Sudah empat siri berlalu tentang sebuah kematian. Siri ini penulis asaskan kerana begitu terkesan dengan kematian sahabat penulis pada tahun lepas.
Menulis tentang kematian, bukan semestinya mengajak pembaca menjadi murung sepanjang masa.
Menulis tentang kematian, bukan semestinya mengajak pembaca meninggalkan segala pekerjaan demi untuk mengejar akhirat.
Menulis tentang kematian, bukan semestinya mengajak pembaca menghapuskan semua hak demi untuk mendapat kematian yang baik.
TETAPI menulis tentang kematian adalah untuk mengajak semua pembaca berfikir tentang sedikit falsafah kematian. Mungkin dalam ruang ini, penulis boleh kongsikan bersama para pembaca untuk sama-sama bertukar-tukar pandangan.
Cuba lihat dan renung ucapan pertama Rasulullah SAW ketika mula menyampaikan dakwah secara terang-terangan di atas bukit saffa :
أرأيتم لو أخبرتكم أن خيلا بالوادي تريد أن تغير عليكم أكنتم مصدقني؟ قالوا : نعم ما جربنا عليك إلا صدقا! قال : إني نذير لكم بين يدي عذاب شديد...
Maksudnya : apa pandangan kamu, jika aku memaklumkan kepada kalian bahawa terdapat segerombolan tentera berkuda di lembah itu ingin menghancurkan kamu, adakah kamu semua percaya kepada berita dari ku ini.? Mereka menjawab: ya kami percaya, (selama kami bergaul dengan mu) tidak pernah kami tahu tentang mu kecuali benar belaka. Nabi Berkata : sesunguhnya aku ingin memberi peringatan tentang suatu azab yang teramat pedih
Bangsa Arab sebelum kedatang Nabi merupakan bangsa yang terlampau teruk ketamadunannya. Akhlak mereka buruk, pergaulan mereka buruk, kepimpinan mereka juga buruk.
Rasulullah telah memulakan dakwah teran-terangan ini dengan menerangkan sedikit tentang hari pembalasan yang wajar dipercayai oleh semua pihak.
Memperingati hari pembalasan mengingatkan manusia supaya sentiasa berfikir sebelum bertindak.
kalau sebelum ini, bangsa arab sentias bertindak secara melulu mengikut hawa nafsu, sanggup berperang dengan sebab yang remeh temeh dan sebagainya. Apabila datangnya Islam, mereka perlu sentiasa berhati-hati dalam bertindak supaya tindakan mereka tidak membawa penyesalan di kemudian hari.
Yang paling penting, tindakan mereka mestilah selaras dengan tuntutan Islam yang ingin melihat sebuah masyarakat lahir hasil daripada ketaatan kepada Allah SWT.
Memang tidak dinafikan bahawa tindakan tanpa berfikir sentiasa membawa kepada kerugian dan penyesalan. Seorang suami telah menceraikan isterinya dalam keadaan marah pasti menyesal, seorang majikan yang memecat seorang pekerja yang dedikasi disebabkan oleh hasutan orang lain pasti menyesal.
Tetapi penyesalan sedemikian mungkin boleh diundur. Tetapi penyelasan di akhirat pasti menempuh kerugian selama-lamanya.
Seorang suami boleh rujuk kembali isterinya kalau ceraian itu hanya cerai raj’ie, seorang majikan boleh meminta maaf dari pekerja yang dipecatnya kalau pekerja itu masih belum mendapat pekerjaan yang lain. TETAPI sesal di akhirat, tidak boleh diundur sama sekali, hanya rahmat Allah SWT sahaja masih boleh diberi pengharapan
Firman Allah SWT yang bermaksud :.
dan (sungguh ngeri) sekiranya Engkau melihat ketika orang-orang Yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, Kami telah melihat dan mendengar Dengan sejelas-jelasnya (akan Segala Yang Kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah Kami ke dunia supaya Kami mengerjakan amal-amal Yang baik; Sesungguhnya Kami sekarang telah yakin". (surah As-Sajdah : 12)
oleh itu, Islam telah mengajar umatnya supaya sentiasa berfikir sebelum bertindak. tidak kiralah samada urusan tersebut berkaitan dengan peribadi, keluarga, masyarakat dan negara.
Apabila segala tindakan di buat tanpa berfikir, pasti buruk padahnya. Ingatkan kematian mengajarkan kepada umat Islam agar sentiasa berfikir agar sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya
www.attakiri.blogspot.com
... Bekerja Untuk Islam ...
No comments:
Post a Comment