Saturday, May 2, 2009

Kepimpinan Ulamak Di pertikai Ketika PAS cemerlang ?

Penulis terbaca sedutan wawancara bersama dengan Tim. Mursyidul Am PAS, Dato’ Dr. Haron Din berkenaan dengan kepimpinan Ulamak.

Beliau telah menjelaskan kekeliruan yang timbul di saat terdapat segelintir ahli dan pimpinan PAS mula mempertikaikan gagasan kepimpinan Ulamak.

Ada yang mencadangkan agar gagasan kepimpinan ulamak ini ditukar kepada kepimpinan bertaqwa. Penulis pun tidak pasti apa asas dan tujuan penukaran ini.

Kepimpinan Ulamak di susun secara sistematik semenjak tahun 1982 setelah ahli PAS melihat kepimpinan PAS ketika itu (zaman Dato’ Asri Muda) mempunyai arus perjuangan yang kabur. PAS dilihat sebagai gerakan Nasionalis seperti UMNO.

Oleh itu, ahli PAS bangkit kembali untuk mengembalikan PAS kepada perjuangan asalnya dan dimantapkan lagi dengan perbentukan kepimpinan Ulamak.

Gagasan kepimpinan ulamak ini digagaskan kerana PAS ketika itu betul-betul berada dalam keadaan lemah dan seolah-olah hilang prinsip perjuangannya.

Oleh itu, kepimpinan Ulamak digagaskan bagi menguatkan kembali dasar dan perjuangan PAS.

Kepimpinan Ulamak diasaskan supaya pergerakan PAS bukan sahaja tertumpu kepada politik semata-mata. Kepimpinan Ulamak digagaskan bagi memastikan perjuangan PAS tidak lari dari konsep perjuangan samada dari sudut dakwah, tarbiyyah dan politik.

Hasil daripada gagasan ini, PAS berjaya menempa nama dan menjadi parti kedua terkuat di tanah air.

Kekuatan PAS semakin bertambah dengan kemenangan selepas PRU12 dengan berjaya menguasai 5 negeri hasil kerjasama politik bersama dengan PKR dan DAP. Ini menunjukkan bahawa gagasan ini semakin menuju kepada kecemerlangan.

Disaat PAS cemerlang dengan kepimpinan ulamak. Ada juga pihak yang mempertikaikan kepimpinan ulamak ini. Penulis tidak pelik kalau kepimpinan ulamak dipertikaikan kerana gagasan ini menyebabkan PAS menjadi lemah.

PAS semakin kuat dan semakin dipandang oleh kawan dan lawan. Walaupun PAS mempunyai bilangan ahli parlimen yang tersedikit. Tapi PAS mempunyai ADUN yang teramai dalam PAKATAN RAKYAT.

PAS mempunyai matlamat dan dasar yang mantap. Segala tindak tanduk PAS adalah berdasarkan kepada Al-Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qias.

Inilah antara rahsia kekuatan PAS sejak zaman berzaman.

Selain dari usul memperkasakan PAKATAN RAKYAT dalam muktamar yang lalu. Perwakilan juga pernah bersetuju dengan usul supaya menyerahkan mandat kepada kepimpinan dalam isu muzakarah dengan mana-mana pihak.

Jadi, untuk apa kita melenting supaya kepimpinan ulamak hendak dikaji semula.? PAS berada dalam keadaan lemah ke sekarang.? Jawapannya tidak.

PAS bergerak melanggar Al-Quran ke sekarang.? Jawapannya tidak.

Jadi apa masalah dengan kepimpinan ulamak sebenarnya.?

Mungkin ada yang berpendapat bahawa PAS tidak mengikut arus rakyat dengan mengadakan perbincangan yang dianggap sulit dengan UMNO. Penulis tidak pasti kenapa disebut sulit oleh Naib Presiden sendiri. Sedangkan Tuan Guru Presiden pernah menyebut bahawa setiap butir pertemuan telah di maklumkan kepada Jawatankuasa PAS Pusat. Mungkin sulit kepada ahli tetapi bukan pimpinan.!

Tapi adakah salah kalau PAS berbincang tentang kepentingan Islam. Kalau DSAI boleh berbincang dengan MP UMNO untuk urusan lompat. Kenapa PAS tidak boleh berbincang dengan UMNO demi kepentingan umat Islam. berbincang bukan semestinya setuju.

Hebat sangat ke DSAI. Koman sangat ke pimpinan PAS.

Penulis harap, kesemua ahli dan pimpinan memberi dokongan kepada kepimpinan ulamak ini.

Penulis menulis tajuk ini bukan bermakna ada kepentingan. Cuma sekadar ingin menerangkan bahawa gagasan inilah yang menjadi tonggak penting dalam kelangsungan gerakan Islam.

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...

10 comments:

wan said...

rakus, mereka rakus.

Semoga ulama-ulama dalam Pas yang masih ketinggalan dari segi intelek dan pemikiran kehadapan dalam sudut siasah terpanggil untuk memantapkan diri.

Allah menjaga parti ini.

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Ya,DSAI sangat hebat sehingga berjaya memecahkah belahkan dan membuatkan PAS menjadi lebih liberal!Anda marah?tak percaya?Hakikatnya tengok sahaja apa dah jadi sekarang...Ustas setuju atau tidak?

Abd Rahman Mohd Tharin said...

salam.. bersama pertahankan kepimpinan ulama'.. kita harus akui kelemahan dalam dewan ulama' sebelum2 ini.. sama2 muhasabah

alangkh baiknya jika kritikan2 yg timbul adalah utk meningkatkan2 kualiti pengurusan dewan ulama' bukan hentam semberono..

ulama' pelapis PAS

achok sabah said...

org tak kisah ustat kalau nak berbincang dengan umno, tapi janganlah tipu ahli..kan mahfuz omar selaku ketua penerangan menafikan bahawa ada perjumpaan dengan umno selepas ahli mesyuarat ajk pas pusat..mahfuz omar mendapat penafian dari pimpinan pas bahawa tidak ada perjumpaan dengan umno..

rupa-rupanya tembelang mereka dipecahkan oleh dolah badawi..inikan menimbulkan syak wasangka ahli...

Anonymous said...

http://kisahbenar.wordpress.com/

Kerja Bodoh Nik Abduh dan Kerja Jahat Pembantu Presiden
May 3, 2009

Siapa dak baca tulisan sensasi anak Nik Aziz, tapi sayang tak lebih dari menepuk air di dulang, muka sendiri jugak yang kuyup.

Dulu orang dak bercakap pasal kereta CRVnya, pasal dia makan gaji buta dok jadi ahli majlis MPKB dan komisyen balak, hari ini semua dah habis dicerita orang.

Nik Abduh dah pusing lalat. Bukan kerana banyak bersembunyi kat Kedai Lalat (Tak jauh dah dengan rumahnya), tetapi pening lalat pasal bau busuk jadi banyak lalat dok mari.

Nik Abduh buat pendedahan waktu Tuan Guru Nik Aziz mengerjakan umrah menunjukkan dia ada agenda busuk.

Terus terang, orang dah tahu Nik Abduh nak tunjuk hero belasah Husam. Dulu Nik Abduh halau Husam dari Kijang dalam Pengkalan Chepa. Hari ini Nik Abduh dengan sokongan moral pembantu Presiden di Selangor dan Terengganu nak bunuh karier politik Husam lak.

Kenapa ya?

Nik d sah berdalih dengan hujah-hujahnya. Kalau dia anak jantan berterus terang sahaja dia bencikan Husam kerana sejak Husam jadi exco kewangan, segala karut marut balak yang dinikmati oleh beberapa orang tertentu dalam PAS dah tamat.

Razak Abas, pembantu TGNA dan rakan balak Takiyuddin and the geng jugak kesayangan Nik Abduh. Tak payah sandiwara lagi. Ini semua hal dunia dan daak da kaitan dengan Ulama, membela Islam atau Perpaduan Melayu.

Dulu Nik Abduh bukan main lantang tuduh Husam rasuah sehinggakan dia tersembam dalam keaiban depan ayahandanya sendiri sebab tu dendam kesumat tak habis-habis.

Siapa dari geng Balak yang nak Husam menang Timbalan Presiden? Kalau Husam menang Timbalan Presiden, TGNA akan serahkan pada Husam jawatan MB Kelantan. Dah lebih enam tahun geng balak dok ikat perut tak cukup pitih balak, Husam jadi MB, habislah. Bukan ikat perut mati kebulur teruih.

Yang sedihnya, Nik Abduh bukan anak jantan, dia belasah Husam sambil selindung belakang jubah ayahandanya. Akibatnya, Husam tak kena, tapi ayahandanya yang teruk menanggung.

Inilah kisah benar hari ni. Nik Abduh cuba buruk Husam tapi conteng arang kat muka ayahandanya. Nik Abduh dak pandai. Dia makan jolokan pembantu Presiden di Selangor, takda fikir panjang langsung.

Nik Abduh ingat dia memukul Husam tapi buah yang digarap pembantu TG Haji Hadi sebenarnya nak jatuh maruah Nik Aziz. Jangan salah faham, TGHH langsung tidak dok dalam hal ini. Namanya kena lelong dek kepentingan orang lain.

Ini balas dendam terhadap TGNA sebab pembantu TGHH dak puas hati dengan TGNA dak menerima saranan Muzakarah dan lepas Kerajaan Perpaduan yang di lahir hasil hubungan sulit Timbalan Presiden PAS Ust. Nasha dengan UMNO.

Tindakan TGNA, terlepaslah peluang pembantu TGHH nak rasa jadi Setiausaha Akhbar Menteri.

Mudah nak racun Nik Abduh kerana kemelut lama dan balak yang dak pernah Husam lulus. lepas Mac 8, Husam dok buat sistem baru bagi susah perut-perut tu nok kuyah balak. Husam sendiri minta TGNA gugurkan nama dia dari Jkuasa Balak. Tapi Mohd Amar ada dan gerenti sign surat balak.

Kalau Husam kena tendang, Mohd Amar boleh jadi MB Kelantan dan senang nak ranggas balak.

Nik Abduh kena racun, konon cerita Husam letok YB Latif cabar Nik Abduh dari jadi Ketua Pemuda Kelantan. Gambrar maut, menggaga Nik Abduh.

Lepas kena tegur maruah Nik Abduh lebam macam buah pauh siam busuk. Mulalah meraban kononnya, TGNA tawar dia tanding pilihanraya. Pilih saja kat mana nak. Jadi cerita, Nik Aziz ni berat sangatlah perangainya nepotisme. Walhal, masa PRU 12 TGNA sendiri cakap, Nik Abduh tak layak sebab ‘dok matang’. Tu memang ikhlas dari TGNA. Jadi hari ini satu Malaya dok tengok Nik Abduh ni tak matang.

Nik Abduh ni mangsa saja. Dia dok jahat tapi sikit ada sikap berlagak. Inilah yang dimanipulasi oleh pembantu Presiden.

Kesian. Lagu ni lah PAS kalau nak tahu. Cerita benar PAS yang Harakah tak keluarkan dan Utusan tak tahu menahu.

Zulhimi Abd. Rahman Attakiri said...

tulisan ni penulis nak jawab sikit... kalau betul berlaku penyelewengan sebegitu rupa, laporkan kepada SPRM

datangkah bukti kukuh. jangan hanya lontar batu sembunyi tangan

wan said...

Nik abduh tegur pembantu ayahnda secara umum.

Tapi awok-awok ni bantai sampai keluar nama nik abduh, takiyudin, razak abbas dan ustaz nik amar.

siap ada tuduhan balak lagi. Macam UMNO tuduh adun Pas dalam seidang rakyat jer.

Anonymous said...

Jangan sebut kepimpinan Ulamak sebab tidak tepat. Kalimah ulamak sangat mulia. Tak malu ke mengaku diri dan angkat kroni sendiri jadi ulamak??

Lebih tepat, sebutlah kepimpinan berdegree FPI. Itu lebih tepat. Orang ada degree FPI belum tentu ulamak. Bahkan ada di antara mereka yang UMNO. Seperti Tun Abdullah Badawi. Ada Degree FPI UM. Kepimpinan UMNO masa zaman Dolah Badawi adalah kepimpinan Ulamak.

Orang ada degree FPI boleh jadi gila jawatan. Ramai di antara mereka naik MPV dan SUV yang mewah-mewah. Hasil jual air liur ceramah ke hulu dan ke hilir. Orang lain, miskin macam benda.

Orang ada degree FPI boleh jadi lapar balak. Biasalah manusia. Tapi ulamak tidak lapar balak.

Orang ada degree FPI boleh jadi pemalas.

Orang ada degree FPI boleh jadi tak reti mentadbir. Tak tahu menda-menda

Zulhimi Abd. Rahman Attakiri said...

setiap tulisan yang menyebut anymous tidak akan dilayan

maaf

wn said...

Orang ada degree FPI boleh jadi gila jawatan. Ramai di antara mereka naik MPV dan SUV yang mewah-mewah. Hasil jual air liur ceramah ke hulu dan ke hilir. Orang lain, miskin macam benda.

..........................

sampai menghina sekali, hilang thiqah hanya sebab nak tolak kepimpinan.

Dakwah, tazkirah dan ceramah di tuduh jual air liur?