Saturday, April 11, 2009

Khairy tidak tersenarai, bahaya buat Najib

2 hari lepas, Perdana Menteri telah mengumumkan perbentukan kabinet baru beliau, hampir 8 menteri telah digugurkan dan digantikan dengan muka baru.

Yang paling mengejutkan dan memang dijangka ialah ketua Pemuda UMNO tidak dimasukkan ke dalam kabinet parti. lagi mengejutkan lagi ialah tim. Ketua Pemuda Umno dan calon Ketua Pemuda yang kalah dimasukkan menjadi anggota kabinet.!

Sebelum perbentukan kabinet, Tun Dr. Mahathir berulang kali menyebut bahawa Najib mesti membentuk kabinet yang bersih dari segala tuduhan rasuah, nama khairy selalu menjadi contoh dalam tulisan beliau.

Mungkin Perdana Menteri mengikut telunjuk Mantan Perdana Menteri ataupun Perdana Menteri mempunyai pandangan sendiri. Itu penulis tidak pasti dan tidak berminat hendak mengalisis sampai ke situ.

Bagi penulis, Khairy merupakan ketua Pemuda UMNO yang agak agresif dan berani bertindak. walaupun kadang kala tindakannya agak bodoh, tetapi keberaniannya boleh dipuji. Budak mentah sebegini boleh dibimbangi oleh Tun Dr. Mahathir (hebat bukan.?). Semenjak zaman Tun Abdullah lagi, Tun Mahathir selalu menyebut tentang khairy. Ini bermakna khairy ada sedikit ketokohan.

Kemenangan khairy sebagai ketua Pemuda disambut dengan sorakan daripada segelintir perwakilan. Mungking gelagat ala-ala samseng beliau tidak disenangi oleh sesetengan pihak.

Walaubagaimana pun, beliau mampu untuk meraih kembali sokongan kepada beliau. Apatah lagi beliau tidak mempunyai komitmen dengan kerajaan. Penulis percaya kesempatan ini beliau gunakan untuk membina pengaruh dalam Pergerakan Pemuda UMNO.

Kalau pengaruh beliau berjaya dibina dalam Pergerakan Pemuda, tidak mustahil kedudukan Perdana Menteri agak tergugat.

Ketua Pemuda UMNO tahun 1997 pernah menggugat Perdana Menteri ketika itu dengan ucap temannya yang menyentuh isu nepotisma dan kronisma. Kali ini, penulis tidak pasti apakah isu yang bakal di bawa oleh ketua pemuda untuk menggugat presiden UMNO pada masa akan datang.

Tapi itu Cuma jangkaan sahaja, mungkin beliau menjadi pembantu yang setia untuk memperkasakan kembali UMNO yang sudah dilihat semakin rapuh dan patah.

Kini, walau sehebat manapun Presiden UMNO, walau sekuat mana pun Ketua Pemuda UMNO, walau segigih manapun Wanita UMNO, kebangkitan UMNO, insyaAllah tidak akan berlaku lagi.

Cukuplah peluang diberikan kepada UMNO, berilah peluang kepada PAKATAN RAKYAT untuk menunjukkan corak pemerintah yang baru berlandaskan konsep berkebajikan kepada rakyat Malaysia.

UMNO/BN sudah tidak boleh diberi kepercayaan lagi untuk mengemudi negara, lebih-lebih lagi untuk memastikan Islam terlaksana secara sepenuhnya.

(maaf, sekali sekala masuk campur hal ehwal politik UMNO)

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...

No comments: