Saturday, May 3, 2008

Siaran Langsung Parlimen Wajar diteruskan

RTM pada kali ini telah mencatat sejarah apabila memulakan langkah dengan menyiarkan siaran langsung sidang parlimen. Pihak pembangkang khususnya Parti Islam Semalaysia (PAS) sejak dahulu lagi meminta supaya parlimen dibiarkan untuk dilihat oleh rakyat. Alhamdulillah sekarang sudah termakbul.

Walaupun begitu, selepas penyiaran secara langsung sidang parlimen baru-baru ini, Menteri Penerangan merasa begitu kecewa dengan sikap ahli parlimen di dalam dewan. Penulis sebenarnya tidak pasti kenapa beliau kecewa?. Adakah beliau kecewa kerana pembangkang bertalu-talu bertanya soalan? atau beliau kecewa kerana ahli parlimen kerajaan dilihat lesu dan gelabah?. PM Malaysia pula seakan-akan bersetuju supaya siaran langsung sidang parlimen dikaji semula. nampak gayanya macam sidang ini akan ditamatkan siaran dari RTM.

Oleh kerana Ahli Parlimen dipilih oleh rakyat, semestinya rakyat ingin melihat kredibiliti mereka di dalam membawa isu-isu rakyat. Rakyat tidak mahu ahli parlimen yang mengampu tidak tentu pasal. Rakyat juga tidak mahu ahli parlimen yang lesu dan malas dalam mengetengahkan isu-isu rakyat. rakyat tidak mahu ahli parlimen yang agresif tidak tentu pasal. Sebab itu, perbahasan mereka perlu dilihat oleh rakyat. lebih-lebih dikatakan bahawa hampir kesemua rumah di Malaysia mempunyai television. Isu ini bukannya isu pembangkang agresif dan pihak kerajaan lesu. tapi isu ini melibatkan keadilan. Rakyat berhak mengetahui perkembangan negara. Rakyat juga berhak mengetahui perilaku pemimpin mereka. Kerajaan Persekutuan tidak sepatutnya menyembunyikan setiap maklumat dan perilaku Ahli Parlimen kepada rakyat.

Rakyat sudah bosan dengan ulasan media terhadap perjalanan parlimen yang sentiasa berat sebelah. Jadi biarlah rakyat sendiri menilai kehebatan Ahli Parlimen yang dipilih. Alasan kecewa terhadap ahli parlimen pembangkang merupakan alasan yang tidak relevan. Kesimpulan untuk kecewa masih terlalu awal kerana siaran langsung baru sekali disiarkan. sepatutnya Kerajaan Persekutuan mesti menunggu sehingga selesai kesemua sidang parlimen kemudian barulah memberikan kesimpulan samada diteruskan atau dihentikan.

Kalau perkara yang berkaitan dengan isu Matematik dan sains yang diajar di dalam bahasa inggeris itupun akan dikaji selama setahun. inikan pula perbahasan parlimen yang dilihat lebih penting.

diharap pihak kerajaan Persekutusan boleh berfikir secara waras perkara ini. Jangan jadikan rakyat sebagai golongan yang buta maklumat. Jangan jadikan rakyat sebagai budak bodoh. kerana kalian boleh melonjak naik disebabkan rakyat. jadi fikirkanlah

No comments: