Wednesday, November 26, 2008

S.P.I.E.S Anjakan Paradigma Kerajaan PAKATAN RAKYAT Negeri Selangor

Selepas di beri tanggungjawab untuk memegang Portfolio Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, YB Dr. Halimah bt Ali telah melancarkan Modul S.P.I.E.S untuk diketengahkan sebagai modul perubah masyarakat negeri Selangor.

SPIES merupakan modul untuk semua peringkat rakyat negeri selangor. Bermula dari SPIES Kanak-kanak, Belia, Siswa sehingga ke penjawat kerajaan akan di SPIES kan oleh kerajaan Negeri Selangor Daru Ehsan. Modul ini juga bukan hanya dikhususkan untuk rakyat yang beragama Islam, bahkan diperluaskan kepada semua agama.

Antara keistimewaan SPIES ialah Modul yang dilaksanakan ini dibincang secara kolektif oleh konsultan dan perunding yang cukup berpengalaman dalam aspek pembangunan Insan.

konsep penting dalam Modul SPIES ialah kepentingan penekanan spiritual dalam segenap aspek samada keagamaan dan kehidupan harian. Hampir semua agama mengajak manusia ke arah melaksanakan kebaikan. Tetapi, hanya ISLAM sahaja yang mengajak kepada kebaikan yang sebenar berteraskan konsep Keesaan kepada Allah SWT.

SPIES juga mengajak agar semua rakyat Selangor kembali menghayati agama masing-masing bagi melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni.

SPIES memberi erti :
S : Spirtual
P : Physical
I : Intelektual
E : Emosional
S : Sosial

Sosial, Emosional, Physical, Intelektual mesti berlandaskan kepada kekuatan spiritual. Jika keempat-empat elemen ini tidak digarap dengan konsep spiritual, nescaya sesebuah masyarakat akan membangun secara tempang dan senget. Spritual ialah asas kepada perbentukan peribadi manusia.

Spritual boleh diterjemahkan sebagai kepentingan menguatkan pendekatan rohani kepada peserta agar setiap peserta merasakan bahawa mereka ini disayangi dan diperhatikan oleh pencipta.

Adalah diharapkan agar kesemua konsep melahirkan sebuah masyarakat yang cemerlang berlandaskan kepada ketaqwaan kepada Allah SWT

Walaupun konsep ini masih diperingkat percubaan, tetapi usaha ke arah untuk melahirkan masyarakat selangor masyarakat yang cemerlang sepatutnya dipuji

Melalui maklumat pemantauan SPIES merumuskan bahawa konsep ini masih boleh diperbaiki dan boleh dijadikan sebagai satu modul kerajaan Negeri Selangor untuk dicontohi oleh negeri-negeri yang lain khususnya negeri di bawah PAKATAN RAKYAT.

Semoga modul ini menjadi perintis kepada usaha PAKATAN RAKYAT untuk membentuk Negeri Selangor Negeri yang Berkebajikan

Inilah antara kehebatan pemikiran Exco PAS YB Dr.Halimah Ali.

www.attakiri.blogspot.com


... Bekerja Untuk Islam ...

4 comments:

goooooood girl said...

your blog is feel good......

Anonymous said...

thank you four your comment

. said...

Program yang saudara sebutkan itu asalnya ialah BINA INSAN yang dimulakan oleh Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo. Ia dimulakan sejak tahun 2001 sehinggalah Pakatan Rakyat mengambilalih Selangor. Sejak dilancarkan, ia telah dilaksanakan melibatkan golongan pemimpin, pegawai kerajaan, warga industri, belia dan mahasiswa. Seramai lebih 250,000 orang terlibat sejak ia dilaksanakan. Elemen yang disebutkan sebagai SPIES adalah juga terkandung dalam prinsip 6M kerajaan negeri sebelum. Apa yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat selarang ialah rebranding. Terima kasih dan selamat maju jaya.

Anonymous said...

mungkin..tapi teknik pendekatan berbeza. penulis mengikuti TOT untuk membentuk modul SPIES.

dalam pelaksaaan Modul SPIES ini, Kerajaan telah menubuhkan badan Pemantau untuk memastikan program ini berjalan lancar dan berkesan..

inilah perbezaan yang nyata antara BN dan PR