Friday, October 10, 2008

Minoriti Umat Islam semakin Di tindas

2 -3 hari sebelum ini penulis telah menghadiri mesyuarat gabungan NGO Islamik yang dipengerusikan oleh wakil Sekretariat Himpunan Ulamak Rantau Asia (SHURA). Penulis menghadiri Mesyuarat tersebut atas kapasiti sebagai wakil NGO Ikatan Persaudaraan Malaysia Palestin (IKHLAS)

Motif mesyuarat ini ialah untuk membincangkan perkembangan umat Islam rantau Asia yang semakin lama semakin ditindas dan cara untuk bertindak.

Penulis bukan berniat untuk menceritakan tindakan dan keputusan mesyuarat pada hari tersebut. Tetapi penulis sekadar ingin berkongsi maklumat dengan pembaca realiti majoriti Umat Islam di rantau Asia yang kelihatan semakin tertekan dengan tekanan pihak kerajaan

Apabila menyebut tentang keganasan, kezaliman, pencabulan hak asasi, mungkin pembaca terbayang keadaan dan hal semasa rakyat palestin yang dizalimi oleh Israel. Mungkin juga di Iraq atau di afghanistan.

Sebenarnya kalau dikaji lebih mendalam, rantau Asia ini telah menyaksikan begitu banyak penindasan terhadap umat Islam ketika ini.

Kita mulakan di Selatan Thailand. Umat semenjak kejatuhan kerajaan Patani sampai sekarang terus menerus dizalimi, rumah mereka diroboh, pemuda mereka ditangkap, pelajar-pelajar luar negara di Black List kan dan pelbagai lagi. Nasib mereka sama seperti Palestin yang terjajah di bumi sendiri. Mana dia tindakan atau tekanan terhadap kerajaan Thailand oleh Kerajaa Umat Islam seperti Malaysia, Indonesia, Pakistan dan lain-lain.

Kemudian kita terdengar aksi ganas kerajaan Filipina yang berketuakan seorang Presiden wanita bertindak ganas terhadap Gerakan Pembebasan Islam Mindanao (MILF). Sekarang ini diberitakan hampir 400,000.00 ribu umat Islam menjadi pelarian hasil daripada keputusan kerajaan untuk menghapuskan MILF. Kawasan Umat Islam semakin lama semakin dikikis dari bumi Filipina.

Filipina sebelum penjajahan Portugis terkenal sebagai tanah Melayu yang bermajoritikan Islam. Sebab Almarhum Prof. Dr. burhanuddin Al-Helmy pernah menyarankan agar Filipinan dimasukkan sekali dalam perbentukan Melayu Raya.

Tetapi kini, umat Islam telah menjadi minoriti, tempat mereka semakin diperkecilkan. Sehingga kini dilaporkan bahawa tidak ada satu pun kerajaan Umat Islam atau NGO Islam yang mengeluarkan kritikan untuk memberi tekanan terhadap Kerajaan Filipinan atas tindakan yang melanggar hak-hak keadilan manusia sejagat. Kecuali Kenyataan daripada PAS sahaja.

Kemudian berpindah pula ke Gujarat India. Pengerusi TERAS keupayaan Melayu telah menerima laporan bahawa Gabenor Gujarat telah mengeluarkan arahan agar semua penduduk mesti menganut agama hindu. Arahan ini ditujukan khas untuk penganut agama Islam. Baru-baru ini kerajaan pimpinan beliau telah menyerang sebuah perkampungan Islam yang enggan menukar agama.

Sebagaimana yang diketahui perkampungan India berbeza dengan Malaysia kerana perkampungan di sana lebih ramai dan padat dengan penduduk. Oleh jumlah kematian dilihat semakin bertambah.

Peguam-peguam India telah bertindak dengan mengangkat kes ini ke mahkamah atas sebab cuba mengcabuli hak asasi kemanusiaan. tetapi kes ini seakan-akan tidak dipandang langsung. Negara Pakistan yang bermajoritikan umat Islam sampai sekarang tidak dapat menyelesaikan masalah umat Islam di Pakistan apatah lagi untuk mengambil tahu keadaan umat Islam India.

Hampir 300 buah masjid yang telah dirobohkan oleh pelampau Hindu di sana. Tapi apa tindakan dunia Islam. Sudahlah PBB tidak hiraukan keadaan yang berlaku. Pemimpin kerajaan Umat Islam hanya membiarkan sahaja saudara-saudara kita dilanyak dan dizalimi. Wanita-wanita diperkosa sewenang-wenangnya. Kanak-kanak disembelih semahu-mahunya. Inilah dia bahananya apabila pemimpin umat Islam dipengaruhi dengan pemikiran Negara Bangsa tajaan barat.

Mereka hanya mementingkan kemajuan negara sendiri sahaja tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Kadang-kadang mereka hanya mementingkan perut dan keluarga sahaja.

Kesemua peristiwa ini bukan sekadar untuk menambah maklumat. Tetapi lebih untuk mendapat keprihatinan umat Islam diseluruh dunia. Bantulah mereka.

Kalau umat Islam tidak dapat membantu dalam bentuk kewangan dan tenagah. Sekurang-kurangnya berdoa supaya mereka diberi ketabahan dalam menghadapi suasana getir pada saat ini.

InsyaAllah Gabungan NGO Islam yang dipimpin oleh SHURA akan bertindak sekadar kemampuan yang sedia ada dengan sokongan dan kerjasama dari semua pihak.

Bersama-sama kita berdoa agar diberikan kemenangan dan kesejahteraan kepada Umat Islam khususnya Umat Islam dirantau Asia.

P/S : semua maklumat ini boleh diupdate dari internet..taip kat google je

www.attakiri.blogspot.com


... Bekerja Untuk Islam ...

No comments: