Tuesday, May 20, 2008

Penjelasan tentang Nick Name Attakiri


Semenjak blog ini ditubuhnya,terdapat pembaca yang tersalah anggap bahawa blog ini kepunyaan Ustaz Khairuddin Aman Razali Attakiri. Tetapi mujurlah penulis telah meletakkan nama sebenar penulis disebelah kiri artikel.

Sebenarnya penggunaan nick name ini merujuk kepada kampung tempat penulis membesar iaitu kg. Seberang Takiri. Ustaz Khairuddin juga berasal dari sana. Bukanlah niat penulis untuk menandingi ustaz khairuddin yang memang terkenal dengan ilmu dan kehebatan beliau. Tetapi bagi penulis tidak salah jikalau menggunakan nick name untuk merasakan sedikit kebanggaan terhadap kampung sendiri.

Sebenarnya penggunaan Laqab yang sama yang menunjukkan kepada tempat kelahiran ataupun tempat pengajian bukan perkara yang pelik. Contoh Syeikh Ali Tantawi dengan Sheikh Muhammad Tantawi. Kedua-dua merupakan insan berlainan.

Kami berasal dari kampung yang sama. Jadi tidak salah kalau penulis menggunakan nick name ini berterusan. Lagipun penulis telah memakai nick name ini sebelum mengenali ustaz khairuddin lagi.

Apa pun penulis memohon maaf di atas kekeliruan pembaca sekelian. Itu sahaja penjelasan penulis.

Harap selepas ini, sesiapa yang melihat artikel yang dikeluarkan oleh attakiri dipastikan dahulu siapa penulis sebenarnya.


... Bekerja Untuk Islam ...

2 comments:

Kerajaan Rakyat said...

Dengan perkembangan terbaru apa yang terjadi kepada kaum UMNO yang hidupnya penuh dengan semangat menipu rakyat telah benar-benar berada dalam kesialan dan kecelakaan. Kesialan dan kecelakaan yang meliliti roh jahat ini bakal mengkebumikannya buat selama-lamanya.

Pendita lapok dan tukang karut dari kaum UMNO, Musa anak Pak Hitam telah memuntahkan bau busuk isi perutnya dengan kenyataan “duri dalam daging sudah terkeluar”. Benar dan betul apa yang dimuntahkan oleh pendita lapok ini. Duri telahpun keluar dari daging UMNO yang rosak dan busok.

http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

Unknown said...

there is no big deal between two different name,as long as you are the PAS member.ish you and family will always in ALLAH Taala blessing..gud luck with these blog.