Friday, May 29, 2009

Palestin....jangan dilupai

Di saat Malaysia bergelumang dengan pelbagai isu, nasib Palestin jangan dilupakan. Palestin begitu banyak menanggung pelbagai penderitaan, air mata dan pengorbanan. Sama-samalah kita menyumbang walaupun dengan sepotong doa untuk Palestin. Di sini penulis berkongsi sebuah lagu yang boleh di upload di sini. Semoga ianya bermanfaat.


رأيت في عصر يومٍ طفلا بحال غريبا

يبكي حزينا فتنمي منه الدموع الثقيبَ

فقال لما رآني ريد أم الحبيبَ


سألته باهتمام اذا به ما دهاه

هل يشتكي من سقام أم ما الذي أبكاه

فقال لي بانكسار أريد أم الحبيب


ذهبت أسأله حالا عنها وأين تقيم

فقيل تبغي محالا إنها ذا يتيم

تراه دوما ينادي أريد أم الحبيب


Suatu ketika aku melihat seorang anak yang berkelakuan pelik

Sambil mengalir airmata kesedihan yang teramat sangat,

Apabila melihatku, anak ini terus menyebut

“Aku hanya mahukan ibuku tersayang”


Ku bertanya kepadanya “apa yang sudah berlaku”

“kenapa kamu menangis.? Kamu sakit ke?

Anak ini terus berkata dengan hati yang remuk

“Aku Hanya mahukan ibu tersayang”


“macam mana kamu sekarang ni, di mana kamu tinggal”

Mencari tempatnya tinggalnya mustahil kerana anak ini sudah menjadi yatim

Ku terus mendengar anak ini berkata dan merayu

“Aku hanya mahukan ibuku tersayang”


www.attakiri.blogspot.com


Bekerja Untuk Islam

Tuesday, May 26, 2009

Indahnya Syura dalam PAS

Hari ini, ketua, timbalan dan Naib ketua Pemuda telah disahkan dan menang tanpa bertanding. Ini berlaku setelah calon-calon yang bertanding memberi laluan kepada gabungan Ust. Nasrudin, Ust Azman Sapawi dan sdr. Sabky yusuf untuk mentadbir dewan Pemuda

Sebelum ini, Dewan Ulamak telah mengesahkan pengjawatan untuk ketua, timbalan dan Naib. Ini juga setelah calon yang bertanding memberi laluan kepada gabungan Ust Harun, Ust Muhammad Yaa’cob dan Dr. Mahfuz untuk mentadbir Dewan Ulamak

Sebelum ini, media seolah-oleh mewar-warkan berlaku berlaku pertembungan antara ulamak dan profesional. Walhal semua ini tidak pernah berlaku dalam PAS. Pertembungan tidak pernah berlaku. TETAPI yang berlaku ialah kombinasi antara ulamak, profesional dan aktivis PAS. inilah antara kekuatan jentera PAS yang digeruni dan disegani oleh lawan dan kawan.

Seminar Kepimpinan Ulamak baru-baru ini telah mengesahkan lagi kombinasi ini. Hasil kombinasi inilah, PAS dapat menjana kekuatan samada di peringkat Pusat, negeri, kawasan dan cawangan.

Keputusan inilah memperlihatkan bahawa pemimpin PAS bukan seperti pemimpin UMNO yang sibuk untuk mengejar jawatan. Pengjawatan dalam PAS di pandang sebagai amanah. Penjawatan dalam PAS tidak menjanjikan kecuali pengorbanan.

Sekali-sekala penulis terfikir alangkah indahnya kalau kesemua jawatan tertinggi dalam PAS di syurakan. Ini bukan bermakna penulis tidak mempercayai perwakilan.

Kadang-kadang terdapat pemimpin yang hebat dalam strategi dan pentadbiran tetapi tidak terkedepan dalam pengucapan umum. Pemimpin sebegini kebiasaannya tidak diketahui oleh perwakilan.

Kadang-kadang terdapat pemimpin yang hebat dalam pengucapan umum tetapi tidak cekap dalam strategi dan pentadbiran. Pemimpin sebeginilah biasanya akan dipilih oleh perwakilan.

Kepimpinan PAS memerlukan penggabungan ini dalam memantapkan jentera pentadbiran parti.

Oleh itu, apabila pengjawatan pimpinan tertinggi disyurakan, pasti penggabungan ini dapat dihasilkan dengan baik.

Perwakilan mencalonkan percalonan mereka, tetapi percalonan ini akan ditapis dan diperbincangan secara syura oleh kepimpinan.

Ini juga dapat menghindarkan kemasukan musuh dalam selimut untuk memimpin parti. oleh itu penulis cukup bersetuju dengan saranan Timbalan Mursyidul Am PAS supaya mekanisma pemilihan parti diubah.

Pun begitu, penulis tetap menghormati sesiapa pun yang terpilih dalam pemilihan PAS ini. Mereka bertanding bukan untuk merebut pangkat dan harta. Mereka bertanding untuk sama-sama mengejar ganjaran yang dikurniakan oleh Allah SWT.

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...

Sunday, May 24, 2009

Kita sungguh terhutang budi kepada mereka – Musryidul Am

Sesungguhnya Ulama’ terdahulu begitu bersungguh membentuk Parti Islam Semalaysia (PAS) demi untuk memperjuangkan Islam yang syumul, kita sungguh terhutang budi kepada mereka, oleh kita sama-samalah kita berdoa kepada

اللهم اغفر لهم وارحمهم وعافهم واعف عنهم

Ini antara sedutan ucapan Tuan Guru Al-Mursyidul Am ketika menyampaikan ucapan perasmian Sambutan 25 tahun kepimpinan Ulamak.

Selepas berlakunya pengharaman semua parti-parti politik kecuali UMNO oleh British, para ulamak hanya dapat berteduh di bawah biro Agama UMNO. Tetapi oleh kerana bidang tugas dalam biro UMNO tidak meluas dan para ulamak melihat bahawa perjuangan Islam tidak dapat diperjuangkan secara syumul dalam UMNO. Lantas mereka bertindak untuk menubuhkan persatuan sendiri yang dinamakan sebagai persatuan Ulamak Setanah Melayu.

Ketika itu, Ust. Osman Hamzah dari Gunung Semanggul mencadangkan agar nama tersebut ditukar menjadi Persatuan Islam Setanah Melayu supaya persatuan ini menjadi wadah kepada umat islam untuk memperjuangkan Islam.

Begitu hebat golongan terdahulu memperjuangkan Islam. mereka sanggup bersusah payah untuk menubuhkan sebuah parti Islam di Malaysia.

Kehebatan PAS pada hari ini ialah hasil daripada titik peluh pendokong-pendokong Islam terdahulu. Mereka sanggup bersusah-payah menerangkan perjuangan PAS, menubuhkan cawangan, menjadikan rumah sendiri sebagai markaz pergerakan parti.

Pejuang-pejuang ini tidak pernah mengharapkan sebarang balasan. Mereka Cuma ingin menobatkan Islam sebagai agama yang memerintah. Walaupun ketika itu dilihat bahawa kemenangan kepada parti Islam agak mustahil. Mereka tidak berputus asa dan terus berjuang.

Begitu hebat mereka berjuang, kita macam mana?

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...

Friday, May 22, 2009

Hebatnya Perancangan Allah

Hampir 2 minggu blog ini dibiarkan sepi tanpa update. Penulis tidak tahu nak beri alasan apa, mungkin MALAS adalah paling utama. Doakan supaya penulis sentiasa istiqomah berdakwah dalam penulisan ini.

Hari ini, Seorang ADUN lagi telah meninggal dunia. Penulis mengucapkan takziah kepada keluarga si mati atas kematian orang yang tercinta. Adun tersebut dipercayai seorang yang begitu disayangi oleh masyarakat setempat. Apa pun alhamdulillah, Allahyarham menemui Allah dalam keadaan berjuang untuk ISLAM.

Kematian ini bermakna PRK akan berlaku sekali lagi. Suka atau tidak, UMNO/BN perlu berdepan dengan Pilihanraya kali ini.

Mungkin dipenanti, BN mempunyai alasan untuk tidak menyertai. Tapi kini, adakah BN ingin membuat alasan yang sama.

Semakin di benci PRK, semakin banyak pula PRK.

Ketika BN merampas kerajaan Perak dan degil untuk membubarkan DUN. Allah telah memanggil ahli parlimen Bukit Gantang. Suka atau tidak BN terpaksa berdepan dengan amarah rakyat dalam PRK tersebut.

Ketika BN membuat keputusan untuk memboikot PRK penanti atas alasan permainan politik pembangkang. Kini, Allah memanggil ADUN Manik Urai, Kelantan. Suka atau tidak, BN perlu berdepan dengan rakyat sekali lagi.

Hebatnya perancangan Allah.

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...