Friday, June 19, 2009

Sokong Ustaz Idris ; Ahli PAS perlu bertenang

Mungkin dalam seminggu dua ini, ahli PAS dan masyarakat sibuk membicarakan tentang kenyataan akhbar yang berkaitan dengan kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

isu yang bermula daripada kesetujuan Muktamar PAS untuk berbincang dan berunding dengan mana-mana pihak demi kepentingan Islam.

ditambah pula dengan kenyataan Perdana Menteri One Malaysia yang ingin mengadakan rundingan dengan PAS untuk membentuk kerajaan perpaduan demi kepentingan bangsa Melayu.

Kemuncak daripada isu ialah Tuan Guru Mursyidul Am mencadangkan agar Timbalan Presiden meletak jawatan sebagai timbalan dan ahli parlimen Bachok kalau masih terus menyokong untuk mengadakan rundingan dengan UMNO.

Dalam hal ini, penulis menyarankan agar pembaca bersama membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat di sini dan kenyataan Naib Presiden PAS Pusat Dato Tuan Ibrahim bin Tuan Man di sini.

Ditengah kemelutan seperti percanggahan dua tok guru, sepatutnya para pimpinan bukan menjadi minyak yang menyemarakkan api di kalangan ahli-ahli. Tetapi pimpinan menjadi tempat penyejuk kepada semua ahli.

Sebab itu, penulis kurang bersetuju atas penolakan secara total oleh 10 orang ahli Parlimen PAS terhadapi stilah kerajaan perpaduan dan beralasan berdiri teguh dibelakang Mursyidul Am.

Kenapa kenyataan sebegini dikeluarkan disaat ahli PAS masih dalam keadaan kepeningan. Setakat ini kenyataan daripada Musyidul Am dan Presiden PAS ialah kenyataan peribadi samada isu hendak kerajaan perpaduan ataupun tidak.

Harap pimpinan tidak rumitkan keadaan yang ada. Cukuplah membuat kenyataan media tentang keadaan yang berlaku sekarang ini.

Pimpinan dan ahli mesti merapatkan saf untuk menentang segala kezaliman yang ditimbulkan dan bersedia untuk membuka ruang dakwah seluas-luasnya untuk menambahkan lagi sokongan kepada PAS.

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...

2 comments:

Lebai Mangkuk said...

KERAJAAN PERPADUAN WADAH UTAMA MENYATU-PADUKAN MELAYU/ISLAM

Dalam 10 orang wakil PAS itu sebenar nya separuh daripada nya berjiwa PKR.

Mereka tahu bahawa PKR akan musnah jika 'Kerajaan Perpaduan' benar2 dapat diujudkan. Begitu juga dengan DAP. DAP akan kembali lemah seperti dahulu.

Jika DAP lemah, dengan sendirinya kaum cina dan india terpaksa mengikut menyokong 'Kerajaan Perpaduan yang berteraskan politik melayu/Islam sepenuh nya.

Orang melayu/Islam harus sedar, kuasa memerintah oleh melayu/Islam akan musnah jika berpecah dalam politik. Contohnya apa yang sedang berlaku sekarang.

Kaum cina dan india sudah bersatu dalam DAP, kaum melayu/Islam berpecah dan sudah menampak kan kelemahannya dari segi kuasa memerintah.

Suara kaum cina dan india semakin lantang untuk menghapuskan hak2 kaum melayu. Mereka juga sudah berani menuntut perkara2 yang akan merugikan kaum melayu/islam.

Sedarlah sebelum terlambat.
Pemimpin2 UMNO mungkin sudah sedar segala kesilapan nya dan sudah berubah.
Mengapa kita tidak berani mencuba 'Kerajaan Perpaduan' ?

Zulhimi Abd. Rahman Attakiri said...

PAS mahukan kerajaan Perpaduan dengan semua, bukan dengan UMNO semata-mata, kalau boleh Lebai-mangkuk tidak silap faham

apa-apa ahli PAS hanya perlu menunggu penjelasan dari pimpinan tidak lama lagi