Semalam Dato’ Dr Zamry telah diperkenan untuk mengangkat sumpah sebagai MB Perak yang ke 11. PAKATAN RAKYAT sampai hari ini tidak mengiktiraf perlantikan itu bahkan akan terus memerintah sampai mahkamah membuat keputusan yang terakhir. Dengan sebab itu, UMNO mula menggunakan segala medium yang ada bagi menggambarkan bahawa Dato’ Seri Ir Nizar Jamaludin sebagai penderhaka kepada sultan.
Situasi yang berlaku hari ini cukup berbeza dengan situasi perlantikan menteri Besar di Terengganu dan Perlis. Di terengganu, UMNO jelas menderhaka kepada sultan dengan menentang keputusan majlis Penasihat Di raja untuk melantik Dato Ahmad Said. Majlis Penasihat Sultan di Terengganu telah mengikut perlembagaan untuk melantik MB dari kalangan parti yang mendapat majoriti dalam pilihanraya. Ketika itu, kerajaan belum ditubuhkan lagi.
Sementara di Perak, kerajaan sudah tertubuh. MB Perak hanya mengikut lunas-lunas perlembagaan bagi mempertahankan jawatan Menteri Besar kerana beliau belum menerima apa-apa surat hitam putih terhadap pemecatannya. Bahkan beliau akan terus bertahan sehingga mahkamah mengeluarkan keputusan.
Peristiwa di Kuala Kangsar mencatat sejarah baru dalam negara. Rakyat bangkit sehingga sanggup mati di gelek kereta raja. Rakyat bangkit sehingga sanggup ditanggap. Rakyat bangkit sehingga sanggup menghina sultan sendiri.
Bahkan penulis dimaklumkan bahawa keadaan di perak cukup tenat. Keseluruhan rakyat perak merasa dipermain-mainkan oleh politik kotor BN. Ketiga-tiga Adun pengkhianat tidak berani untuk pulang kerana bimbang akan diapa-apakan oleh rakyat mereka sendiri.
Rakyat masih tidak dapat menerima penggulingan kuasa secara khianat. Rakyat tidak dapat menerima penggulingan kuasa secara memperalatkan sultan. Rakyat tidak dapat menerima penggulingan kuasa secara membabi buta.
Ini semua membuatkan imej BN semakin jijik di mata masyarakat Perak. Tidak mustahil PRU13, bukan sahaja Perak akan di serahkan kembali kepada PR. Bahkan Malaysia pasti dapat dibuka oleh PAKATAN RAKYAT.
Ini semua hasil daripada tindakan dangkal BN untuk kembali berkuasa. Tidak pernah rakyat marah kepada raja mereka sehingga sanggup menyekat kereta sultan. Tidak pernah rakyat marah kepada raja mereka sehingga sanggup tidak membalas lambaian tuanku sultan. Tidak pernah rakyat marah kepada raja mereka sehingga sanggup menghina sultan dalam laman web diraja Perak. Ini semua sedang berlaku di Perak hasil dari tindakan Sultan Azlan Shah yang membuat keputusan menyebelahi BN.
Oleh itu, tindakan Dato’ Seri Nizar Jamaludin mempertahankan jawatan selaras dengan undang-undang dan kebangkitan rakyat Perak. MB Perak sanggup mempertahankan jawatan ini sehingga ketitisan darah terakhir selaras dengan kebangkitan rakyat Perak yang sanggup di tangkap bila-bila masa.
Sesungguhnya MB Perak memang seorang Pejuang rakyat yang patut dikenang sampai bila-bila. InsyaAllah semua kejadian ini akan menghasilkan satu hikmah yang besar iaitu kemenangan kepada Islam pada PRU13 nanti
www.attakiri.blogspot.com
... Bekerja Untuk Islam ...
3 comments:
semoga peristiwa ini dapat membuka mata semua pihak terutama pihak istana,jangan mengabaikan pandangan rakyat marhaein dan tidak menyebelahi sesetengah pihak saja dan bersikap adil kepada setiap rakyat,TIADA RAKYAT TIADA RAJA
salam bumi jawi .....
belajarlah drpd kesilapan yg lalu ... dizaman kesultanan Melaka yg ditulis oleh barat, Sultan diderhaka.
ISLAM sahaja yg mampu mentarbatkan pemerintah.
betul.....
Post a Comment