Tuesday, April 21, 2009

Pemilihan PAS, Maklumat Blog perlu ditapis

Suasana Pemilihan kali ini agak berbeza. Setiap keputusan mesyuarat dan calon yang dilantik akan dimasukkan secara besar-besaran dalam blog oleh individu atau kumpulan tertentu. pemilihan kali ini seakan-akan pesta bagi mereka yang berniat untuk melaga-lagakan kepimpinan dalam PAS.

Yang paling menyedihkan ialah terdapat blog-blog yang menghina peribadi kepimpinan secara terang-terangan sehingga mengetepikan adab-adab dalam berjemaah.

Kepimpinan bukan Maksum dari dosa. Tetapi apa tujuan blogger dan pengkomentar mengkritik secara terbuka.? Kalau tujuan menegur, gunakan saluran yang terbaik seperti mesyuarat Agung Caw. Dan Mesyuarat Agung Kaw.

Kekadang pengkritik pimpinan sekadar mengambil maklumat dari blogger yang kadang kala diragui kesahihannya. Contoh termudah ialah tohmahan yang dikenakan kepada Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Beliau dikatakan seorang yang ingin membawa masuk PAS ke dalam UMNO. Beliau diistilahkan sebagai Pro gabungan dan pelbagai kata nista lagi.

Tidak dinafikan bahawa mungkin Timbalan Presiden PAS ada kelemahan. Tetapi tuduhan bahawa beliau seorang yang pro untuk bergabung dengan UMNO adalah suatu yang tidak boleh diterima.

Timbalan Presiden PAS itu hanya menuruti keputusan jemaah untuk bertemu dengan pimpinan UMNO. Segala butir pertemuan dilaporkan secara detail dalam Mesyuarat PAS Pusat. Beliau bukan bertindak semberono.

Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS selalu menyebut bahawa kalau PAS ingin membuat keputusan besar, PAS pasti akan membuat sidang muktamar khas bagi mendengar pandangan akar umbi.

Jadi kenapa para blogger hanya mengkritik pertemuan Tim.Presiden atas isu yang telah dipersetujui oleh Mesyuarat PAS Pusat. Kritikan-kritikan ini seakan-akan dilihat seperti ada muslihat tertentu untuk menjatuhkan beliau.

Tulisan ini bukan bermakna untuk mempertahankan Tim. Presiden. Bahkan kalau permintaan majoriti perwakilan nanti untuk menukar timbalan Presiden pun, penulis tidak kisah. Kerana ini adalah permintaan Ahli dari peringkat bawah. Tetapi pemilihan mesti dijauhi dari segala fitnah dan tohmah.

Ketika pertandingan merebut timbalan Presiden antara Ust. Hasan Shukri dan Ust. Nasaruddin. Ust. Hassan begitu hebat dinista dan ditohmah dengan pelbagai-pelbagai isu. Walhal, selepas habis muktamar, segala tohmahan itu hilang begitu sahaja.

Ketika pertandingan merebut timbalan Presiden antara Ust Nasaruddin dan Ust. Harun Taib. Ust Harun di cerca dengan pelbagai cercaan. Walhal, selepas habis muktamar, segala cercaan hilang begitu sahaja.

Kali ini, penulis tidak pasti siapa pula yang akan menjadi mangsa cercaa, hinaan dan tohmahan.

Kalau sebelum ini, segala berita hanya disebarkan dalam bentuk cetak dan SMS. Kini sistem sebaran berjalan dengan lebih canggih.

Penulis tidak faham apa sebenarnya maksud perlunya tranformasi dalam kepimpinan PAS. perkataan tranformasi selalu timbul ketika pemilihan diadakan. Walhal sesiapa pun menang, PAS tetap bergerak dengan seadanya. Tiada perubahan besar dalam PAS.

PAS telah mempunyai dasar yang jelas. Yang tinggal lagi ialah kerjasama antara kepimpinan pusat, negeri, kawasan dan cawangan untuk menyerapkan dasar tersebut ke dalam minda ahli PAS dan masyarakat.

Penulis cukup faham kalau tranformasi kepimpinan dari Al-Marhum Dato’ Asri Muda kepada Al-Marhum Tn Hj, Yusuf Rawa. Tranformasi ketika itu ialah dari kepimpinan yang agak nasionalis kepada kepimpinan Ulamak.

Tapi kali ini, apa maksudnya tranformasi.? Kalau sekadar cadangan strategi baru. Itu bukan tranformasi tapi lebih kepada perubahan strategi yang sentiasa berlaku dalam PAS. cadangan strategi itu tidak memerlukan penukaran kepimpinan secara besar-besaran.

Di musim pemilihan ini, ahli PAS perlu memahami bahawa setiap kritikan terhadap seseorang pemimpin dalam blog perlu ditapis dan disaring. Sebagaimana ulamak terdahulu menapis kesahihan hadis begitu juga dengan ahli PAS.

Sebagaimana kita tidak percaya kepada maklumat yang dipaparkan dalam blog antihusam, begitu juga kita tidak perlu percaya kepada maklumat blog yang mengkritik timbalan presiden PAS secara membabi buta.

Kalau betul ingin tukar kepimpinan, lakukan secara beradab dan penuh hemah. Kepimpinan yang baru mestilah kepimpinan yang sentiasa mengutamakan parti, mematuhi keputusan parti, bergerak selaras dengan arahan parti. walaupun dia bukan ulamak

Kalau seorang pemimpin itu hanya mementingkan populariti, bertindak secara sendirian dan tidak mematuhi arahan mesyuarat, mesyuarat dalam mesyuarat. Pemimpin sebegini wajar ditolak, walaupun dia berstatus ulamak.

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...

14 comments:

baihaqi said...

salam us,
maaf, sy ingin menyatakan sikit pandangan..
1. saya melihat isu ini timbul kerana kurangnya penekanan dalam TARBIYAH RUHIYAH dan TARBIYAH AKHLAQIYAH di kalangan ahli PAS. jadi, saya mencadangakan agar LAJNAH TARBIYAH PAS PUSAT dapat merangka modul yang bersifat SEMASA dan WAQI'E(bukan muntahan dan copy anf paste semata-mata),silibus dan aktiviti pentarbiyahan yang menekankan 2 unsur ini pada masa akan datang.

2. saya harap agar semua pihak dapat merenung kata2 nasihat yang pernah diberikan oleh al-Syeikh Maulana Abul Hasan Ali al-Nadwi dalam risalahnya Uridu an atahaddatha ila al-Ikhwan (Aku Ingin Berbicara Dengan Al-Ikhwan al-Muslimin). Beliau pernah nasihati Jamaah al-Ikhwan al-Muslimin dengan nasihat ini:-

“Wahai Ikhwan Muslimin yang mulia! Sasaran dakwah al-din dan tajdid Islami (pembaharuan Islam) itu bukanlah mudah. Bukanlah tujuan dan tumpuannya untuk menukar kerajaan semata. Tidak jua untuk mengubah satu suasana politik kepada suasana politik yang lain. Tidak untuk menyebarkan pengetahuan dan ilmu, atau menghadapi buta huruf dan kejahilan, atau memerangi pengangguran, atau mengubati kecacatan masyarakat dan akhlak atau seumpamanya seperti yang diperjuangkan oleh para pejuang perubahan di Barat dan Timur.”

Sebaliknya, ia adalah seruan Islam yang merangkumi akidah dan akhlak, amalan dan siasah, ibadah juga keperibadian diri dan masyarakat. Ia meliputi akal dan jiwa, ruh dan jasad. Ia bergantung kepada perubahan mendalam dalam hati dan jiwa, akidah dan akal. Ia terpancar dari hati sanubari sebelum terbit dari pena, atau helaian buku, atau mimbar syarahan. Ia terlaksana dalam tubuh pendakwah dan kehidupannya sebelum dia menuntut dilaksanakan dalam masyarakat keseluruhannya

Abdul Hakim Bin Baharudin said...

Salam us,
Jawapan yang baik utk selesaikan masalah yang tengah membarah skrg.
Ana mintak izin linkkan...

Zulhimi Abd. Rahman Attakiri said...

terima kasiha kepada baihaqi atas tambahan

untuk sheikhul islami, silakan, asalkan isinya tidak diubah

Pahlawan Hijau said...

Salam ust. ana jugak nak mintak izin linkkan post ni. syukran..

Anonymous said...

sekadar pendapat

saya setuju dengan pertandingan. Letaklah Husam, Nizar, TG Haron Din, ustaz Nasha, TG Haron Taib. Kita akan setuju. Cuma jangan berkiblat pengaruh luar parti. itu sahaja.

Nak tranformasi pun saya setuju. Cuba kepimpinan ulama kepada kepimpinan bertaqwa.

wan
ziarahsufi.blogspot

Zulhimi Abd. Rahman Attakiri said...

tranformasi dari kepimpinan ulamak kepada kepimpinan bertaqwa, mungkin boleh bersetuju.

tapi apa maksud kepimpinan bertaqwa, apakah ulamak tidak bertaqwa. bagaimana ingin mengenal taqwa seseorang.? banyak persoalan tidak terjawab agaknya..apa-apa PAS membuka kebebasan sepenuhnya kepada semua ahli

Anonymous said...

ana suka pandangan gini.
tapi ustaz, kat luar sana ramai sangat yang curiga mencurigai, hentam menghentam dan tuduh menuduh.
erdogan la, apa la...
mungkin mereka rasa mereka itu saja yang mempunyai fikrah jemaah tulen agaknya

Zulhimi Abd. Rahman Attakiri said...

begitulah apabila manusia menyombong diri antara satu sama lain

Ibnu Abas said...

Itulah cabaran kita, semakin banyak ahli, semakin banyak karenah dan perangai. Mungkin kena sama-sama muhasabah. Mungkin ia ujian buat kita semua lebih-lebih lagi pentarbiyan di semua caw. pun makin hari nampak longlai. Wala'? Masih ramai ahli yg tak tahu..

Wallahu 'Alam..

Anonymous said...

ustaz...

kepimpinan ulama bagai menyempit peluang pimpinan yang berjiwa ulama dan bertaqwa untuk memimpin. Pada pandangan kami orang bawahan, hanya ulama layak sebagai pimpinan. pemikiran Ini yang perlu kita kikis.

Kepimpinan ulama berkiblatkan iran. kepimpinan bertaqwa lebih dekat dengan Ikhwan.

Pimpinan Ikhwan seperti Hasan al banna bukanlah dilabel sebagai ulama. beliau adalah seorang guru sekolah rendah yang berjiwa ulama dan bertaqwa.

wan
ziarahsufi.blogspot

Anonymous said...

salam ustaz, ana setuju pandangan ustaz. tambahan sedikit, antara punca semua ini ahli dan pendokong pas tidak memahami dengan terang dan jelas matlamat pas dan amudah terpengaruh dengan agenda media tertentu, walaupun pada ,masa sama memboikot akhbar tersebur.

masdarwahid.blogspot.com

Unknown said...

pemimpin yang bertaraf Ustaz telah pun mendapat peluang jadi pemerentah di KEDAH..apa hasilnya.???apa alasannya lagi.dah lebih setahun rakyat dok tunggu mana Islam walau sekecil kecil syariat pun tak nampak...kami dengar hanyalah alasan demi alasan demi alasan..tak nampak satu pun perubahan.Islam itu menjaga kebersihan..Alor Star....behampiran Sekolah Darul Aman..sampah besepah dan Busuk..hingga pelajar pun tak boleh nak belajar...Perak sebelum rampasan kuasa di pimpin oleh bukan Ulamak atau Ustaz..tapi sudah cukup untuk membuktikan perubahan hingga hampir seluruh rakyat Perak sanjong tinggi MB yang bukan taraf Ustaz (NIZAR)tu.Kedah Utz AZIZAN ???? apa yang kita boleh bangga....Zero.!!!!!!

Unknown said...

Sebenarnya Ustaz ke Ulamak ke atau Profesional ke sama saje.Yang di terima oleh Allah ialah yang beriman dan bertakwa.Tak jumpa lagi saya bahawa Ustaz atau Ulamak di jamin surga atau maksum..Ketahuilah kalu nak nilai seorang pemimpin tu biar lah dari sudut Iman dan amalannya setiap hari dan cara dia memimipin dan Istikhomah dengan fikrah yang di bawanya.Pas pernah ada Nakhaie Hj Ahmad,Razak Daud,Ismail Golok,mereka ni taraf Ustaz dan Ulamak dalam Pas satu ketika dulu..Sekarang di manakah mereka.?????.Oleh itu Ustaz memimpin Parti tak semistinya Mutlak.Apa yang kita mahu pemimpin yang tidak tepengaruh dengan habuan Duniawi..iklas,sangup bekorban,apa saja,wang ringit,harta benda,pangkat dan jawatan,dan telah di uji dan di cuba dengan berbagai ujian seperti ISA,Penjara,Gas Pemedih mata,Sedia kejalan Raya bila bila masa dengan mengadaikan jawatan dan Pangkat dalam parti atau kerajaan.Kita tidak mahu Pemimpin yang bila di ajak ke jalan raya jawapannaya"Kalu ana Kena dakwa atau kena tangkap siapa yang akan jadi MB selangor atau siapa nak memimpin Kedah...Fikir fikir lah siapa pemimpin itu.

Zulhimi Abd. Rahman Attakiri said...

penulis tidak faham apa maksud bukit uhud

penulis rasa bahawa bukit uhud tidak faham pengertian kepimpinan ulamak

kepimpinan ulamak bukan bermakna mengetepikan golongan bukan ulamak. tetapi kepimpinan ulamak ialah kepimpinan dipanduu oleh ulamak. dengan makna setiap pergerakan PAS akan dipantau oleh badan yang dipanggil Majlis Syura Ulamak.

berkenaan dengan 2 MB antara Nizar dan ust. Azizan. kita jangan mudah mencemuh sebelum mengetahui punca masalah.

MB Nizar diangkat selepas isu rampasan kuasa di Perak. jangan kita sibuk memecahbelahkan antara kepimpinan dengan membuat pelbagai perbandingan

jangan dengan sebab tidak puas hati, kita hentam ikut suka tanpa berpandu fakta yang jelas

sekian