Tuesday, April 21, 2009

Tak Nak Bertanding ke atau Tak De Calon

Masyarakat masih lagi merasa bahang PRK di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Barisan Nasional masih lagi merasa perit dengan kekalahan besar dalam PRK di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Kini perit itu pasti menjelma kembali dalam PRK Penanti di Pulau Pinang.

Perdana Menteri One Malaysia menjangka BN mungkin tidak bertanding kerana tidak ingin mengikut rentak permainan politik DSAI. DSAI pula mencabar BN jangan letak calon di Penanti.

Tun Dr. Mahathir menggesa BN perlu bertanding. Berkemungkinan Perdana Menteri One Malaysia akan mengikut kata-kata bekas bossnya itu. Walau bagaimana pun terpulang kepada UMNO/BN untuk menentukannnya.

Sebenarnya agak pelik, kalau parti terkuat tidak bertanding dalam setiap pilihanraya. Kalau pembangkang agak munasabah. Tapi ini BN yang merupakan parti dominan dalam politik tanah air.

Bagi penulis, samada BN bertanding atau tidak, itu tidak penting. yang penting ialah, rakyat perlukan seorang Adun yang baru bagi menangani masalah mereka. Bekas Adun sebelum ini dikatakan tidak mesra rakyat dan tidak turun padang. Oleh itu, rakyat memerlukan seorang Adun yang berkesan untuk membantu rakyat.

Perletakan jawatan Fairus merupakan langkah bertanggungjawab apabila beliau merasakan bahawa beliau tidak mampu memikul tugasan sebagai exco dan Adun. Jadi Kenapa BN menganggap isu ialah permainan politik?. Ini bukan permainan politik, ini ialah satu amanah.

Dalam hal ini juga, PKR perlu mengambil satu pengajaran supaya tidak meletakkan calon pilihanraya secara tangkap muat sahaja. 2 adun yang melompat di Perak adalah Adun PKR. 1 Adun yang bermasalah moral di Selangor adalah Adun PKR. Semua ini sebagai tanda bahawa PKR perlu koreksi kembali kekuatan parti itu untuk mengambil pertambahan kerusi pada PRU akan datang.

Apabila tiba musim PRK, yang paling bermasalah ialah pemilihan calon. UMNO boleh dikatakan payah hendak mencari calon yang bersih dan sesuai untuk masyarakat. Inilah agaknya yang memeningkan kepala Perdana Menteri One Malaysia untuk terus bertanding dalam Pilihanraya.

Nak pilih Si A, nanti si B dan kumpulannya boikot. Nak pilih si B, nanti Si A dan kumpulannya merajuk. Kalau pilih si C, nanti semuanya pilih parti lain.

Suasana inilah yang berlaku dalam PRK sebelum ini....

Jadi.....lebih berundur dari bertanding..

www.attakiri.blogpot.com



... Bekerja Untuk Islam ...

No comments: