMNO kelihatan tidak berjaya membendung isu ini dari terus padam. Majlis raja-raja terus bermesyuarat bagi menyelesaikan isu ini daripada meledak.

Ini merupakan contoh keterlibatan Majlis raja bagi mencampuri urusan politik demi kepentingan masyarakatnya.

Majlis raja-raja menjadi tunggak kepada kestabilan politik negara. Rakyat perlu menghormati setiap keputusan yang keluar agar keamanan dapat dicapai dan dikecapi oleh semua.

Harapan selepas Majlis Raja-Raja lebih kerap mengeluarkan kenyataan bagi menyelamatkan survival politik Malaysia yang semakin berselerak tabak dengan gelagat pimpinan yang seolah-olah tidak inginkan penyelesaian secara Islam.

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...

No comments: