(Sebenarnya artikel dah lama siap tapi tak sempat nak invite masuk)
Setiap tahun negara kita pasti mengadakan Sambutan Maulidul Rasul sama ada peringkat kebangsaan ataupun peringkat negeri. Sambutan kebiasaannya didahului dengan perarakan setiap jabatan kerajaan ataupun setiap sekolah-sekolah di bawah kementerian pelajaran. Kemudian disusuli dengan Ucapan daripada pemimpin negara dan titah ucapan diraja. Pihak media pula mengadakan pelbagai acara keagamaan untuk menarik perhatian penonton kepada sunnah Nabi SAW pada hari tersebut.
Penulis bukan hendak membid'ahkan program anjuran kerajaan dan media ini. Cuma cukupkah sambutan sebegini sebagai tanda kecintaan kepada Nabi?. Media contohnya, selepas sambutan ini, ditayangkan pula acara-acara hiburan yang melalaikan seperti penayangan Akademik Fantasia yang meleka dan membazirkan wang remaja kita. Penyiaran filem-filem yang menjolok mata juga akan merosakkan minda penonton. Inikah yang dikatakan mencontohi Rasulullah SAW.?
Pihak kerajaan pula, selepas selesai sambutan maulidul rasul, perlaksanaan Islam tetap tidak dilaksanakan secara menyeluruh. Di Terengganu contohnya, walaupun enakmen jenayah Islam telah diluluskan tetapi perlaksanaanya terhenti selepas tampuk pemerintahan di ambil alih oleh BN. Kerajaan BN Terengganu menggunakan alasan bahawa Pemerintahan PAS ketika itu tidak mengkaji secara mendalam enakmen ini ketika diluluskan. Ini satu jawapan yang cukup bodoh.
Manakala di peringkat Kerajaan Pusat, Pak Lah hanya sekadar mengumumkan sahaja gagasan Islam Hadhari tetapi perlaksanaannya hampeh. Ketika Islam Hadhari dilancarkan. Pusat genting terus dibuka, sambutan kemerdekaan dan Tahun Baru masih tidak berubah dengan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita. Bahkan satu kajian menunjukkan bahawa remaja yang dirosakkan meningkat mendadak selepas berlakunya malam-malam sambutan dan perayaan. Inikah suasana Islam Hadhari yang di mahukan oleh Pak Lah.
Pak Lah sendiri khususnya dilihat sebagai pemimpin yang tidak islamik. Gambar beliau yang berpeluk dengan Micheal Yeoh beberapa kali di tempat yang berasingan menjatuhkan imejnya sebagai seorang Perdana Menteri yang berkelulusan agama.
Dengan sebab itu, wajar kalau kita menyebut bahawa sambutan dan perarakan Maulidur rasul anjuran kerajaan merupakan penghinaan kepada Nabi SAW itu sendiri. Kita mendakwa bahawa kita sayang kepada Nabi, tetapi dalam masa yang sama kita menolak perlaksanaan sunnah Nabi dalam kehidupan. Nabi tidak menyuruh kita menyambut perayaannya, tetapi Nabi mememerintahkan supaya umat nya melaksanakan sunnah Nabi.
Jadi semestinya kita perlu faham kembali roh sambutan maulid Nabi. Kalau betul kita sayangkan Nabi, Gubal segera undang-undang yang bertentangan dengan Islam dalam perlembagaan Negara. Kalau betul Pak Lah ingin umat Islam bersatu, kembalilah kepada Dasar Al-Quran dan Sunnah. Bukannya dasar sekular, kebangsaan dan kebendaan.
Kesimpulannya, janganlah kita menjadi maulid Nabi sebagai cara untuk mengembalikan kepercayaan yang telah ditolak oleh rakyat kepada kita. Jangan eksploitasikan Perayaan dan perarakan ini demi kepentingan peribadi. Tepuklah dada tanyalah Iman. Kita masih belum terlambat untuk bertaubat.
Okey… teruskan perjuangan
BEKERJA UNTUK ISLAM
No comments:
Post a Comment