Hari ini, ketua, timbalan dan Naib ketua Pemuda telah disahkan dan menang tanpa bertanding. Ini berlaku setelah calon-calon yang bertanding memberi laluan kepada gabungan Ust. Nasrudin, Ust Azman Sapawi dan sdr. Sabky yusuf untuk mentadbir dewan Pemuda
Sebelum ini, Dewan Ulamak telah mengesahkan pengjawatan untuk ketua, timbalan dan Naib. Ini juga setelah calon yang bertanding memberi laluan kepada gabungan Ust Harun, Ust Muhammad Yaa’cob dan Dr. Mahfuz untuk mentadbir Dewan Ulamak
Sebelum ini, media seolah-oleh mewar-warkan berlaku berlaku pertembungan antara ulamak dan profesional. Walhal semua ini tidak pernah berlaku dalam PAS. Pertembungan tidak pernah berlaku. TETAPI yang berlaku ialah kombinasi antara ulamak, profesional dan aktivis PAS. inilah antara kekuatan jentera PAS yang digeruni dan disegani oleh lawan dan kawan.
Seminar Kepimpinan Ulamak baru-baru ini telah mengesahkan lagi kombinasi ini. Hasil kombinasi inilah, PAS dapat menjana kekuatan samada di peringkat Pusat, negeri, kawasan dan cawangan.
Keputusan inilah memperlihatkan bahawa pemimpin PAS bukan seperti pemimpin UMNO yang sibuk untuk mengejar jawatan. Pengjawatan dalam PAS di pandang sebagai amanah. Penjawatan dalam PAS tidak menjanjikan kecuali pengorbanan.
Sekali-sekala penulis terfikir alangkah indahnya kalau kesemua jawatan tertinggi dalam PAS di syurakan. Ini bukan bermakna penulis tidak mempercayai perwakilan.
Kadang-kadang terdapat pemimpin yang hebat dalam strategi dan pentadbiran tetapi tidak terkedepan dalam pengucapan umum. Pemimpin sebegini kebiasaannya tidak diketahui oleh perwakilan.
Kadang-kadang terdapat pemimpin yang hebat dalam pengucapan umum tetapi tidak cekap dalam strategi dan pentadbiran. Pemimpin sebeginilah biasanya akan dipilih oleh perwakilan.
Kepimpinan PAS memerlukan penggabungan ini dalam memantapkan jentera pentadbiran parti.
Oleh itu, apabila pengjawatan pimpinan tertinggi disyurakan, pasti penggabungan ini dapat dihasilkan dengan baik.
Perwakilan mencalonkan percalonan mereka, tetapi percalonan ini akan ditapis dan diperbincangan secara syura oleh kepimpinan.
Ini juga dapat menghindarkan kemasukan musuh dalam selimut untuk memimpin parti. oleh itu penulis cukup bersetuju dengan saranan Timbalan Mursyidul Am PAS supaya mekanisma pemilihan parti diubah.
Pun begitu, penulis tetap menghormati sesiapa pun yang terpilih dalam pemilihan PAS ini. Mereka bertanding bukan untuk merebut pangkat dan harta. Mereka bertanding untuk sama-sama mengejar ganjaran yang dikurniakan oleh Allah SWT.
www.attakiri.blogspot.com
... Bekerja Untuk Islam ...
No comments:
Post a Comment