Wednesday, October 8, 2008

Lupakan Sengketa Teguhkan Jemaah

16 September sudah selesai. Segala percanggahan pendapat tentang perubahan kuasa semakin lama semakin menurun. Bahkan sekarang ini timbul pula pandangan daripada DAP melalui ketuanya Karpal Singh yang menyatakan bantahan terhadap perubahan kuasa melalui lompat parti.

Penulis bukan orang yang membangkang perubahan kuasa ini. bahkan cukup bersetuju jika ianya benar-benar berlaku. ini berdasarkan pandangan PAS sendiri yang menyokong perubahan kuasa jika Islam menjadi majoriti dalam Parlimen.

16 September begitu banyak mengajar ahli dan pimpinan PAS erti wala’ kepada pemimpin dan parti. Kalau sebelum ini, ahli dan pimpinan PAS seakan-akan bertelagah sesama sendiri dalam mencari kata sepakat tentang bentuk perubahan kuasa ini. akhirnya peristiwa yang ditunggu-tunggu tersasar dari perancangan.

Pertembungan ini bukan pertembungan antara ulamak dan profesional dalam PAS sebagaimana yang didakwa. Bukan juga pertembungan antara golongan tua dan golongan muda. Tetapi €ia lebih kepada pertembungan antara golongan yang terlampau menganggap PAS sebagai parti politik semata-mata dan golongan yang mengangap PAS sebagai parti Siyasah, dakwah dan tarbiyyah.

Dalam hal ini memperlihatkan ramai dari tokoh profesional dalam PAS begitu memberi komitmen tinggi kepada kepimpinan PAS. Sebab itu tidak sesuai disebut bahawa ini adalah pertembungan antara ulamak dan profesional.

Ketika muktamar baru-baru ini memperlihatkan perwakilan menyatakan sokongan padu kepada setiap keputusan pimpinan. Tetapi terdapat segelintir pimpinan PAS masih ragu dengan keputusan parti dengan mengeluarkan pelbagai kenyataan mengkritik pimpinan.

Ini merupakan perkara biadap yang mula menular dalam PAS. Semua ini seakan-akan bermula daripada peristiwa 16 september walaupun tarikh keramat itu hanya omongan kosong

Kemudian timbul pula bahawa 16 september ini hanya satu permulaan ke arah perubahan yang lebih besar. Perubahan yang lebih besar ini sudah lama dimulakan oleh PAS semenjak tahun 1951 lagi. Ditambah pula pada tahun 1982 PAS diperkasakan dengan memperkenalkan sistem kepimpinan Ulamak bagi memperkuatkan perubahan dalam negara ini.

PAS dilihat berjiwa besar dengan melangsungkan kerjasama politik bersama parti serpihan UMNO S46 bagi mengjana perubahan besar dalam langkap politik negara.

PAS juga dilihat berjiwa besar sehingga menubuhkan GERAK yang akhirnya menjadi perintis kepada gabungan Barisan Alternatif dan PAKATAN RAKYAT.

Inilah PAS yang telah berjuang lebih dari 50 tahun untuk memulakan perubahan berdasarkan Islam.

Pimpinan yang pernah bercanggah pandangan dengan Majlis Syura Ulamak diharap dapat kembali menyusun langkah untuk sama-sama memperkasakan kepimpinan untuk masa hadapan.

Majlis Syura Ulamak bukan Maksum daripada kesilapan. Tetapi setiap keputusan selagi mana tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Sunnah wajar dihormati dan diperkasakan agar keberkatan diperolehi.

Persoalan berkat ini walaupun tidak dapat dilihat tetapi kedatangannya dirasai oleh mereka yang menjadi pendokong parti.

Tuan Guru Presiden selalu mengingatkan kepada Ahli dan pimpinan bahawa sesiapa yang membuat keputusan secara individu hingga membelakangkan keputusan parti pasti akan tersingkir dengan sendirinya.

PAS merupakan Parti Siyasah, Dakwah dan Tarbiyyah. Siyasah mesti diselangi dengan dakwah. Siyasah tanpa dakwah menghasilkan kekotoran dalam politik.

Semoga dengan dengan tersasarnya peristiwa 16 September ini menyatu dan mempeeratkan kembali ukhuwwah di kalangan ahli dan pimpinan PAS

Cukuplah dengan pengalaman lepas yang banyak menimbulkan kekeliruan antara kita. Jangan kerana seorang individu yang bernama DSAI pimpinan PAS bertelagah sesama sendiri.

www.attakiri.blogspot.com

... Bekerja Untuk Islam ...

No comments: