Monday, June 15, 2009

Kerajaan Perpaduan ; Kenapa kehendak Media dilayan

Muktamar PAS ke 55 telah pun berakhir, pemilihan kepimpinan telah pun selesai, ucapan dasar dan penggulungan presiden telah pun menyuraikan segala kekerumitan, tetapi kenapa bunyi-bunyi yang tidak enak masih di dengari.?

Dalam Muktamar baru-baru ini, Hampir kesemua perwakilan menegur kenyataan median pimpinan yang seolah-olah dilihat bercanggah antara satu sama lain. Ada perwakilan yang mencadangkan agar kenyataan media pimpinan PAS diselaraskan agar tidak wujud sebarang ekploitasi dari pihak media.

Tapi kini, saranan dan cadangan muktamar seolah-olah seperti abu yang berterbangan. Masih ada pimpinan yang mengeluarkan kenyataan media yang seolah-olah bercanggah antara satu sama lain.

PAS bukan sebuah parti politik semata-mata. Strategi PAS adalah sentiasa dipandang dalam tiga aspek iaitu Dakwah, tarbiyyah dan Siyasah.

Ada satu ketika, suatu perancangan seperti menguntungkan politik tapi merugikan dalam dakwah. Ada suatu ketika sesuatu perancang menguntungkan dakwah tetapi agak merugikan dari sudut pandangan politik semasa.

Ini semua memerlukan kebijaksanaak pimpinan untuk menyelesaikannya .sebagai ahli parti, sewajarnya kita menyerahkan mandat ini kepada pimpinan.

Sebagaimana kita bersetuju untuk melantik mereka sebagai pimpinan. Kita juga perlu bersetuju untuk sebarang keputusan yang diputuskan oleh pimpinan.

Penulis tidak pelik dan hairan kalau kritikan kepada pimpinan di buat oleh pimpinan cawangan atau kawasan (walaupun ini juga tidak patut). Berkemungkinan mereka ingin meluahkan rasa tidak puas hati kepada pimpinan pusat secara terus.

Tapi kenapa pimpinan pusat seperti bercanggah antara satu sama lain.?

Isu kerajaan Perpaduan telah pun diperhentikan. Bahkan Dato’ Seri Tuan Guru Presiden telah pun menangguhkan cadangan kerajaan Perpaduan ini seusai kepimpinan negara bertukar tangan.

Jadi, kenapa isu ini diperbesarkan-besarkan.?

Kenapa masih terdapat pimpinan PAS Pusat yang membuat kenyataan terbuka terhadap isu ini dalam media dan blog.?

Kenapa pimpinan PAS Pusat tidak selesaikan dalam mesyuarat yang diadakan secara bulanan itu.?

Isu cadangan perlantikan Datuk Paduka Husam Musa dan Tn Hj. Mohamad Sabu pun dicadangkan oleh pimpinan dalam media.!

Kenapa perlu digembar-gemburkan cadangan ini, ? apa faedahnya. Yang lagi dahsyat restuan Mursyidul Am dipergunakan untuk menyokong cadangan ini.

Walaupun isu ini sudah lama, perlantikan telah pun dibuat. Tetapi penulis sebagai ahli kecil parti amat mengharapkan agar ianya tidak berulang lagi pada masa hadapan.

Kerajaan Perpaduan dicadangkan pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri bukannya PM One Malaysia sekarang ini.

PAS berhak mengadakan perbincangan dengan semua pihak demi kepentingan Islam. PAS juga akan terus memperkukuhkan PAKATAN RAKYAT atas nama Tahaluf Siyasi.

Inilah antara isi yang dipersetujui oleh kesemua perwakilan muktamar samada di Ipoh dan Shah Alam.

Jangan jadikan cadangan kerajaan Perpaduan sebagai tempat untuk pimpinan dilihat berpecah.

Jangan jadikan cadangan kerajaan perpaduan sebagai tempat menjatuh dan mencantas pimpinan

Cukuplah isu ini terhenti setakat ini.

Tambahan : Maaf artikel ini agak emosional

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...

5 comments:

AnakSimunjan said...

Apa yang perlu diperjelaskan dalam isu ini ialah dua perkara yang jelas berbeza walaupun maksudnya sama.

1. Pernyataan dari pemimpin PAS terutama TGHHA dan Nashruddin berkonsepkan perbincangan dalam isu-isu tertentu. Konsep kerajaan perpaduan tidak pernah timbul. Pakatan Rakyat tetap menjadi rakan perjuangan.

2. UMNO sanggup mensensasikan konsep perbincangan ini kepada konsep kerajaan perpaduan yang membawa maksud penggabungan antara UMNO-PAS. Apa yang jelas strategi UMNO cuba memecahbelahkan kekuatan Pakatan Rakyat. Walau apapun alasan yang diberikan kejujuran UMNO dalam isu kerajaan perpaduan ni jelas mahu menjahanamkan PAS dan Pakatan Rakyat agar pengaruh mereka terus bertahan.

Justeru itu penerangan yang sejelas-jelasnya harus diberikan kepada rakyat. Niat PAS dan UMNO jauh berbeza. Pas mahu menegakkan ISLAM dan mempertahankan maruah Melayu namun UMNO hanya berteraskan kepada KUASA.

Lihatlah bagaimana media UMNO mensensasikan isu ini sehingga segenap pemikiran pemimpin Pakatan Rakyat terkeliru dan terpaksa melayan kehendak mereka.

Kepada pendukung perjuangan PAS, seharusnya perjuangan PAS jangan digadaikan dengan bersahabat dengan UMNO. PAS akan rosak bila bersetuju dan masuk perangkap UMNO. Ingatlah bahawa TIADA YANG IKHLAS daripada UMNO dalam berjuang bersama PAS.

Sekurang2nya dengan perjuamgan bersama PAKATAN RaAKYAT keupayaan dan keyakinan rakyat terhadap PAS semakin meningkat. Cuma kekuasaan BN sahaja yang masih mampu menyekat kewibawaan PAS. Insya Aallah dalam PRU 13 nanti kekuatan PAS dan sokongan Melayu kepada PAS semakin meningkat. Hanya satu sahaja penghalang kepada perjuangan PAS ini iaitu konsep KERAJAAN PERPADUAN dengan UMNO ni sahaja.

Janganlah adanya perbincangan PAS dengan UMNO walau dalam apa cara sekalipun. Sejarah telah membuktikan bahawa PAS tidak akan mampu berhadapan dengan UMNO secara sendirian. Percayalah PAS adalah musuh UMNO untuk selama-lamanya. Jika UMNO ikhlas dari dulu lagi perkara ni dah dilaksanakan.

Kepada penyokong-penyokong PAS maka janganlah lalai dengan isu ini. UMNO mampu memanipulasi kesediaan PAS demi kekuasaan mereka semata-mata. Maka elakkanlah segala keburukan ini demi kebaikan PAS dan perjuangan ISLAMnya.

Anonymous said...

"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. " (Al Hujurat ayat 12)

View Profile: Rantong™

Anonymous said...

Berhat-hatilah bilamana menulis blog. Tulis dengan ilmu & iman.

"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian

daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya

yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik

kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. "

(Al Hujurat ayat 12)

View Profile: Rantong™

Zulhimi Abd. Rahman Attakiri said...

terima kasih atas komentar

Harap Anak Simunjan dapat mendengar kembali pergulungan pimpinan supaya dapat penerangan yang jelas

terima kasih kepada rantong atas ingatan itu. bukan niat penulis untuk su' zhan cuma penulis ingin melontarkan pandangan kerana sayangkan parti ini

Syauqi said...

betul....

ana sokong...
dan boleh tgk jg video ini utk sape2 yang byk sgt waswas dia.....

tengok lah video ni....
penjelasan Tuan Guru pasal kerajaan perpaduan.....
aku jumpa kt youtube..

tak payah lah nk komen pasal benda yang diri sendiri pon xtahu n x faham....
menyusahkan orang laian saje....

http://www.youtube.com/watch?v=dJKJ0FR7fQQ&feature=channel_page