Wednesday, June 3, 2009

Tabahnya Laila...

Tabahnya Laila...

Penulis sempat mengikuti catatan hujung Ketua Pengarang Harakah tentang peristiwa Pengkebumian Ibu Mat Sah, suami kepada Pn. Laila Othman. Kisah yang sungguh menyayat hati. Walaupun pembaca merasa sedih, pun begitu, Berat Mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Kisah yang terpapar itu hanyalah secebis kisah kesedihan mangsa ISA. Sebelum ini, Masyarakat Malaysia sudah mengetahui pelbagai cerita berkenaan dengan ISA ini.

Bagi Penulis, ISA wajib dihapuskan tanpa syarat. Apakah keperluan untuk ISA diwujudkan lagi. Sampai kezaliman ini hendak terus dipertahankan. Sejak bila Islam membenarkan penahanan tanpa bicara.

Mungkin pihak kerajaan boleh beralasan bahawa ISA digunakan untuk membendung kejahatan yang belum terbukti supaya keselamatan negara tidak terancam.

Logikkah alasan sebegini?, Dalam Islam, orang yang bersalah tidak boleh ditahan sehingga dibuktikan kesalahannya. Tahanan reman mungkin dibenarkan (mengikut kes-kes tertentu), tetapi bukan penahanan tanpa bicara.

Pn Laila Othman telah berjuang hampir 7 tahun untuk menerangkan tentang kezaliman ISA ini. Walaupun berdepan dengan pelbagai risiko seperti ugutan dan suami yang terus menerus tidak dibebaskan.

Tapi bencinya beliau kepada ISA dan sayangnya kepada Islam sehingga beliau sanggup berkorban untuk menentang kezaliman ini.

Ketika Perdana Menteri One Malaysia mengumumkan pembebasan tahanan sempena perlantikan sebagai perdana Menteri, Nama Mat Sah tidak tersenarai.

Ketika pembebasan kedua diumumkan oleh Kementerian Dalam Negeri hasil daripada ugutan Adun Kota Alam Shah, Selangor untuk letak jawatan sebagai Adun, Mat Sah tetap tidak tersenarai.

Adakah Mat Sah pernah membunuh seseorang.? Adakah Mat Sah pernah merancang untuk menyerang bangunan Jabatan Kerajaan.? Adakah Mat Sah pernah terlibat sama untuk mengadakan rompakan besar-besaran.?

Ini semua antara persoalan yang perlu dijawab bagi sesiapa yang sibuk mempertahankan ISA.

Ini bukan isu Mat Sah sahaja. Tetapi ini adalah isu semua tahanan yang ditahan. Kalau betul pihak kerajaan mempunyai bukti, dakwa sahaja dimahkamah. Biar mahkamah buktikan bahawa mereka ini bersalah. Payah sangat ke untuk mencari bukti.?

Penulis cukup merasa kagum dengan ketabahan Pn Laila berdepan dengan penderitaan, kesusahan dan keperitan ini. kalau ujian berlaku kepada penulis, entah penulis mampu atau tidak untuk menanggungnya.

Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada semua mangsa ISA supaya sentiasa tabah dan istiqomah dalam menentang kezaliman ini.

“Bersabarlah wahai keluarga yasir, sesungguhnya syurga dijanjikan kepada kamu”

Semoga segala amalan dan pengorbanan ini dibalas oleh Allah SWT.

www.attakiri.blogspot.com

... Bekerja Untuk Islam ...

No comments: