Saturday, October 11, 2008

Bersama Perteguhkan PAKATAN melalui PAS

Harakah kali ini memaparkan kenyataan Tuan guru Dato’ Mursyidul Am yang telah menyarankan kepada semua ahli agar bersama mengembeling tenaga untuk menjatuhkan Pemerintahan BN sekarang ini.

Penegasan ini sejajar dengan keputusan Presiden PAS dan AJKnya yang telah memutuskan untuk bersama-sama mengembeling tenaga bersama dengan PAKATAN RAKYAT bagi meneruskan rancangan peralihan kuasa.

Keputusan ini sudah tentu di buat selepas PAS berpuas hati dengan kenyataan DSAI bahawa ISLAM akan menjadi teras dalam pemerintahan negara dan PAS menjadi penaju Utama.

PAS bukan gilakan kuasa. PAS Cuma inginkan kuasa untuk melaksanakan dasar-dasar ISLAM

Inilah bukti ketegasan pimpinan PAS yang berjaya membawa dasar sehingga dipersetujui oleh semua pihak. PKR pun setuju, DAP pun setuju.

Berkenaan dengan peralihan kuasa walaupun nampak sukar dan payah. Tetapi InsyaAllah dengan semangat bekerja secara berjemaah atau berpasukan segala perancangan dapat dicapai dengan mudah dan berkesan.

Kalau sebelum ini ramai yang mendakwa bahawa isu peralihan 16 September hanya dilihat kepada kerajaan Anwar. Tetapi kini peralihan kuasa dilihat sebagai kerajaan PAKATAN RAKYAT.

Mungkin sebelum 16 september, DSAI dilihat seakan-akan tidak berbincang secara detail dengan pimpinan PAKATAN yang menyebabkan kepada kegagalan. Tetapi kini perbincangan telah dibuat secara kolektif antara semua pimpinan PAKATAN insyaAllah akan menghasilkan satu natijah yang memberansangkan

Kalaulah peralihan kuasa itu tidak berlaku, sekurang-kurang PAKATAN telah mampu mendebarkan BN daripada melaksanakan peraturan yang boleh menekan dan menzalimi rakyat.

Contohnya isu Minyak . Oleh kerana BN cukup berdebar dengan keadaan parti yang semakin rapuh. Akhirnya Harga minyak diturunkan walaupun sedikit. Ini adalah bukti kejayaan PAKATAN RAKYAT dalam memastikan BN tidak terus menerus mengzalimi rakyat bawahan.

Persoalan muqabalah PAS dan UMNO jangan dianggap terlampau negatif. Ini merupakan pertemuan yang biasa sepertimana DSAI bertemu dengan UMNO. PAS semenjak penubuhannya sentiasa bersikap terbuka dengan mana-mana pihak untuk berbincang soal ummah dan Islam.

Isu Muqabalah bukan perkaran ini. Isu ini pernah dicadangkan semenjak zaman Dato’ Fadhil Mohd Noor lagi. Perbincangan yang dirancang lebih ke arah untuk memastikan Islam di Malaysia menjadi lebih baik. Perbincangan bukan bermaksud untuk bergabung dengan BN. Bahkan pimpinan PAS sejak dulu lagi menyebut bahawa PAS tidak akan masuk dalam lubang yang sama dua kali.

Teringat dengan kata-kata Tuan guru Presiden ketika menggulung perbahasan muktamar “saya tahu bagaimana hendak menyelamatkan orang yang lemas”.

Menjadi sifat kepada orang lemas akan mengikut segala telunjuk dan arahan orang yang akan menyelamatkannya. PAS bukan bertindak untuk menyelamatkan UMNO tetapi PAS hanya mengambil kesempatan untuk memperkasakan PARTI.

PAS dilihat sebagai king Marker dalam politik sekarang ini. semestinya PAS mesti menunjukkan taring kepada lawan dan kawan supaya setiap pandangan dan cadangan PAS sentiasa dihormati dan disegani.

Jangan terlampau berlembut sehingga kawan dan lawan boleh memijak kepala kita. Inilah prinsip yang diamalkan oleh PAS agar pergerakan dasar PAS iaitu ISLAM dihormati dan jangan dicabar oleh sesiapa.

Jadi, marilah sama-sama kita perteguhkan PAKATAN melalui wadah PAS sebagai wadah politik. Jangan sebab PAKATAN, ahli PAS terikut dengan rentak dalam rakan PAKATAN.

PAKATAN ini ditubuhkan bagi memudahkan PAS menyampaikan saluran dakwah kepada rakan parti lain supaya dapat memahamkan mereka konsep perjuangan ISLAM.

Lihatlah kepada kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guang Eng yang dilihat semakin banyak mengeluarkan pandangan yang bersetuju terhadap perlaksanaan ISLAM di Malaysia. ini semua hasil dakwah PAS yang bersama dengan DAP semenjak tahun 1999 lagi.

Pimpinan PAS semua peringkat juga mesti menggunakan pengdekatan pimpinan PAS pusat dalam kerjasama dengan rakan-rakan PAKATAN RAKYAT.

Jangan terlampau berlembut dengan rakan PAKATAN sehingga mereka dapat memijak kita. berkeras juga perlu apabila timbul isu berkaitan dengan kepentingan PAS.

Pimpinan atasan telah menunjukkan contoh bagaimana cara untuk bertahaluf Siyasi. Pimpinan peringkat bawahan perlu sama-sama mengikuti cara yang telah dilaksanakan diperingkat atasan dalam bertahaluf Siyasi.

Semoga Perancangan PAKATAN RAKYAT menemui kejayaan InsyaAllah

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...

No comments: