Penulis berharap Himpunan Mansuh ISA tidak meniru format himpunan Protes yang lebih ke arah karnival minyak. Sampai sekarang penulis merasa terkilan dengan himpunan protes yang tidak berjaya mencapai matlamat kemarahan rakyat. Walaupun YB Dr. Hatta Ramli menyebut dalam parlimen bahawa penurunan harga minyak sekarang ini adalah hasil PROTES tetapi KEGAGALAN PROTES dalam meledakkan kemarahan rakyat perlu di ambil pengiktibaran.
Jadikan Perhimpunan Mahsuh ISA sebagai himpunan yang sebenarnya. Himpunan bukan bermaksud melakukan keganasan. Tetapi himpunan ialah luahan perasaan rakyat Malaysia terhadap segala kezaliman atau ketidak puasan hati terhadap tindakan kerajaan. Tidak kiralah samada kerajaan Barisan Nasional atau Kerajaan PAKATAN RAKYAT.
Suara rakyat perlu dihormati. Pemimpin mampu memegang kuasa hasil daripada kuasa rakyat. Pemimpin mampu menikmati kemudahan dan kemewahan hasil daripada duit rakyat.
Semoga Himpunan Mansuh ISA mencapai matlamat. Harap semua pemuda PAS dapat sama-sama menjayakan perhimpunan ini.
... Bekerja Untuk Islam ...
No comments:
Post a Comment