Monday, April 6, 2009

PRK P059 2 : Hebat sangat ke penangan Tun Mahathir.?

Sebagaimana yang dijanjikan, Tun kembali semula ke dalam UMNO selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan melalui peralihan kuasa yang terancang.

Bagi menunjukkan keikhlasan Tun Mahathir ke dalam Umno, beliau telah mulakan dengan berkempen di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Pada hari ini, utusan melaporkan bahawa beribu-beribu rakyat telah berkumpul di PPP, bukit gantang untuk mendengar ucapan beliau. Bahkan TV1 telah menyiarkan siaran langsung ucapan beliau untuk didengari oleh semua lapisan masyarakat.

Nampaknya Umno menggunakan talian hayat yang terakhir bagi menarik pengundi untuk menyokong calon Umno.

Mungkin kempen ini akan berjaya, mungkin tidak tidak..mungkin sengatan Tun masih berbisa atau mungkin sengatan Tun sudah hilang keampuhannya.

Penulis sempat mengikuti siaran langsung ucapan beliau di TV1, pada mulanya nampak hebat , bertenaga dan bernas. Tetapi pada pengakhirannya semakin terserlah kedangkalan hujjah beliau.

Kalau sebelum ini, beliau menyangkal tindakan Najib dalam isu rampasan kuasa di Perak. Tetapi kini beliau mula mengiktirafnya. Sebelum ini beliau mengeluarkan hujjah bahawa kerajaan Perak kini adalah haram. SEKARANG beliau juga mengeluarkan hujjah bahawa kerajaan Perak adalah halal.

Nampak kedangkalan kan.?

Apa pun kita lihat, adakah senjata Umno ini berkesan atau tidak. Adakah rakyat membenci individu sahaja atau parti sekaligus. Apakah Umno masih relevan di persada politik tanah air atau sudah layak terkubur. Nantikan keputusannya esok

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...

4 comments:

Anonymous said...

HEBAT!!!!!Sampai membuatkan KAMU takut,menggigil,terkencing saaaammppaaaiii la cakap mencarut pasal TUN DR MAHATHIR!!!Ingatkah KAMU masa DR M keluar umno tak lama dulu dan menghentam Pak lah,bukan main lagi kamu memuji2 Tun sampai ada nak ajak Tun masuk PAS lagi!!kahkahkahkah!!Tu tup..sekaramg Tun kembali kat Umno lain pula KAMU cakap???!!!Begini ke orang PAS yang konnya soooooo Islamic tu??

Zulhimi Abd. Rahman Attakiri said...

Penulis hanya melayan komentar yang disertakan dengan nick name sahaja

sebarang anymous tidak akan dilayan

Anonymous said...

Salam,

Memang biasa ahli politik macam Tun berubah-ubah hujahnya dengan kejatuhan kerajaan PR di Perak. Dia dah masuk UMNO balik jadi kena taat kepada pucuk pimpinan.

Samalah juga dengan Tok Guru yang dulu tak setuju Nizar jadi calon. Sekarang beliau setuju pula.

Tok Guru macam Tun pun taat kepada jemaah masing-masing. Apatah lagi tindakan Tun dan Tok Guru adalah selari dengan pandangan saudara yang mementingkan kepentingan jemaah dari pandangan individu.

Tokngah

Zulhimi Abd. Rahman Attakiri said...

terima kasih kepada tokngah yang sentiasa mengambil perkembangan tulisan penulis

terdapat perbezaan yang nyatan antara kenyataan Tun dan Tuan Guru MB Kelantan

ketika krisis perlembagaan Perak bermula , Tun berhujjah dengan undang-undang tubuh, sebab itu, dia seakan-akan menolak cara rampasan kuasa di Perak. tapi kini, segala hujjah undang-undang diketepikan demi untuk kepentingan politik sempit.

pandangan Tuan Guru MB kelantan tidak berkaitan dengan undang-undang, tapi itu cuma cadangan untuk dipertimbangkan



penulis harap tokngah dapat faham