“Sesungguhnya Ulama’ terdahulu begitu bersungguh membentuk Parti Islam Semalaysia (PAS) demi untuk memperjuangkan Islam yang syumul, kita sungguh terhutang budi kepada mereka, oleh kita sama-samalah kita berdoa kepada
اللهم اغفر لهم وارحمهم وعافهم واعف عنهم
Ini antara sedutan ucapan Tuan Guru Al-Mursyidul Am ketika menyampaikan ucapan perasmian Sambutan 25 tahun kepimpinan Ulamak.
Selepas berlakunya pengharaman semua parti-parti politik kecuali UMNO oleh British, para ulamak hanya dapat berteduh di bawah biro Agama UMNO. Tetapi oleh kerana bidang tugas dalam biro UMNO tidak meluas dan para ulamak melihat bahawa perjuangan Islam tidak dapat diperjuangkan secara syumul dalam UMNO. Lantas mereka bertindak untuk menubuhkan persatuan sendiri yang dinamakan sebagai persatuan Ulamak Setanah Melayu.
Ketika itu, Ust. Osman Hamzah dari Gunung Semanggul mencadangkan agar nama tersebut ditukar menjadi Persatuan Islam Setanah Melayu supaya persatuan ini menjadi wadah kepada umat islam untuk memperjuangkan Islam.
Begitu hebat golongan terdahulu memperjuangkan Islam. mereka sanggup bersusah payah untuk menubuhkan sebuah parti Islam di Malaysia.
Kehebatan PAS pada hari ini ialah hasil daripada titik peluh pendokong-pendokong Islam terdahulu. Mereka sanggup bersusah-payah menerangkan perjuangan PAS, menubuhkan cawangan, menjadikan rumah sendiri sebagai markaz pergerakan parti.
Pejuang-pejuang ini tidak pernah mengharapkan sebarang balasan. Mereka Cuma ingin menobatkan Islam sebagai agama yang memerintah. Walaupun ketika itu dilihat bahawa kemenangan kepada parti Islam agak mustahil. Mereka tidak berputus asa dan terus berjuang.
Begitu hebat mereka berjuang, kita macam mana?
www.attakiri.blogspot.com
... Bekerja Untuk Islam ...
No comments:
Post a Comment