Sunday, January 11, 2009

Sidang Khas Parlimen bukti keperihatinan PAS

Esok Sidang Khas Parlimen akan diadakan bagi membincangkan isu Palestin yang semakin meruncing. Semalam sahaja hampir 800 orang rakyat Palestin yang dibunuh. Israel menjadi seolah-olah raja sehingga berani melanggar resolusi PBB yang mengarahkan agar diadakan genjatan senjata.

Amerika menjadi penyokong Israel yang paling. Bahkan ariel sharon yang menjadi dalang dalam kejadian berdarah Shabra dan Shatila dianggap menjadi men of the peace oleh Presiden Bush. Jadi tidak pelik Israel berani melanggar keputusan PBB yang dianggap sebagai bilis sahaja.

Ketika isu ini terus berlarutan ahli Parlimen PAKATAN RAKYAT yang diketua oleh PAS telah menghantar memorandum kepada yang dipertuan Dewan Rakyat untuk mengadakan sidang parlimen tergempar.

Selepas memorandum dihantar, Tuan Guru Dato’ Seri Presiden PAS juga bertindak dengan menelefon sendiri Menteri Luar Dato’ Seri Rais Yatim supaya diadakan sidang parlimen tergembar bagi menunjukkan sikap dan pendirian Malaysia terhadap isu Palestin pada hari penamaan calon di PRK 036.

Alhamdulillah hasil desakan-desakan ini, Dewan Rakyat bersetuju untuk mengadakan sidang Parlimen khas untuk mengutuk tindakan Israel ini.

Ini antara bukti keperihatinan PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang bersimpati dengan gerakan Islam dan umat Islam di negara lain.

Walaupun PAS sibuk dengan kempen PRK 036 kuala Terengganu. Tindakan yang termampu untuk Palestin tidak dilupakan. PAS bukan sekadar parti Siyasah yang hanya sibuk dengan Pilihanraya sahaja. Tetapi PAS juga bertindak sebagai parti dakwah dan tarbiyyah untuk semua ahlinya.

Isu Palestin bukan sekadar isu agama. Isu palestin adalah isu kemanusiaan sejagat. Bukan umat Islam sahaja yang terkena serangan, bahkan penganut kristian juga terkena. Bukan bangsa arab sahaja yang terkena serangan. Bahkan rakyat kenya pun terkena serangan itu. Bukan tempat awam sahaja yang terkena serangan. Bahkan tempat perlindungan PBB pun terkena serangan itu.

Isu-isu inilah yang ingin PAS ketengahkan keseluruh dunia. PAS juga bertindak dengan mengarahkan bebarapan badan NGO untuk pergi menghantar bantuan perubatan demi memastikan rakyat palestin mendapat rawatan yang sepatutnya.

Memang tidak dinafikan PRK 036 memerlukan tenaga kerja yang ramai. Tetapi rakyat Palestin juga memerlukan bantuan. Dengan sebab itu, PAS bertindak untuk menghantar petugas-petugas ke Palestin.

Semua ini maklumat ini penulis dedahkan untuk memaklumkan kepada semua pembaca antara gerak kerja PAS untuk membantu Palestin. Sibuklah macam mana dengan keadaan politik Malaysia. Tetapi nasib dan keadaan umat Islam di negara tetap dibela dengan membuat pelaksanaan mengikut kemampuan yang ada dalam PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS).

Harapan agar sidang Khas Parlimen yang disiarkan secara langsung esok dapat memberi sedikit tekanan kepada amerika dan sediri ransangan dan semangat kepada negara-negara umat Islam untuk bersatu menentang Israel.

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...

Wednesday, January 7, 2009

Palestin..oh Palestin..Bergembirakah kita.?

Bedilan peluru bertali arus memakan mangsa Palestin. Bedilan Peluru ibarat hujan beracun kepada rakyat Palestin. Bedilan Peluru menghilangkan segala ketenangan dan keharmonian rakyat Palestin.

Mungkin kita boleh menyatakan bahawa mungkin rakyat Palestin sudah terbiasa dengan kesusahan. Mungkin rakyat Palestin sudah terbiasa dengan kemiskinan. Mungkin rakyat Palestin sudah terbiasa dengan perangai Tentera Israel itu. TAPI adakah rakyat Palestin tidak pernah mengidamkan kehidupan yang selesa, mengimpikan kehidupan bergelak ketawa bersama sanak saudara sambil bersantai, menginginkan kehidupan yang normal.

Apa kesalahan rakyat Palestin sehingga diburu dan dibunuh. Salahkah mereka mempertahankan tanah air mereka.?, salahkah mereka hendak mengambil balik tanah mereka di Israel.?

Tindakan Malaysia mendesak PBB supaya mengadakan sidang tergempar adalah suatu perkara yang boleh dikatakan sia-sia. PBB tidak akan bertindak tanpa arahan Israel. Ketika israel menggembur Hizbullah pada 2006, PBB tidak bertindak langsung kecuali selepas Israel seakan-akan mengalami kekalahan. Ketika itu barulah PBB bersidang memohon kedua-dua belah pihak melakukan genjatan senjata.

As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin pernah menyebut : Israel tidak memahami kecuali dengan Bahasa Darah. Sejak bila Israel kenal erti genjatan senjata, sejak bila Israel kenal erti ketaatan kepada perjanjian.

Yahudi Bani Qainuqa’, Yahudi Bani Quraizah, Yahudi Bani Nadhir merupakan bangsa yang pernah melanggar perjanjian dengan Nabi sehingga dihukum buang negeri oleh Nabi ketika itu. Yahudi sekarang ini adalah anak cucu mereka.!

Islam tidak pernah mengajar penganutnya mengkhianati perjanjian. Kalau ada pengikut Islam yang khianat, maka itu bukan dari ajaran Islam.

Malaysia adalah pengerusi OIC. Kenapa PM Malaysia tidak bertindak dengan mengadakan sidang OIC tergempar.

OIC merupakan satu organisasi yang besar tetapi dianggap pengecut. Kebanyakan resolusi dikeluarkan sekadar mengutuk tindakan. Apakah sesuatu kezaliman selesai dengan kutukan. Penulis rasa sudah sampai masanya OIC menerima cadangan Al-Marhum Dato’ Fadhil Nor supaya OIC mempunyai tentera pengamannya sendiri. Jangan berharap kepada PBB, jangan berharap kepada NATO, jangan berharap dengen EU.

Negara umat Islam mempunyai kekuatannya tersendiri. Tentera umat Islam lebih berani dari tentera lain. Sumber bumi negara Umat Islam melebihi sumber negeri yang lain. Jadi apa yang hendak ditakutkan. PM malaysia perlu bertindak segera.

Kalau hanya Malaysia dan Asean mendesak tidak akan mendatangkan apa-apa kesan pun kepada dunia. TETAPI kalau OIC mendesak, mungkin ada kesannya. TETAPI kalau OIC mengugut mungkin ada kesannya, TETAPI kalau OIC mengambil keputusan untuk menghantar tentera pengaman, Mungkin PBB terus bersidang untuk genjatan senjata.

Sampai sekarang negara umat Islam hanya dilihat sebagai negara yang pandai bercakap, memberi komentar, melontarkan idea. Tetapi apabila tiba untuk bertindak, diserahkan kepada pihak lain.

Sampai bila OIC akan dilihat sebagai pertubuhan yang lembik.? Sampai bila OIC akan dilihat sebagai pertubuhan perabis borih joo. Sampai bila OIC akan dilihat sebagai pengeluara resolusi kosong sahaja.

Kalau hendak tunggu PBB akan membela Palestin, penulis yakin keadaan ini tidak akan berlaku. PBB merupakan pertubuhan yang seakan-akan tunduk kepada Amerika. Amerika berada di bawah penguasaan Yahudi. Jadi takkan mereka bertindak untuk menyelamatkan rakyat Palestin. Mustahil berlaku.

Jadi di sinilah peranan OIC perlu berlangsung..umat Islam diseluruh sudah bangkit menentang. Cuma umat Islam kekurangan pemimpin yang berani untuk menggerakkan mereka supaya ke depan.

Penulis yakin dan pasti, kalau hari ini OIC mengisytiharkan untuk mempertahankan bumi palestin dengan mengbuka peluang sukarelawan. Nescaya tidak sampai sehari, pasti beratus ribu akan mengdaftarkan diri.

Minta maaf, kali ini penulis menulis dengan sedikit emosi. Siapa yang tahan melihat keadaan sebegini berterusan. Siapa yang tidak bersedih melihat anak kecil mati begitu sahaja ,? Cukupkah sekadar berdemontrasi, cukupkah dengan menghantar ubat-ubatan yang entah boleh di bawa masuk atau tidak, cukupkah dengan mengeluarkan pelbagai resolusi tetapi tiada apa-apa tindakan.?

Penulis tidak menafikan kepentingan tindakan-tindakan yang dilaksanakan itu, bahkan tindakan sebegini perlu diteruskan. Cuma umat Islam perlu memikirkan tindakan yang lebih keras dan lebih berkesan. Masyarakat dunia pernah berdemontrasi menentang penyerangan Amerika ke atas bumi iraq, tetapi Amerika tetap meneruskan serangannya.

Palestin memerlukan sokongan dari semua…marilah sama-sama kita berdoa dan cuba memikirkan cara tindakan terbaik untuk kebaikan Palestin..kalau diplomasi gagal …. Sudah sampai masanya OIC mengambil tindakan kekerasan.

Semoga rakyat diberi kekuatan oleh Allah untuk terus sabar dan teguh dalam menghadapi dugaan kali ini…hanya doa yang mampu ku hulurkan…maafkan kami rakyat Palestin.

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...

Tuesday, January 6, 2009

Muhasabah 4 : Hebatnya mereka berjuang..aku macam mana

Membaca tulisan Ustaz Nasharuddin yang terbaru membuatkan penulis sedikit terharu dan terkedu. Mana tidaknya hampir kesemua pimpinan PAS peringkat atasan dan bawahan begitu letih bekerja..tetapi aku leka dengan zon selesa ini. Bukan bermakna penulis tidak terlibat langsung. Tetapi keterlibatan penulis dalam PRK kali ini tidaklah sehebat mereka semua yang menghabiskan sepenuh waktu untuk perjuangan Islam. Sedangkan aku terlibat dalam perjuangan untuk memenuhkan masa lapang.

Apabila berfikir demikian, penulis merasa amat malu kepada Allah SWT. Mereka adalah golongan yang yakin kepada janji Allah SWT. Mereka adalah golongan yang mengamalkan amanah yang terpikul bagi seorang ulamak dan penganut Islam. Mereka adalah golongan yang ingin berjuang tanpa mengira balasan duniawi. Mereka adalah golongan yang ingin mendapat naungan Allah SWT.

Tetapi aku…..adakah aku hanya sekadar melihat suasana ini tanpa turun melibatkan diri..adakah aku hanya menganalisis kemudian meletakkan pelbagai andaian tanpa turun melibatkan diri…adakah aku hanya sibuk dengan perniagaan tanpa turun melibatkan diri…oh malunya diri yang bergelar seorang lepasan agama.

Kadang-kadang penulis terfikir, macam mana aku hendak bertindak sehingga menjadi sehebat mereka.? Penulis bukan bermaksud hendak mengejar jawatan seperti mereka.. tetapi berjuang dengan sepenuh hati dan tenaga demi untuk membela Islam yang tercinta. Sejarah telah membuktikan bahawa sumber kekuatan gerakan Islam ialah keterlibatan ulamak yang fulltime dalam gerakan Islam.

Lihat kepada perjuangan bangsa melayu menentang penjajah. Siapa yang membimbing penentangan kepada british di Pasir Puteh..kalau bukan Ulamak. Siapa yang membimbing penentangan kepada british di Kuala Berang..kalau bukan Ulamak.. siapa yang membimbing penentangan terhadap kemasukan penjajah ke bumi Terengganu ..kalau bukan ulamak…banyak sekali keterlibatan ulamak dalam arena perjuangan Islam.

Tetapi aku macam mana…aku bukan dikategorikan sebagai ulamak..tapi mungkin boleh dilabelkan sebagai pelajar lepasan agama. Memikul title ulamak merupakan satu tanggungjawab berat. Ulamak bukan dikira berdasarkan ketinggian ilmu tetapi gelaran ulamak dikira atas kehebatan merekan mempertahan dan mengamalkan ilmu yang dalam dada-dada mereka.

Ulamak sanggup berjuang walaupun pasti perjuangan ini masih terlampau jauh. Ulamak sanggup berjuang walaupun bajet kewangan dalam sesuatu masa seakan-akan tidak menentu. Ulamak sanggup berjuang walaupun yang ditentang ialah saudara dan sahabat handai sendiri. Ulamak sanggup berjuang walaupun dibenci dan dikutuk oleh masyarakat.

Inilah dia ulamak yang sebenar…tetapi jangan salah faham..ulamak bukan semestinya susah. Cuma ulamak bersedia menerima kesusahan dengan sebab perjuangan.

Penulis bukan menafikan keterlibatan aktivis dan golongan profesional dalam PAS. Tetapi berbetulan entry ini untuk muhasabah penulis sahaja.

Semoga segala keikhlasan pejuang-pejuang gerakan Islam ini akan menatijahkan kemenangan dalam PRK nanti, insyaAllah…

Teruskan perjuangan…semoga mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

*maksud mereka ialah para pimpinan

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...

PRK 036 1 : Isu apa yang UMNO/BN akan bawa yee.?



Hari ini penamaan calon telah selesai. Walaupun jangkaan akan berlaku pertembungan 5 penjuru, tetapi alhamdulillah dengan kuasa Allah pertembungan hanya berlaku 3 penjuru. Yang menarik ialah calon daripada AKIM menarik diri dan meminta kepada semua penyokongnya supaya menyokong calon PAS.(berita ini tidak ada dalam Utusan). Semua ini adalah kuasa Allah SWT.

Mengikuti laporan Perarakan calon UMNO hampir mencecah 10,000. Manakala perarakan calon PAS hampir mencecah 40,000 . satu kemenangan moral yang pertama kepada PAS. Tetapi diharap PAS tidak leka dengan jumlah yang ramai ini.

UMNO telah mengetengahkan Wan Farid sebagai calonnya. Walaupun sebelum ini pernah diwar-warkan bahawa calon mungkin akan bertukar kerana Wan farid tidak mempunyai kriteria yang dikehendaki oleh TPM Malaysia.

Sebelum PAS mengumumkan calonnya. Calon UMNO dilihat agak agresif bekerja bertemu dengan pengundi. (Penulis difahamkan kebanyakan jentera UMNO kali ini kurang bekerja kerana wan farid seorang yang boleh dikatakan agak sombong.). tetapi selepas PAS mengumumkan calonnya pada 1 Januari 2009. Calon dan jentera BN agak terkesima seketika.

Selepas pengumuman di buat oleh Dato’ Seri Tuan Guru Presiden, hampir kesemua akhbar arus perdana diam seketika daripada melaporkan perkembangan calon PAS. Mungkin mereka tidak menyangka PAS akan mencalon YB Abdul Wahid Endut.

Ketika di PRK Permatang Pauh. UMNO telah memainkan isu liwat DSAI. Tetapi isu ini memakan tuan yang menyebabkan simpati kepada DSAI semakin bertambah. Akhirnya DSAI menang dengan peningkatan majoriti sebanyak 2,000.

Agaknya isu apa yang akan digunakan dalam PRK Kuala Terengganu ini.?

Pada awalnya ramai yang menjangka Umno akan menggunakan isu Hudud dan cabaran kepada Kelantan. Tetapi isu ini dilihat terlampau basi dan lapuk. Berkemungkinan juga isu ini akan dilihat seolah-olah Umno menolak Islam.

Hudud merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Allah. Jadi isu ini tidak wajar dipolitikkan. Kalau isu dipolitikkan, penulis yakin dan percaya Umno pasti tersungkur..

Mungkin Umno akan membawa isu keretakan PAKATAN RAKYAT dengan memaparkan pertelingkahan pandangan antara pemimpin PAS, PKR dan DAP. Tetapi isu ini berjaya ditutup dengan kerjasama PAKATAN RAKYAT yang mantap di Kuala Terengganu. DAP ikut sekali berkempen dengan membuka bilik gerakan di Kuala Terengganu. PKR pun melakukan tindakan yang sama.

Mungkin juga Umno akan membawa isu kegagalan PAKATAN RAKYAT dalam mentadbir kerajaan negeri. Tetapi Umno dilihat lebih teruk. Memang tidak dinafikan setiap pemerintahan ada kelemahan. Sekurang-kurang PAKATAN RAKYAT berjaya membawa imej bersih dari rasuah, Umno tidak. Isu ini pasti digagalkan dengan kegagalan kerajaan Terengganu mengagihkan duit royalti kepada rakyat.

Kalau begitu, isu apa lagi yang Umno akan bawah… penulis pun tidak pasti…yang pasti semua isu telah berjaya di patahkan dengan tangan perbuatan mereka sendiri.

Kita tunggu perkembangan selanjutnya

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...

Monday, January 5, 2009

Hancurkan Pemimpin-pemimpin ini

(apakah kita ingin melihat fenomena ini berterusan.)

Hampir sebulan rakyat palestin digasak, diganyang oleh tentera Israel. Hampir sebulan umat masyarakat antarabangsa berdemontrasi bagi menunjuk bantahan terhadap serangan tersebut. Hampir sebulan media, blogger dan pelbagai mekanisma memaparkan keadaan Palestin secara langsung. Hampir sebulan..hampir sebulan..hampir sebulan..

Penulis boleh dikatakan agak lambat member respon terhadap isu ini. Bukan bermakna penulis tidak terfikir atau mengambil penting tentang isu palestin ini. Cuma penulis terfikir macam mana mahu memulakan penulisan ini. Selepas berfikir dan mengikuti perkembangan pengepungan hampir sebulan. Barulah penulis mendapat idea..itupun selepas bersembang dengan tukang gunting di Bandar Baru Bangi, petang hari ini.

Tentera Israel adalah tentera penakut. Ini dapat dibuktikan apabila Hizbullah Berjaya mematahkan serangan kereta kebal canggih Israel pada tahun 2006 terus PBB campur tangan untuk berdamai. Tentera Israel bersedia untuk berdamai apabilan senjata canggih buatan amerika dapat dipatahkan.

Tentera Israel berjuang untuk HIDUP, tentera Islam berjuang untuk MATI. Tentera Israel akan berperang kalau dibekalkan dengan alatan canggih. Tentera Islam akan berperang untuk mempertahankan agama dan tanah air.

Memang tidak dinafikan bahawa keberanian tentera Israel terhadap rakyat palestin ialah kerana sokongan yang diberikan oleh pemimpin Islam di Negara-negara yang berjiran dengan Israel seperti Jordan dan Mesir.

Walaupun rakyat kedua-dua Negara tidak setuju. Walaupun pemimpin pembangkang kedua-dua Negara mengkritik Israel, tetapi pemimpin mereka masih teruskan agenda menyokong serangan Israel. Perdana menteri Mesir Husni Mubarak dan Raja Abdullah (raja Jordan) tidak pernah menyatakan sokongan terbuka, tetapi tindakan mereka mereka menutup sempadan ke Israel merupakan salah satu daripada tanda sokongan mereka terhadap serangan Israel kepada Palestin.

Bagi penulis, sokongan kedua-dua Negara inilah punca keberanian tentera Israel menyerang Ghazza. Kalau sempadan Israel di buka di Mesir dan Jordan. Penulis yakin dan percaya begitu ramai pejuang-pejuang yang akan membantu samada dari segi ketenteraan ataupun bantuan kemanusiaan. (Penulis difahamkan bahawa penutupan pintu sempadan kedua-dua Negara atas arahan Israel.)

Bantuan inilah yang menggerunkan tentera Israel. Kalau tentera hamas itu dihadapi oleh Israel dengan penuh susah payah, bagaimana dengan bantuan tentera Islam yang lain. Tentu akan menakutkan lagi tentera Israel yang sedia takut itu.

Umat Islam mempunyai ramai pengikut yang begitu bersemangat untuk berjuang. Ketika peperangan di Iraq meletus, kedutaan Iraq di Syria pernah membuka peluang kepada para mujahidin untuk pergi berjuang ke Iraq dengan menyediakan perkhidmatan penghantaran ke sana. Penulis melihat sambutan yang diberi begitu menggalakkan. Walaupun seruan itu merupakan satu perangkap pihak musuh. Akhirnya golongan yang pergi itu terpaksa pulang begitu sahaja selepas dikhianati oleh tentera tempatan yang bersetongkol dengan tentera amerika. (maklumat ini, penulis dapat daripada pensyarah Kuliah Dakwah, Damsyik, Syria).

Umat Islam tidak kurang daripada kelengkapan canggih. Hizbullah pernah mengharumkan nama umat Islam apabila berjaya menghancurkan kereta kebal canggih buatan amerika. Pencipta bom nuclear di Pakistan dan India adalah mereka yang menganut agama Islam.

Penulis bukan menyeru kepada keganasan. Islam bukan agama yang menyeru kepada keganasan. Tetapi Islam adalah agama yang bertindak kena dengan waktunya. Kalau musuh mengganas umat Islam wajib mempertahankan diri. Kalau musuh merampas tanah umat Islam. Jihad menjadi kewajipan kepada penduduk tersebut untuk mengambil balik hak tersebut.

Sejarah telah membuktikan bahawa peperangan yang dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat adalah untuk melebarkan dakwah. Peperangan Badar berlangsung kerana ingin mengambil kembali harta muhajirin yang dirampas oleh Quraisy. Peperangan Uhud berlangsung kerana Quraisy ingin menebus kembali kekalahan di Badar. Peperangan Al-Ahzab berlangsung kerana nabi ingin mempertahankan Madinah daripada kepungan Tentera Qurasy dan sekutu-sekutunya. Begitu juga dengan peperangan yang lain.

Berbalik kepada isu pemimpin Islam yang bangsat ini. Penulis berharap umat Islam bukan sahaja mengutuk dan mendoakan kecelakaaan kepada tentera Israel. Tetapi kutukan dan doa kecelakaan juga perlu ditujukan kepada pemimpin Islam yang bersetongkol dengan tentera Israel ini.

Kalau pintu sempadan di Jordan dan Mesir di buka tentu lain kesimpulannya kepada rakyat palestin hari ini. Kalau kedua-dua pintu ini dibuka, rakyat palestin tidak akan mati kelaparan. Kalau kedua-dua pintu ini dibuka, rakyat Palestin akan menikmati bantuan perubatan. Kalau kedua-dua pintu ini dibuka, rakyat Palestin akan menerima bantuan kemanusiaan. Bahkan kalau kedua-dua pintu ini dibuka rakyat palestin akan diberi bantuan persenjataan dan tentera sukarelawan.

Pun begitu, masih belum terlambat untuk kedua-dua negeri ini untuk bertindak. tunjukkan sifat sayang sahabat sebangsa dan seagama untuk menamatkan penderitaan rakyat Palestin.

Penulis ada terdengar bahawa kalau peperangan ini berlarutan, Syria akan masuk campur. Kalau kenyataan ini betul-betul berlaku, tahniahlah buat Republik Arab Syria dan sepatutnya dicontohi oleh Negara umat Islam yang lain.

Penulis mencadangkan agar desakan PAKATAN RAKYAT untuk memanggil sidang parlimen tergempar bukan sahaja membincangkan isu kekejaman Yahudi ke atas rakyat palestin. Tetapi PAKATAN RAKYAT perlu mendesak agar Mesir dan Jordan perlu membuka sempadan Palestin Negara masing-masing agar sebarang bantuan dapat dihulurkan.

Oleh itu, umat Islam perlu sama-sama berdoa agar angin perubahan Islam perlu berlaku di Jordan dan Mesir agar kegemilangan Islam dapat ditegakkan kembali di Bumi Arab ini.

Kalau berdoa untuk kecelakaan tentera Israel, jangan lupa masukkan sekali nama Perdana Menteri Mesir dan Raja Jordan, kerana mereka berdua boleh dikatakan antara punca keberanian tentera Israel dalam serangan ini.

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...

Saturday, January 3, 2009


Jangan lupaa..sesiapa yang mengaku rakyat Terengganu dijemput hadir


... Bekerja Untuk Islam ...

Friday, January 2, 2009

segala debaran terjawab akhirnya

Semalam Tuan Guru Dato’ Seri Presiden telah mengumumkan YB Hj Wahid bin Endut sebagai Calon P36 parlimen Kuala Terengganu. Bermakna semua spekulasi calon telah hilang. Jangkaan pengalisis politik begitu tersasar sekali. Bagi penulis, tidak kisahlah siapa pun calon, yang penting calon tersebut akan membawa agenda parti ke Parlimen.

Untuk menjadi calon PAS memerlukan tapisan yang boleh dikatakan agak ketat. Bermula dengan keputusan Perhubungan Negeri sampai kepada Majlis Syura Ulamak. Ini bagi memastikan calon tersebut bebas dari pelbagai keburukan seperti rasuah, pecah amanah, sentiasa meneruskan dosa kecil dan sebagainya.

Memang tidak dinafikan PAS pernah terpilih calon yang tidak mengcukupi syarat sebagaimana yang pernah berlaku di johor dahulu. Tapi kes yang jarang berlaku tidak boleh di ambil sebagai hujjah bagi menyatakan Majlis Syura Ulamak mengambil lewa terhadap kelulusan seseorang calon.

Penulis tidak berminat menyebut apakah significannya pemilihan YB Abdul Wahid Endut dipilih sebagai calon. Cukuplah sebagai ahli PAS kita menyerahkan kepada kepada kebijaksanaan kepimpinan. Tugas ahli parti ialah melaksanaan setiap agenda parti selagi tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Sunnah.

Ini bukan bermakna pimpinan PAS tidak boleh dikritik. Jika terdapat sebarang kritikan, perkara ini boleh dibuat mengikut salurannya seperti mesyuarat, mesyuarat agung kawasan dan muktamar. Gunakan saluran yang sepatutnya agar pergerakan PAS sebagai Parti Siyasah, dakwah dan Tarbiyyah akan terus utuh dan teguh.

Bahkan Islam melarang jikalau seseorang yang mengetahui sesuatu spekulasi atau berita kemudian disebarkan kepada semua orang melalui media, blog dan sebagainya sebelum merujuk kepada kepimpinan. Ini bagi mengelakkan sangka buruk, umpatan, caci maki kepada orang yang terkena spekulasi itu.

Islam menggalakkan segala keputusan di ambil secara bersama. Pun begitu Islam juga membenarkan dalam situasi tertentu pemimpin berhak membuat keputusan berdasarkan kepada kebijaksaan seorang pemimpin.

Jadi sewajarnya sebagai seorang ahli gerakan Islam terus menerus bekerja bagi menjayakan agenda PAS untuk mengdaulatkan Islam sebagai asas perjuangan parti samada ketika menjadi pembangkang atau pemerintah.

PAS tidak pernah membezakan antara suasana pembangkang dan pemerintah. Dalam pelbagai suasana Islam tetap dinobatkan walaupun mendapat sedikit bantahan dari lawan dan juga kawan.

Penulis cukup yakin bahawa rakan dalam PAKATAN cukup memahami prinsip dan asas perjuangan PAS. Cuma berlaku sedikit silap faham terhadap kefahaman Islam merupakan perkara yang biasa.

Yang penting tingkatkan wala’ kepada pimpinan. Hentikan pertikaian lidah sesama ahli agar keteguhan PAS sebagai parti Dakwah, Siyasah dan tarbiyyah dapat terus dikekalkan.

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...