Saturday, November 15, 2008

Kematian Suatu Kepastian (3)

Sambung kembali muhasabah mengenai kematian..penulis memperbanyakkan tajuk berkenaan dengan kematian bukan bermaksud untuk membiarkan diri meninggalkan segala kerja-kerja keduniaan. Tetapi sebenarnya lebih untuk memajukan gerak kerja samada kerja jemaah Islam ataupun kerja-kerja mencari rezeki.

Antara sifat yang ada pada manusia termasuk penulis sendiri ialah terlampau suka menangguhkan setiap kerja. Mungkin kerja tersebut dianggap ringan hingga ditangguh. Ataupun kerja tersebut di luar kemampuan sehingga dibiarkan begitu sahaja.

Apabila seseorang itu diberi amanah untuk melaksanakan suatu tugasan ataupun kontrak untuk menyudahkan suatu projek. Bermakna dia akan bersedia untuk memikul amanah. Tugasan yang diterima merupakan satu amanah yang mesti diselesaikan. Projek yang diterima suatu amanah yang mesti disiapkan pada waktunya.

Kematian suatu perkara yang tidak dijangka. Datangnya tidak dijemput, perginya penuh dengan sambutan kesedihan. Semestinya kita menginginkan sebuah kematian yang penuh terhormat. Maksud terhormat bukan semestinya untuk mencapai pujian manusia. Tetapi mendapat pujian Allah, para malaikat dan semua makhluk langit.

Antara perkara yang dimurkai oleh Allah SWT ialah apabila amanah disia-siakan. Amanah bukan sahaja perkara yang berkaitan dengan kepimpinan. Tetapi amanah juga berkaitan dengan kekeluargaan, pendidikan anak-anak, pekerjaan dan kehidupan harian.

Kalau kematian menjemput dalam keadaan kita sedaya upaya melaksanakan sesuatu amanah, mungkin kita boleh berhujjah di depan Allah SWT.

Tetapi bagaimana apabila kematian menjemput dalam keadaan kita sengaja menangguh-nangguh setiap kerja yang diberikan. Macam mana kita hendak berhujjah di hadapan Allah SWT.

Gaji di ambil setiap bulan, tugasan sentiasa ditangguh sehingga bertimbun. Tanpa sedar kematian datang menjemput secara mengejut. Macam mana agakknya nasib ketika itu.

Begitu juga dengan tugasan yang diterima dalam gerakan Islam. Amanah perlu dipandang dalam konteks yang luas. Jangan dipandang dalam konteks pemerintahan sahaja.

Sekurang-kurangnya peringatan tentang kematian ini mampu membuatkan umat Islam cergas dalam melaksanakan setiap tugasa yang diberi.

Nabi Selalu berpesan bahawa orang yang cerdik ialah orang yang paling mengingati kematian. Cerdiknya dia kerana setiap tugasan diselesaikan dengan segera. Cerdiknya dia kerana sentiasa berfikiran jauh di hadapan.

Ingat setiap amanah akan di tanya oleh Allah SWT

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...

1 comment:

Shahr Albatnani said...

mati satu yang pasti...kenapa ramai yang takut pada "sajak kematian"

harap penulis rungkaikan ketakutan umum agar kami yang cetek ilmu ini dapat sampaikan pada pemilik sebenar "sajak kematian"