Tuesday, April 7, 2009

PRK P 059 3 : Menunggu 3 kemenangan PAKATAN RAKYAT

Hari ini, berlangsunglah pengundian yang dinantikan keputusannya oleh semua pihak. Setiap parti yang bertanding mendakwa bahawa parti mereka pasti menang. Dakwaan ini mungkin disebabkan analisis yang dibuat oleh parti masing-masing.

Peratusan pengundian kali ini mungkin menurun sedikit kerana hari pengundian di buat pada hari bekerja. Berkemungkinan target SPR bahawa peratusan pengundi yang keluar sebanyai 80% tidak tercapai.

Apa pun, penulis mengharap dan mendoakan agar kemenangan berpihak kepada calon PAS yang mewakili PAKATAN RAKYAT.

Baru-baru ini, mahkamah telah membenarkan MB Perak Dato’ Seri Ir Nizar mencabar kesahihan jawatan MB Perak (haram) Dato’ Dr Zamry. Bahkan mahkamah memutuskan bahawa cabaran ini bukan bermakna menentang keputusan tuanku sultan. Ini merupakan kemenangan pertama PAKATAN RAKYAT.

Hari ini, jika PAS menang dalam PRK ini yang akan diumumkan keputusannya mungkin seawal jam 9.00 malam. Ini merupakan kemenangan kedua PAKATAN RAKYAT.

Jika, kes mahkamah tidak diselesaikan sehingga bulan Mei ini, bermakna dewan undangan negeri akan terbubar secara automatik. Bermakna Piliharanraya DUN Perak terpaksa di adakan. kalau PR menang, ini merupakan kemenang ketiga PAKATAN RAKYAT.

Pun begitu, ini bukan bermakna PAKATAN RAKYAT berada dalam zon selesa, semua pihak perlu bersama bekerja untuk memberi kemenangan kepada PAKATAN RAKYAT.

Kalau DUN Perak terbubar pada bulan Mei nanti, perancang utama pengulingan kuasa patut dipersoal dan dipersalahkan. Perancang utama inilah yang membazirkan wang rakyat sehingga terpaksa diadakan pilihanraya kembali.

Apakah perancang utama ini tidak meneliti undang-undang tubuh negeri sebelum merancang.? Tidak cerdikkah perancang utama ini.?

Apa pun, sama-samalah kita berdoa untuk kemenangan kepada PR.

Kerajaan Perak Pimpinan PAS telah membuktikan keadilan Islam kepada masyarakat selepas mengambil alih tampuk pemerintahan di Perak. Kezaliman di sanggah dan keadilan dinobatkan.

Keadilan Islam meliputi semua agama tanpa mengira bangsa. Keadilan Islam bukan bermakna menzalimi penganut agama lain.

Amirul Mu’minin Umar Al-Khattab pernah menggugurkan pembayaran jizyah terhadap seorang yahudi kerana yahudi ini sudah tidak mampu bekerja.

Seorang pemerintah Islam, pernah memberi balik jizyah yang telah diberikan oleh orang bukan Islam kepada kerajaan Islam kerana pemerintah Islam ketika itu tidak mampu memberi perlindungan daripada ancaman perang.

Orang bukan Islam bersama-sama dengan orang Islam membangunkan Malaysia, mereka membayar cukai sebagaimana orang Islam. maka mereka wajar mendapat apa-apa yang menjadi hak kewarganegaraan.

Semoga PAKATAN RAKYAT akan bertemu dengan 3 kemenangan ini.

Kemenangan pertama sudah tercapai...kita tunggu 2 kemenangan lagi sebagai pra syarat untuk mencapai kemenangan yang besar dalam PRU13, insyaAllah

Apa pun bagi petugas PAS, komitmen perlu ditingkatkan. Parti perlu dikukuhkan. Jangan benarkan sebarang anasir-anasir yang merosakkan gerakan Islam ini. Pastikan syarat kemenangan dipenuhi. InsyaAllah

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...

3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum...
Ada soalan nak tanya nie...
Bolehkah orang islam bertakbir menyokong orang kafir berceramah?? Inikah ISLAM yang disokong PAS???

-INGIN TAHU-

Anonymous said...

Salam...
Pendapat saya mudah jer.. PAS bukan seperti yang saya sokong sebelum ni. Maksud saya sblm bkerja sama dengan setan2 DAP dan PKR. Skrg PAS dgn UMNO pun dah merepet. Kerana kuasa sanggup gadaikan ISLAM...

Sekarang saya hanya sokong Ibrahim Ali.

-Malik Bukit Gantang-

Anonymous said...

PAS macam ni..sebelum kiraan undi akan cakap macam2 yang buruk hina jijik terhadap lawan aka BN dan SPR,macam macam lah yang dilontarkan,tak telus lah,rasuah lah bla bla bla..tapi kalau dah memang senyap happy joli joli..dan kalau kalah tak payah nak cakap lah..Habis semua orang yang terlibat dengan pilihanraya tu dituduh rasuah..apa punya islam wa pun tarak tau.