Saturday, April 4, 2009

Harap rakyat tidak tertipu

Seperti yang dijangkakan, Dato’ Seri Najib Tun Razak telah mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri ke 6 setelah mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong.

Seperti mana Perdana Menteri sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia kali ini telah mengarahkan penarikan balik sekatan terhadap penerbitan akhbar, pembebasan 13 orang tahanan ISA dan akan mengkaji balik akta ISA.

Perbezaan ketara antara perlantikan Perdana Menteri sekarang dan Tun Abdullah Ahmad Badawi ialah di waktu perlantikan Tun Abdullah, rakyat mengenali beliau sebagai Mr Clean. Tetapi ketika perlantik Perdana Menteri sekarang, beliau sedang berdepan dengan masalah integriti dan moral yang belum dibersihkan oleh mana-mana mahkamah.

Ini memungkinkan keyakinan masyarakat terhadap beliau tidak sehebat keyakinan terhadap Perdana Menteri sebelum ini.

Pada permulaannya, penulis ingin bersangka baik terhadap ucapan permulaan Perdana Menteri dengan harapan pentadbiran negara akan menjadi lebih baik dan maju berdasarkan Islam yang menjadi agama rasmi negara.

TETAPI setelah difikirkan kembali, penulis merasakan harapan hanya tinggal harapan. Ketokohan seorang pemimpin tidak diukur bermula dengan perlantikan sebagai Perdana Menteri. Tetapi ketokohan seorang pemimpin diukur bermula apabila beliau mula menceburi bidang politik. Ketokohan itu, bukan sekadar dilihat dari segi kemampuan mentadbir, tetapi moral dan integriti perlu di ambil kira supaya kecemerlangan pentadbiran itu akan dapat diterjemahkan dalam sebagai ketua pentadbiran.

Dalam konteks Perdana Menteri sekarang ini, setahu penulis, beliau tidak pernah perubahan besar khususnya untuk Islam dalam setiap kementerian yang pernah dipegang antaranya Kementerian Pendidikan, kementerian Pertahanan dan kementerian Belia dan Sukan.

Mungkin pembaca yang lain pernah terdengar atau terbaca, tetapi penulis masih belum terjumpa fakta kecemerlangan kepimpinan Perdana Menteri sekarang.

Yang paling penting, Perdana Menteri sekarang ialah presiden Umno. Umno merupakan parti melayu yang masih mengamalkan dasar sekularisma dalam pemerintahan.

Pemisahan agama dan politik masih lagi ketara dalam pentadbiran, walaupun kenyataan ini acap kali disanggah oleh kepimpinan Umno. Sanggahan ini pun dikeluarkan selepas rakyat mula memahami pentingnya Islam menjadi teras dalam pemerintahan.

Bukti yang masih jelas ialah keengganan untuk melaksanakan undang-undang jenayah menurut Al-Quran. Sistem kewangan Islam (walaupun kerajaan cuba memperkenalkan perbankkan Islam, tetapi dasar Bank Negara masih tidak berubah) dan pelbagai lagi yang perlu disemak berpandukan Syarak. Kerajaan pimpinan Umno mungkin melaksanakan beberapan agenda Islamisasi, tetapi perbuatan mengambil separuh daripada ajaran Islam dan meninggalkan separuh ajaran lagi merupakan perbuatan yang sama dengan bangsa Yahudi dan kristian.

Sebab itu, selagi dasar tidak berubah, selagi itulah pemimpinnya negara akan dipacu sebagaimana kepimpinan sebelumnya. Kualiti pemimpin diukur berpandukan kepada dasar yang di bawa. Perancangan seorang pemimpin akan diatur berdasarkan kepada dasar yang di pegang.

Demi keamanan, kemakmuran dan keadilan, hanya Islam sahaja yang mampu menjadi penyelesai kepada semua masalah.

Harap rakyat tidak tertipu dengan segala janji manis pimpinan baru selagi mereka berpartikan dengan parti UMNO. Sudah sampai masanya UMNO di jadikan pembangkang di Malaysia.

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...

2 comments:

Anonymous said...

Salam

Saya setuju tentang kenyataan saudara bahawa, 'ketokohan seorang pemimpin diukur bermula apabila beliau mula menceburi bidang politik'

Dari kenyataan di atas bagaimana saudara mengukur ketokohan Anwar bila dia mula menceburi bidang politik sejak awal 80an lagi?

Saudara merungut bahawa UMNO enggan melaksanakan undang-undang Islam.Tahukah saudara bahawa sekiranya semua MP Islam bergabung dari PAS, UMNO dan PKR untuk mengubah perlembagaan negara nak buat undang-undang Islam, ianya masih tak dapat majoriti 2/3?

Awal tahun 2000an, dulu Tuan Guru Presiden PAS pernah cuba memperkenalkan undang2 hudud di parlimen. Maka eloklah Tuan Guru cuba sekali lagi di Parlimen dan kita tengok samada Anwar dan geng dia nak sokong atau tidak. Apatah lagi Nizar dalam youtube sendiri pernah kata tak ada dalam perlembagaan PAS nak buat negara Islam.

Sepatutnya PAS mesti menunjukkan contoh nak laksanakan Islam. Akta Kerajaan Tempatan 1976 memberi kuasa kepada majlis bandaran/majlis daerah untuk menghapuskan premis-premis maksiat seperti judi. Setahu saya kerajaan Kelantan dah berjaya laksanakan.

Mengapa majlis perbandaran yang ada orang PAS menjadi ahlinya masih lagi gagal membendung premis2 maksiat di Kedah, Perak (masa Nizar dulu) dan Selangor. Mengapa kilang2 arak di PJ and Shah Alam masih tersegam? Walaupun kerajaan pusat beri lesen buat kilang arak, orang PAS dalam MBSA dan MBPJ tak berusaha nak tarik balik lesen premis.

Jadi sebelun saudara menyalahkan UMNO, saudara mesti lihat samada PAS sendiri sungguh2 nak laksanakan Islam apabila berkuasa.

'Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?'
Al Baqarah 44

Tokngah

Zulhimi Abd. Rahman Attakiri said...

terima kasih kepada tokngah..

sebelum itu, jangan hanya menuju kepada Anwar. cuba lihat ketokohan 2 tok guru dalam PAS. adakah kedua-duanya pernah terlibat dalam isu moral. adakah kedua-dua pernah terlibat dalam isu integriti.

memang tidak dinafikan politik anwar yang sentiasa berubah-rubah. penulis bukan pendokong politik Anwar. cuma penulis tidak bersetuju terhadap tohmahan yang bersifat jahat terhadap beliau.

Dr. Aziz Bari pernah menyebut, kalau PAS ingin mengadakan menegakkan pemerintahan Islam, perlembagaan tidak perlu diubah kerana Islam telah diletakkan sebagai agama rasmi negara. jadi PAS boleh menngunakan enakmen ini untuk melaksanakan Islam secara menyeluruh.

Islam berdiri di atas hujjah yang jelas dan logik. penyelesaian Islam adalah penyelesaian yang terbaik. adakah Umno pernah cuba menyokong cadangan PAS untuk mengenakmenkan undang-undang jenayah Islam.

jangan bimbang, isu ini akan dibawa kembali selepas PR memenangii parlimen. buat apa timbulkan kembali perkara yang pernah ditimbulkan. Anwar telah beri kenyataan tentang kenyataan husam musa ketika berdebat dengan khairy, DAP pun telah beri kenyataan. yang pentng PAS telah bertindak memahamkan mereka tentang isu perundangan Islam.

yang bermasalah ialah pemerintah feudral yang tidak bertindak memahamkan masyarakat tentang isu ini.

betul, dalam Perlembagaan PAS tidak menyebut untuk buat negara Islam. Perlembagaan PAS menyebut ialah ingin menegakkan negara yang diredhai oleh Allah berdasarkan al-quran dan sunnah. negara yang diredhai oleh Allah ialah negara yang melaksanakan segala tuntutan agama

Kelantan dan terengganu telah menunjukkan contoh yang baik dengan menamatkan lesen perjudian dan arak. lesen arak diberi berpandukan kepada jumlah penduduk bukan Islam

dalam bertindak tidak perlu terburu-buru. umno telah merosakkan negera selama 50tahun. takkan nak buat perubahan secara mengejut kot.

perak dan kedah, penulis tidak pasti maklumat secara tepat

tetapi di selangor, undang-undang yang sedia ada akan diperkasakan. berkenaan dengan kilang arak, ini tertakluk kepada perjanjian kerajaan BN dahulu. cuma PR akan menguatkuasa undang-undang seperti penjual arak perlu mendapat lesen dan larangan menjual di tempat terbuka.

untuk melihat keberkesanan pemerintahan islam sebagai negerii berkebajikan lihat kepada kelantan dahulu, negeri-negeri lain dalam dimenangi PAKATAN RAKYAT masih dalam pembinaan.

lihat kelantan yang telah diperintah selama 20 tahun.lihat kemajuan yang ada hasil daripada perlaksaaan Islam.

lihatlah negeri2 yang diperintah BN. apakah perubahan ketara yang dilakukan.

tepuk dada tanya iman

harap jels