Thursday, April 30, 2009

Terima kasih Ust. Nik Abduh

Ketika berlaku peristiwa muzakarah, ramai di kalangan ahli PAS agak pening melihat pertikaian antara 2 tok guru dalam PAS. begitu juga dengan peristiwa Unity Goverment. selain media, terdapat juga segolongan yang lain cuba untuk menimbulkan sentimen puak-puak seperti puak pro muzakarah dan puak anti muzakarah. Bahkan disebut bahawa Tuan Guru Mursyidul Am merupakan anti muzakarah.!

Dalam suasana yang berkecamuk itu, penulis percaya ramai pendokong PAS yang komited merasa agak sedih dengan suasana yang berlaku. Siapa yang tidak pening apabila kelihatan kedua-dua seakan-akan bertelagah pendapat.

Kini, segala rungkaian itu telah selesai dan tenang kembali. Tulisan Ust. Nik Abduh selaku anak kepada Mursyidul Am telah menyelesaikan segala-galanya.

Tulisan beliau diulas oleh pelbagai pihak mengikut versi yang difahami oleh masing-masing.

Bagi penulis, persoalan ulamak mee celup dan persetujuan Tok guru dengan unity goverment secara spontan itu bukan isu. Isu utama dalam artikel Ust. Nik Abduh ialah kedua-dua tok guru ini tidak bertelagah. Bahkan kedua-duanya saling hormat menghormati antara satu sama lain. Isu utamanya ialah jangan ada sesiapa yang cuba untuk melaga-lagakan antara ulamak-ulamak ummah ini.

Jadi kenapa kita sibuk membentuk puak-puak yang sepatutnya tidak wujud dalam PAS. PAS ialah Parti Islam Semalaysia dan juga merupakan Gerakan Islam di Malaysia. tidak wujud puak pro muzakarah ke, anti muzakarah ke, erdogan ke, PAS Terengganu ke dan sebagainya. Yang ada ialah PAS yang bertunjangkan kepimpinan Ulamak.

Kepimpinan Ulamak bukan satu istilah baru yang muncul pada tahun 1982. Tapi kepimpinan Ulamak ini merupakan kesinambungan daripada kepimpinan Nabi-nabi dan Rasul-rasul.

Nabi Muhammad SAW bukan hanya menjadi tempat rujuk. Tetapi Baginda menjadi Presiden Kerajaan Islam di Madinah. Begitu juga dengan khulafa Ar-Rasyidin, mereka adalah ulamak dan mereka juga adalah pemimpin.

Tidak tepat jika terdapat sesiapa menyebut ulamak sepatutnya hanya menjadi tempat rujuk. Ulamak tidak sepatutnya bercampur gaul dengan politik kotor ini. Persoalannya siapa yang menganggap politik itu kotor.?

Kepimpinan Ulamak tidak maksum dari dosa. Tapi setiap kelemahan perlu sama-sama diperbaiki dan bukan dirombak begitu sahaja.

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...

4 comments:

penawarrindu said...

Salam.
Teruskan memberi sokongan kepada Ustaz Nik Abduh.

Ibn 'AbdiLLAH As-Sarawaki said...

Salam'alaik Salam Ziarah Salam Perjuangan,

Beruntung sang bapa yang mempunyai anak sepertinya..

Anonymous said...

Bergerak di atas landasan kebenaran berlandaskan Quran Sunnah bukan hawa nafsu dan akal semata2...

Anonymous said...

http://kisahbenar.wordpress.com/

Kerja Bodoh Nik Abduh dan Kerja Jahat Pembantu Presiden
May 3, 2009

Siapa dak baca tulisan sensasi anak Nik Aziz, tapi sayang tak lebih dari menepuk air di dulang, muka sendiri jugak yang kuyup.

Dulu orang dak bercakap pasal kereta CRVnya, pasal dia makan gaji buta dok jadi ahli majlis MPKB dan komisyen balak, hari ini semua dah habis dicerita orang.

Nik Abduh dah pusing lalat. Bukan kerana banyak bersembunyi kat Kedai Lalat (Tak jauh dah dengan rumahnya), tetapi pening lalat pasal bau busuk jadi banyak lalat dok mari.

Nik Abduh buat pendedahan waktu Tuan Guru Nik Aziz mengerjakan umrah menunjukkan dia ada agenda busuk.

Terus terang, orang dah tahu Nik Abduh nak tunjuk hero belasah Husam. Dulu Nik Abduh halau Husam dari Kijang dalam Pengkalan Chepa. Hari ini Nik Abduh dengan sokongan moral pembantu Presiden di Selangor dan Terengganu nak bunuh karier politik Husam lak.

Kenapa ya?

Nik d sah berdalih dengan hujah-hujahnya. Kalau dia anak jantan berterus terang sahaja dia bencikan Husam kerana sejak Husam jadi exco kewangan, segala karut marut balak yang dinikmati oleh beberapa orang tertentu dalam PAS dah tamat.

Razak Abas, pembantu TGNA dan rakan balak Takiyuddin and the geng jugak kesayangan Nik Abduh. Tak payah sandiwara lagi. Ini semua hal dunia dan daak da kaitan dengan Ulama, membela Islam atau Perpaduan Melayu.

Dulu Nik Abduh bukan main lantang tuduh Husam rasuah sehinggakan dia tersembam dalam keaiban depan ayahandanya sendiri sebab tu dendam kesumat tak habis-habis.

Siapa dari geng Balak yang nak Husam menang Timbalan Presiden? Kalau Husam menang Timbalan Presiden, TGNA akan serahkan pada Husam jawatan MB Kelantan. Dah lebih enam tahun geng balak dok ikat perut tak cukup pitih balak, Husam jadi MB, habislah. Bukan ikat perut mati kebulur teruih.

Yang sedihnya, Nik Abduh bukan anak jantan, dia belasah Husam sambil selindung belakang jubah ayahandanya. Akibatnya, Husam tak kena, tapi ayahandanya yang teruk menanggung.

Inilah kisah benar hari ni. Nik Abduh cuba buruk Husam tapi conteng arang kat muka ayahandanya. Nik Abduh dak pandai. Dia makan jolokan pembantu Presiden di Selangor, takda fikir panjang langsung.

Nik Abduh ingat dia memukul Husam tapi buah yang digarap pembantu TG Haji Hadi sebenarnya nak jatuh maruah Nik Aziz. Jangan salah faham, TGHH langsung tidak dok dalam hal ini. Namanya kena lelong dek kepentingan orang lain.

Ini balas dendam terhadap TGNA sebab pembantu TGHH dak puas hati dengan TGNA dak menerima saranan Muzakarah dan lepas Kerajaan Perpaduan yang di lahir hasil hubungan sulit Timbalan Presiden PAS Ust. Nasha dengan UMNO.

Tindakan TGNA, terlepaslah peluang pembantu TGHH nak rasa jadi Setiausaha Akhbar Menteri.

Mudah nak racun Nik Abduh kerana kemelut lama dan balak yang dak pernah Husam lulus. lepas Mac 8, Husam dok buat sistem baru bagi susah perut-perut tu nok kuyah balak. Husam sendiri minta TGNA gugurkan nama dia dari Jkuasa Balak. Tapi Mohd Amar ada dan gerenti sign surat balak.

Kalau Husam kena tendang, Mohd Amar boleh jadi MB Kelantan dan senang nak ranggas balak.

Nik Abduh kena racun, konon cerita Husam letok YB Latif cabar Nik Abduh dari jadi Ketua Pemuda Kelantan. Gambrar maut, menggaga Nik Abduh.

Lepas kena tegur maruah Nik Abduh lebam macam buah pauh siam busuk. Mulalah meraban kononnya, TGNA tawar dia tanding pilihanraya. Pilih saja kat mana nak. Jadi cerita, Nik Aziz ni berat sangatlah perangainya nepotisme. Walhal, masa PRU 12 TGNA sendiri cakap, Nik Abduh tak layak sebab ‘dok matang’. Tu memang ikhlas dari TGNA. Jadi hari ini satu Malaya dok tengok Nik Abduh ni tak matang.

Nik Abduh ni mangsa saja. Dia dok jahat tapi sikit ada sikap berlagak. Inilah yang dimanipulasi oleh pembantu Presiden.

Kesian. Lagu ni lah PAS kalau nak tahu. Cerita benar PAS yang Harakah tak keluarkan dan Utusan tak tahu menahu.