Saturday, April 11, 2009

Kematian Suatu Kepastian (5)

Sudah empat siri berlalu tentang sebuah kematian. Siri ini penulis asaskan kerana begitu terkesan dengan kematian sahabat penulis pada tahun lepas.

Menulis tentang kematian, bukan semestinya mengajak pembaca menjadi murung sepanjang masa.

Menulis tentang kematian, bukan semestinya mengajak pembaca meninggalkan segala pekerjaan demi untuk mengejar akhirat.

Menulis tentang kematian, bukan semestinya mengajak pembaca menghapuskan semua hak demi untuk mendapat kematian yang baik.

TETAPI menulis tentang kematian adalah untuk mengajak semua pembaca berfikir tentang sedikit falsafah kematian. Mungkin dalam ruang ini, penulis boleh kongsikan bersama para pembaca untuk sama-sama bertukar-tukar pandangan.

Cuba lihat dan renung ucapan pertama Rasulullah SAW ketika mula menyampaikan dakwah secara terang-terangan di atas bukit saffa :

أرأيتم لو أخبرتكم أن خيلا بالوادي تريد أن تغير عليكم أكنتم مصدقني؟ قالوا : نعم ما جربنا عليك إلا صدقا! قال : إني نذير لكم بين يدي عذاب شديد...

Maksudnya : apa pandangan kamu, jika aku memaklumkan kepada kalian bahawa terdapat segerombolan tentera berkuda di lembah itu ingin menghancurkan kamu, adakah kamu semua percaya kepada berita dari ku ini.? Mereka menjawab: ya kami percaya, (selama kami bergaul dengan mu) tidak pernah kami tahu tentang mu kecuali benar belaka. Nabi Berkata : sesunguhnya aku ingin memberi peringatan tentang suatu azab yang teramat pedih

Bangsa Arab sebelum kedatang Nabi merupakan bangsa yang terlampau teruk ketamadunannya. Akhlak mereka buruk, pergaulan mereka buruk, kepimpinan mereka juga buruk.

Rasulullah telah memulakan dakwah teran-terangan ini dengan menerangkan sedikit tentang hari pembalasan yang wajar dipercayai oleh semua pihak.

Memperingati hari pembalasan mengingatkan manusia supaya sentiasa berfikir sebelum bertindak.


kalau sebelum ini, bangsa arab sentias bertindak secara melulu mengikut hawa nafsu, sanggup berperang dengan sebab yang remeh temeh dan sebagainya. Apabila datangnya Islam, mereka perlu sentiasa berhati-hati dalam bertindak supaya tindakan mereka tidak membawa penyesalan di kemudian hari.

Yang paling penting, tindakan mereka mestilah selaras dengan tuntutan Islam yang ingin melihat sebuah masyarakat lahir hasil daripada ketaatan kepada Allah SWT.

Memang tidak dinafikan bahawa tindakan tanpa berfikir sentiasa membawa kepada kerugian dan penyesalan. Seorang suami telah menceraikan isterinya dalam keadaan marah pasti menyesal, seorang majikan yang memecat seorang pekerja yang dedikasi disebabkan oleh hasutan orang lain pasti menyesal.

Tetapi penyesalan sedemikian mungkin boleh diundur. Tetapi penyelasan di akhirat pasti menempuh kerugian selama-lamanya.

Seorang suami boleh rujuk kembali isterinya kalau ceraian itu hanya cerai raj’ie, seorang majikan boleh meminta maaf dari pekerja yang dipecatnya kalau pekerja itu masih belum mendapat pekerjaan yang lain. TETAPI sesal di akhirat, tidak boleh diundur sama sekali, hanya rahmat Allah SWT sahaja masih boleh diberi pengharapan

Firman Allah SWT yang bermaksud :.

dan (sungguh ngeri) sekiranya Engkau melihat ketika orang-orang Yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, Kami telah melihat dan mendengar Dengan sejelas-jelasnya (akan Segala Yang Kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah Kami ke dunia supaya Kami mengerjakan amal-amal Yang baik; Sesungguhnya Kami sekarang telah yakin". (surah As-Sajdah : 12)

oleh itu, Islam telah mengajar umatnya supaya sentiasa berfikir sebelum bertindak. tidak kiralah samada urusan tersebut berkaitan dengan peribadi, keluarga, masyarakat dan negara.

Apabila segala tindakan di buat tanpa berfikir, pasti buruk padahnya. Ingatkan kematian mengajarkan kepada umat Islam agar sentiasa berfikir agar sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...

Tuesday, April 7, 2009

PRK P 059 3 : Menunggu 3 kemenangan PAKATAN RAKYAT

Hari ini, berlangsunglah pengundian yang dinantikan keputusannya oleh semua pihak. Setiap parti yang bertanding mendakwa bahawa parti mereka pasti menang. Dakwaan ini mungkin disebabkan analisis yang dibuat oleh parti masing-masing.

Peratusan pengundian kali ini mungkin menurun sedikit kerana hari pengundian di buat pada hari bekerja. Berkemungkinan target SPR bahawa peratusan pengundi yang keluar sebanyai 80% tidak tercapai.

Apa pun, penulis mengharap dan mendoakan agar kemenangan berpihak kepada calon PAS yang mewakili PAKATAN RAKYAT.

Baru-baru ini, mahkamah telah membenarkan MB Perak Dato’ Seri Ir Nizar mencabar kesahihan jawatan MB Perak (haram) Dato’ Dr Zamry. Bahkan mahkamah memutuskan bahawa cabaran ini bukan bermakna menentang keputusan tuanku sultan. Ini merupakan kemenangan pertama PAKATAN RAKYAT.

Hari ini, jika PAS menang dalam PRK ini yang akan diumumkan keputusannya mungkin seawal jam 9.00 malam. Ini merupakan kemenangan kedua PAKATAN RAKYAT.

Jika, kes mahkamah tidak diselesaikan sehingga bulan Mei ini, bermakna dewan undangan negeri akan terbubar secara automatik. Bermakna Piliharanraya DUN Perak terpaksa di adakan. kalau PR menang, ini merupakan kemenang ketiga PAKATAN RAKYAT.

Pun begitu, ini bukan bermakna PAKATAN RAKYAT berada dalam zon selesa, semua pihak perlu bersama bekerja untuk memberi kemenangan kepada PAKATAN RAKYAT.

Kalau DUN Perak terbubar pada bulan Mei nanti, perancang utama pengulingan kuasa patut dipersoal dan dipersalahkan. Perancang utama inilah yang membazirkan wang rakyat sehingga terpaksa diadakan pilihanraya kembali.

Apakah perancang utama ini tidak meneliti undang-undang tubuh negeri sebelum merancang.? Tidak cerdikkah perancang utama ini.?

Apa pun, sama-samalah kita berdoa untuk kemenangan kepada PR.

Kerajaan Perak Pimpinan PAS telah membuktikan keadilan Islam kepada masyarakat selepas mengambil alih tampuk pemerintahan di Perak. Kezaliman di sanggah dan keadilan dinobatkan.

Keadilan Islam meliputi semua agama tanpa mengira bangsa. Keadilan Islam bukan bermakna menzalimi penganut agama lain.

Amirul Mu’minin Umar Al-Khattab pernah menggugurkan pembayaran jizyah terhadap seorang yahudi kerana yahudi ini sudah tidak mampu bekerja.

Seorang pemerintah Islam, pernah memberi balik jizyah yang telah diberikan oleh orang bukan Islam kepada kerajaan Islam kerana pemerintah Islam ketika itu tidak mampu memberi perlindungan daripada ancaman perang.

Orang bukan Islam bersama-sama dengan orang Islam membangunkan Malaysia, mereka membayar cukai sebagaimana orang Islam. maka mereka wajar mendapat apa-apa yang menjadi hak kewarganegaraan.

Semoga PAKATAN RAKYAT akan bertemu dengan 3 kemenangan ini.

Kemenangan pertama sudah tercapai...kita tunggu 2 kemenangan lagi sebagai pra syarat untuk mencapai kemenangan yang besar dalam PRU13, insyaAllah

Apa pun bagi petugas PAS, komitmen perlu ditingkatkan. Parti perlu dikukuhkan. Jangan benarkan sebarang anasir-anasir yang merosakkan gerakan Islam ini. Pastikan syarat kemenangan dipenuhi. InsyaAllah

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...

Monday, April 6, 2009

PRK P059 2 : Hebat sangat ke penangan Tun Mahathir.?

Sebagaimana yang dijanjikan, Tun kembali semula ke dalam UMNO selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan melalui peralihan kuasa yang terancang.

Bagi menunjukkan keikhlasan Tun Mahathir ke dalam Umno, beliau telah mulakan dengan berkempen di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Pada hari ini, utusan melaporkan bahawa beribu-beribu rakyat telah berkumpul di PPP, bukit gantang untuk mendengar ucapan beliau. Bahkan TV1 telah menyiarkan siaran langsung ucapan beliau untuk didengari oleh semua lapisan masyarakat.

Nampaknya Umno menggunakan talian hayat yang terakhir bagi menarik pengundi untuk menyokong calon Umno.

Mungkin kempen ini akan berjaya, mungkin tidak tidak..mungkin sengatan Tun masih berbisa atau mungkin sengatan Tun sudah hilang keampuhannya.

Penulis sempat mengikuti siaran langsung ucapan beliau di TV1, pada mulanya nampak hebat , bertenaga dan bernas. Tetapi pada pengakhirannya semakin terserlah kedangkalan hujjah beliau.

Kalau sebelum ini, beliau menyangkal tindakan Najib dalam isu rampasan kuasa di Perak. Tetapi kini beliau mula mengiktirafnya. Sebelum ini beliau mengeluarkan hujjah bahawa kerajaan Perak kini adalah haram. SEKARANG beliau juga mengeluarkan hujjah bahawa kerajaan Perak adalah halal.

Nampak kedangkalan kan.?

Apa pun kita lihat, adakah senjata Umno ini berkesan atau tidak. Adakah rakyat membenci individu sahaja atau parti sekaligus. Apakah Umno masih relevan di persada politik tanah air atau sudah layak terkubur. Nantikan keputusannya esok

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...

Saturday, April 4, 2009

Harap rakyat tidak tertipu

Seperti yang dijangkakan, Dato’ Seri Najib Tun Razak telah mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri ke 6 setelah mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong.

Seperti mana Perdana Menteri sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia kali ini telah mengarahkan penarikan balik sekatan terhadap penerbitan akhbar, pembebasan 13 orang tahanan ISA dan akan mengkaji balik akta ISA.

Perbezaan ketara antara perlantikan Perdana Menteri sekarang dan Tun Abdullah Ahmad Badawi ialah di waktu perlantikan Tun Abdullah, rakyat mengenali beliau sebagai Mr Clean. Tetapi ketika perlantik Perdana Menteri sekarang, beliau sedang berdepan dengan masalah integriti dan moral yang belum dibersihkan oleh mana-mana mahkamah.

Ini memungkinkan keyakinan masyarakat terhadap beliau tidak sehebat keyakinan terhadap Perdana Menteri sebelum ini.

Pada permulaannya, penulis ingin bersangka baik terhadap ucapan permulaan Perdana Menteri dengan harapan pentadbiran negara akan menjadi lebih baik dan maju berdasarkan Islam yang menjadi agama rasmi negara.

TETAPI setelah difikirkan kembali, penulis merasakan harapan hanya tinggal harapan. Ketokohan seorang pemimpin tidak diukur bermula dengan perlantikan sebagai Perdana Menteri. Tetapi ketokohan seorang pemimpin diukur bermula apabila beliau mula menceburi bidang politik. Ketokohan itu, bukan sekadar dilihat dari segi kemampuan mentadbir, tetapi moral dan integriti perlu di ambil kira supaya kecemerlangan pentadbiran itu akan dapat diterjemahkan dalam sebagai ketua pentadbiran.

Dalam konteks Perdana Menteri sekarang ini, setahu penulis, beliau tidak pernah perubahan besar khususnya untuk Islam dalam setiap kementerian yang pernah dipegang antaranya Kementerian Pendidikan, kementerian Pertahanan dan kementerian Belia dan Sukan.

Mungkin pembaca yang lain pernah terdengar atau terbaca, tetapi penulis masih belum terjumpa fakta kecemerlangan kepimpinan Perdana Menteri sekarang.

Yang paling penting, Perdana Menteri sekarang ialah presiden Umno. Umno merupakan parti melayu yang masih mengamalkan dasar sekularisma dalam pemerintahan.

Pemisahan agama dan politik masih lagi ketara dalam pentadbiran, walaupun kenyataan ini acap kali disanggah oleh kepimpinan Umno. Sanggahan ini pun dikeluarkan selepas rakyat mula memahami pentingnya Islam menjadi teras dalam pemerintahan.

Bukti yang masih jelas ialah keengganan untuk melaksanakan undang-undang jenayah menurut Al-Quran. Sistem kewangan Islam (walaupun kerajaan cuba memperkenalkan perbankkan Islam, tetapi dasar Bank Negara masih tidak berubah) dan pelbagai lagi yang perlu disemak berpandukan Syarak. Kerajaan pimpinan Umno mungkin melaksanakan beberapan agenda Islamisasi, tetapi perbuatan mengambil separuh daripada ajaran Islam dan meninggalkan separuh ajaran lagi merupakan perbuatan yang sama dengan bangsa Yahudi dan kristian.

Sebab itu, selagi dasar tidak berubah, selagi itulah pemimpinnya negara akan dipacu sebagaimana kepimpinan sebelumnya. Kualiti pemimpin diukur berpandukan kepada dasar yang di bawa. Perancangan seorang pemimpin akan diatur berdasarkan kepada dasar yang di pegang.

Demi keamanan, kemakmuran dan keadilan, hanya Islam sahaja yang mampu menjadi penyelesai kepada semua masalah.

Harap rakyat tidak tertipu dengan segala janji manis pimpinan baru selagi mereka berpartikan dengan parti UMNO. Sudah sampai masanya UMNO di jadikan pembangkang di Malaysia.

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...