Mengimbau kembali suasana pilihanraya kali ini. Setiap petugas bertungkus lumus menyekat pengundi hantu berdaftar. Contoh apa yang di kg. bukit tumbuh yang berada di bawah Dun Bukit Tunggal. Petugas parti berjaya memberkas seorang yang disangka pengundi hantud dan hasilnya pengundi-penguni hantu yang sebenar tidak berani datang. Pemuda PAS tidak berganjak dari pintu pagar sekolah bermula dari jam 8.00 pagi hingga ke 5.00 petang. Semangat ini lahir daripada kegeraman pemuda-pemuda terhadap kesombongan Dato' Seri Idris Jusoh. Tetapi saying, Dun bukit Tungal berjaya dimenangi, tetapi negeri gagal dirampas.
Walau bagaimana pun setiap kekalahan ada hikmahnya, kami tetap optimis dengan kemenangan Islam yang semakin, semenjak malam pengumuman Pak lah dan najib dilihat begitu sugul ketika mengeluarkan kenyataan. Tan Sri Rashid kelihatan begitu tidak bersemangat untuk mengumumkan kemenangan BN. Malaysia mencatat sejarah apabila BN hanya dapat membentuk kerajaan selepas jam 1.30 pagi. Sedangkan sebelum ini, di zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad, BN berjaya membentuk kerajaan seawal jam 12.00 tengah malam. Ini menunjukkan bahawa rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap kepimpinan UMNO/BN. Walaupun UMNO/BN begitu hebat menjalankan penipuan di dalam daftar pemilih, menggunakan segala jentera kerajaan untuk mengempen, mengeluarkan kewangn yang begitu banyak, tetapi UMNO/BN tetap tidak dapat menghadapi kuasa rakyat.
1 comment:
Jangan risau, jangan gusar. Dengan jatuhnya Kedah, Penang, Perak,Selangor, maka warga Malaysia dapat melihat dengan lebih jelas apa yang pernah dirasai oleh rakyat Kelantan selama 18tahun dan rakyat Terengganu selama 4 tahun.Tak sabar nak tengok camner media2 BN nie nak menipu rakyat lagi.Dengan izin Allah, next election kite menang di Terengganu pasal BN dah tak cukup hantu nak cover 5 negeri nie.Akhir kata, terima kasih atas usaha gigih para pejuang PAS. Teruskan perjuangan untuk dunia dan akhirat.
Post a Comment