Isu kepimpinan Ulamak semakin terheret sehingga dikatakan seakan-akan berlaku pertembungan antara profesional dan Ulamak. Bagi penulis, pertembungan antara profesional dan ulamak bukannya satu isu relevan lagi pada masa kini. Yang penulis timbulkan dalam penulisan ini ialah apabila ada orang yang mempertikaikan kepimpinan ulamak.
Bagi penulis, ini bukan pertembungan antara ulamak dan profesional. Tapi ini adalah pertembungan antara pendokong kepimpinan ulamak dan mereka yang ingin kepimpinan ulamak di mansuhkan.
Kepimpinan ulamak tidak pernah mengetepikan golongan profesional. Sejak bila PAS dikuasai oleh ulamak sahaja.? Kalau PAS dikuasai oleh Ulamak semata-mata sudah tentu Ahli Dewan harian dan AJK PAS Pusat dikuasai oleh Ulamak. Tetapi realitinya tidak. Golongan yang bukan ustazawan lebih majoriti dalam Jawatankuasa PAS Pusat.
Jumlah Ulamak dan Bukan Ulamak hampir sama banyak. Bahkan dalam Dewan Harian PAS Pusat, golongan bukan ulamak lebih majoriti dari mereka yang bergelar ustaz dan Ulamak.
Sebab itu, ini bukan pertembungan antara ulamak dan profesional.
Setiausaha Politik dan setiausah Akhbar Tuan Guru Presiden bukan Ulamak. Mereka golongan profesional. Tetapi mereka menyokong kepimpinan ulamak.
Ketua Pemuda PAS bukan Ulamak. Tetapi beliau antara yang mendokong kepimpinan Ulamak
Kepimpinan Ulamak ini terhasil daripada kombinasi Ulamak dan profesional dalam PAS. Cuma dalam tradisi kepimpinan parti. Ulamak perlu dilantik sebagai Presiden dan timbalan presiden parti.
Ini menjadi keperluan kerana PAS ingin membawa suara Islam dalam setiap perbincangan dengan mana-mana pihak samada mesyuarat bersama PAKATAN RAKYAT atau muqabalah UMNO sekalipun. Agenda Islam mesti menjadi keutamaan.
Penghujahan syarak diperlukan kalaulah perbincangan tersebut memerlukan PAS mempertahankan Islam.
Sebab itulah, penulis cukup bersetuju dengan pandangan Ust. Hasan Syukri yang menyebut bahawa profesional boleh menjadi pemimpin PAS bersyaratkan pemimpin itu arif tentang hukum-hakam, fikh Islam dan tahu mentafsir ayat-ayat Al-Quran.
PAS memerlukan Ulamak profesional yang pakar dalam Islam dan hebat dalam pengurusan.
Tuan Guru Presiden PAS telah menunjukkan ketegasan dalam isu 16 September dengan mensyaratkan bahawa ahli Parlimen Islam mesti majoriti.
Walaupun ketika terdapat pimpinan PAS yang mengatakan tidak apa kalau Suara Islam tidak majoriti berasaskan bahawa selepas tumbangnya kerajaan, kemungkinan suara Islam pasti menjadi majoriti dengan sebab kemasukan ahli Parlimen Umno secara beramai-ramai dalam PAKATAN RAKYAT.
Tetapi Tuan Guru Presiden telah menunjukkan lagi ketegasan bahawa dari sudut dasar parti. sebarang hujah kemungkinan tidak boleh diterima.
Alhamdulillah, hasil ketegasan ulamak, PAS semakin meningkat naik popularitinya walaupun Agenda 16 September menemui kegagalan. Bayangkan ketika itu, presiden tidak tegas dalam soal dasar. Bagaimana pandangan masyarakat kepada PAS pada hari ini.
Teringat kata-kata Al-Marhum Ustaz Fadhil dalam salah satu ucapan dasarnya antara lain menyebut : PAS mestilah contemporary dalam tindakan , fundamental dalam berprinsip dan bersikap futuristic dalam merancang atau merencana.
Ini antara ucapan menjadi agenda penting dalam gerak kerja PAS. inilah yang sedang di bawa oleh kepimpinan Ulamak.
Muzakarah dan Unity Goverment antara idea futuristic dalam merancang dan merencana di samping mengambil kira fundamendal dalam berprinsip
Bagi penulis, kepimpinan Ustaz Fadhil sesuai pada zamannya. Kepimpinan Tuan Guru Presiden sesuai pada zamannya. Kelebihan dalam kepimpinan Ust. Fadhil dahulu diambil sebagai teladan dan kelemahannya di ambil sebagai sempadan.
Begitu juga dengan situasi sekarang. Kepimpinan ulamak terbuka untuk menerima kritikan ke arah penambahbaikan. Bukannya untuk menjatuhkan.
www.attakiri.blogspot.com
... Bekerja Untuk Islam ...
7 comments:
Saya bersetuju dengan pandangan ustaz, sebagai sebuah parti Islam, hanya individu yang benar-benar memahami dan faqih dalam ilmu Islam sahaja yang layak untuk menerajui kepimpinan parti. Ini bukan bermakna golongan professional dipinggirkan, malah mereka perlu diperkuatkan lagi untuk mendukung perjuangan parti.
Istilah kepimpinan Ulamak tidak ada dalam Islam sheikh. Cuba sebut, mana dia nas yang mewajibkan, kepimpinan mesti ada degree FPI. yang ada kepimpinan Al-Quwwah wal Amanah.
Kepimpinan Ulama' ni idea Syiah aje. Ko ustaz takkan nak kena ajar jugak benda. Jangan nak menyesatkan orang lain la.
Saya sangat bersetuju dengan pandangan ustaz. Berkaitan dengan isu Unity Government, jika ianya sesuatu yang baik why not kita tak sokong. Betul kata ustaz ianya sesuatu yang bersifat futuristic.
Cuma pada pendapat saya, harap PAS dapat memberi penjelasan bagaimana perlaksanaan unity government tersebut? Penjelasan ini mestilah bersifat objektif dan bukannya bersifat subjektif agar semua pihak dapat memahami. Penjelasan yang tidak bersifat objektif menyebabkan timbulnya kekeliruan di kalangan ahli PAS. Nyata dalam harakah sendiri pun kurang penjelasan dalam isu ini. Lantas di ambil kesempatan oleh media massa pro UMNO untuk putar belitkan isu ini.
just my 2 cent. Wallahu 'alam.
penjelasan mantap, jelas dan dinanti2 selama ini! Tahniah ayah mie!
betul, istilah kepimpinan ulamak tidak ada. tetapi pengamalan telah lama bermula. semenjak di zaman nabi-nabi dan rasul-rasul
seperti istilah ilmu tajwid, nahu dan pelbagai ilmu lagi. pengamalan tajwid dan nahu sudah lama bermula, cuma istilah nahu dan tajwid baru ditimbulkan
begitu juga dengan kepimpinan ulamak
kepimpinan ulamak adalah kombinasi antara ulamak dan bukan ulamak. bukan hanya didominasi oleh Ulamak semata-mata
sbg orang biasa, saya melihat org yg beria menyokong unity government ni jelas meletakkan hujah pd konteks yg salah.
dan saya rasa mereka yg merasa diri mereka ulama' yg lebih kerap meremehkan profesional berbanding sebaliknya.
ulama' telah jadi satu kekudusan sampai tak boleh diusik meskipun secara rasional. akuilah bahawa ia adalah usaha mengembangkan konsep wilayatul faqih secara tidak langsung meski caranya mungkin beza walaupun boleh dikatakan byk institusi dgn nama lain adalah mirip.
memansuhkan kepimpinan ulama' adalah satu kenyataan yg manipulatif. saya fikir rakyat hanya tidak mahu ulama' menjadi eksklusif dan belajar menjadi manusia biasa - sama macam ilmuan dlm bidang lain.
Saya tak nampak selama ni presiden2dan timbalan presiden kita yang terdiri dari kepimpinan ulama itu menjadi ekslusif.
Tak nampak pula pres dan timblannya sombong, tapi saya yakin dan pasti mereka tidak pandai dalam membentuk fangroup dan juga pengikut setia.
Bahkan saya boleh nampak ada pimpinan dibawah Presiden dan timbalannya yang mempunyai pemuja daripada PAS yang jadi platform perjuangan.
Kalau anda nampak Pas (Parti Islam Semalaysia) yang menjadi platformnya sebagai keperluan utama, pasti anda akan jelas golongan mana yang mesti diletakkan sebagai pemimpin. Bukannya memilih yang famous amous.
Post a Comment