Thursday, May 7, 2009

Perak telah daruratkah?

Hari ini, Dun bersidang. Walaupun Speaker Dewan tidak dimaklumkan, tetapi dun tetap bersidang kerana Tuanku sultan telah perkenan. penulis tidak pasti Sidang itu sah ataupun tidak kerana penulis bukan pakar bahagian perundangan

Hari ini, Perak seperti dilanda darurat yang dahsyat. FRU mengelilingi bangunan SUK seakan-seakan sebagai persediaan supaya rakyat tidak mengamuk. Kenapa bertindak BN bertindak sebegitu rupa, takut kepada rakyatkah?

BN perlu ingat, hari ini mungkin dia dapat rampas kuasa. Tapi PRU13, mungkin rakyat akan menolak dengan lebih dahsyat lagi.

Semalam, Naib Presiden PAS Mohamad Sabu ditangkap kerana menganjurkan majlis SOLAT HAJAT. Entah apa salahnya mengadakan solat hajat.

Apa pun, sama-samalah kita berdoa kepada Allah supaya diberi kekuatan kepada PAS dan PR untuk terus berjuang menuntut hak masing-masing.

Keputusan MB Perak untuk tidak meletak jawatan adalah keputusan Parti. keputusan beliau bukan keputusan individu. Oleh itu, sama-samalah kita memberi sokongan kepada beliau untuk terus menuntut hak ini.

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...

No comments: