Wednesday, November 19, 2008

Politik Bogel…Pengaruh Barat

Seminggu lepas Selangor dikejutkan dengan kenyataan seorang reformis Saudara Ramlan bin Abu Bakar atas ugutannya untuk mengadakan mogok bogel di hadapan SUK negeri Selangor. Isu ini ditimbulkan ekoran Majlis Kerajaan Tempatan memutuskan untuk untuk menaikkan sewa rumah PPRK dari RM 124.00 kepada RM 250.00.

Mungkin protes ini dianggap wajar. Siapa mahu harga sewa dinaikkan mudah-mudah. Begitu juga, siapa yang mahu harga minyak dinaikkan tanpa alasan munasabah, siapa yang mahu harga barangan terus kekal naik walaupun minyak diturunkan sebanyak 5 kali.

Tapi dengan cara membogelkan diri merupaka cara yang tidak bermaruah. Mungkin beliau berniat untuk menarik perhatian rakyat Malaysia terhadap isu ini. tetapi ingat Matlamat tidak pernah menghalalkan cara.

Islam membenarkan supaya rakyat memprotes jika tidak bersetuju dengan sesuatu tindakan kerajaan. Ini adalah kerana segala hasil pendapatan kerajaan ialah hasil daripada titik peluh rakyat. Oleh itu rakyat berhak mengetahui perkembangan negara yang didiami ini.

Membangkang menghasilkan sebuah kerajaan yang berintegriti dalam setiap tindakan. Walaupun kerajaan PAKATAN RAKYAT memerintah tidak semestinya setiap tindakan mempunyai keadilan kepada semua pihak.

Cuma yang membezakan kerajaan BN ialah Kerajaan PR sentiasa mendengar dan prihatin terhadap masalah rakyat.

BOGEL bukan penyelesai kepada masalah. Tetapi lebih menambah masalah. Bukan setakat masalah tidak dapat diselesaikan, malah MARUAH pun terus hilang.

BOGEL merupakan salah satu teknik barat dalam melancarkan protes terhadap kerajaan. Kalau sebelum barat pernah melahirkan budaya Punk kerana tidak puas hati dengan tindakan kerajaan. Barat juga pernah menganjurkan Seni BOGEL bagi memaparkan seni keunikan manusia yang memaparkan hampir 5000 orang berbogel dalam dataran yang luas.

YB Iskandar Abdul Samad telah menjelas bahawa antara rasional tindak kerajaan kerajaan kos pengurusan tidak sepadan dengan pendapatan bulanan daripada jumlah sewaan. Pun begitu, kerajaan juga tetap prihatin dengan membenarkan pemohon untuk membuat rayuan supaya harga rumah mereka tidak dinaikkan atas sebab tidak mampu untuk menanggung kos kenaikan.

Mungkin sebelum ini rakyat telah didoktrin bahawa apabila kerajaan PR memerintah segala-gala mestilah free dan murah. Ini bersalahan dengan konsep sebuah kerajaan. Bagi penulis setiap kenaikan perlu munasabah dan kena pada tempatnya.

Berlainan dengan tindakan BN selama ini yang menaikkan sesuatu barang tanpa kajian sehingga menimbulkan pertanyaan dari kalangan rakyat yang cerdik pandai.

Tetapi setiap kenaikkkan hendak bersyarat iaitu kerajaan mesti meningkatkan pendapatan sesebuah kekeluarga itu. Sebab itu, penulis cukup bersetuju apabila kerajaan PR menaikkan tambatan paras kemiskinan daripada RM 700.00 menjadi RM 1,500.00. sekurang-kurang bantuan akan dihulurkan kepada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM 1,500.00 sebulan.

Jadi setiap kenaikan yang diumumkan tidak akan membebankan rakyat miskin di sesuatu negeri.

Di harap selepas ini tidak timbul lagi protes dengan mencabut maruah sendiri. Protes boleh, tapi maruah perlu dijaga.

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...

No comments: