Friday, March 13, 2009

Unity Government ; Islam mesti menjadi teras

Hampir 2 minggu blog attakiri dibiarkan kaku tanpa update. Walaupun satu ketika penulis cuba untuk mengupdate, TAPI entah mengapa, setiap kali tangan menyentuh keyboard, mood menjadi hilang dengan tiba-tiba.

Mungkin disebabkan dengan keadaan politik yang terlampau berkecamuk sehingga tidak mampu dilepaskan perasaan melalui penulisan semata-mata.

Sebaik sahaja selesai PRU12, politik negara terus berkecamuk, bermula dari isu perlantikan menteri yang menemui pelbagai masalah seperti di Perlis, Terengganu dan Perak. Sehingga isu gambar di bilik tidur melibatkan pemimpin politik. Bermula isu skandal rasuah sehingga isu skandal sex yang membawa kepada pembunuhan untuk kepentingan politik peribadi. Kekadang setiap isu itu sengaja dicipta untuk menambahkan lagi kekalutan seperti isu lompat parti dan krisis perlembagaan di Perak.

Ini semua antara kekabutan yang timbul dalam arus politik negara. Media arus perdana bukan bertindak untuk menjadi penyelesai masalah, bahkan bertindak mengadu domba antara pemimpin dan masyarakat, khusus apabila sesuatu isu berlaku kepada PAKATAN RAKYAT. Kalau keadaan sebegini berterusan, tidak mustahil Malaysia akan menuju ke lembah kehancuran. Lebih-lebih lagi dalam suasana ekonomi global berada dalam keadaan gawat.

Dalam hal ini yang cukup menyerabutkan ini, tiba-tiba Dato’ Seri Tuan Guru Hj. Abd. Hadi Awang mengetengahkan idea besar untuk menubuhkan sebuah kerajaan berpaduan (Unitu Government).

Kerajaan perpaduan tanpa pembangkang di adaptasikan daripada sebuah hadis yang direkodkan oleh Imam Bukhari yang berbunyi :

مَثَلُ الْقَائِمِ على حُدُودِ اللَّهِ وَالْوَاقِعِ فيها كَمَثَلِ قَوْمٍ اسْتَهَمُوا على سَفِينَةٍ فَأَصَابَ بَعْضُهُمْ أَعْلَاهَا وَبَعْضُهُمْ أَسْفَلَهَا فَكَانَ الَّذِينَ في أَسْفَلِهَا إذا اسْتَقَوْا من الْمَاءِ مَرُّوا على من فَوْقَهُمْ فَقَالُوا لو أَنَّا خَرَقْنَا في نَصِيبِنَا خَرْقًا ولم نُؤْذِ من فَوْقَنَا فَإِنْ يَتْرُكُوهُمْ وما أَرَادُوا هَلَكُوا جميعا وَإِنْ أَخَذُوا على أَيْدِيهِمْ نَجَوْا وَنَجَوْا جميعا

Maksudnya : Perumpamaan orang-orang yang menjaga batas-batas agama Allah SWT dengan mereka yang melanggarnya, bagaikan satu kaum yang menaiki sebuah bahtera. Sebahagian mendapat tempat di atas dan sebahagian lagi di bawah . Mereka yang berada di bawah , jika ingin mendapatkan air (terpaksa) melewati orang-orang yang berada di atas, akhirnya mereka berkata, "Seandainya kita menebuk lubang di bahagian bawah bahtera ini untuk mendapatkan air, tentu kita tidak lagi mengganggu orang-orang yang berada di atas." Jika orang yang berada diatas membiarkan tindakan mereka yang berada di bawah bagi mendapatkan apa yang mereka mahu , tentu semuanya akan binasa. Jika mereka menghalanginya, mereka akan selamat malah semuanya akan selamat "

Perlaksanaan dilihat agak payah, tetapi kalau kesemua parti politik berjiwa besar dan terbuka, tidak mustahil gagasan ini dapat direalitikan dalam konteks politik negara.

Walaubagaimana pun, Islam mesti menjadi teras kepada perbentukan ini, negara sudah menyaksikan sistem sekular yang telah menemui kegagalan dalam membina generasi yang bertamadun. Dunia pernah menyaksikan kegagalan sosialis dalam membina kesamarataan dalam masyarakat. Jadi sudah sampai masanya Islam menjadi teras dalam perbentukan negara perpaduan ini agar segala masalah dapat dirungkaikan.

Sejarah telah menyaksikan kegemilangan tamadun Islam selama hampir 100 tahun. Sejarah telah merakamkan kehebatan Islam membentuk generasi manusia yang cemerlang dalam segala bentuk tindakan. Pemimpin-pemimpin Islam hebat dan cemerlang kerana ISLAM.

kerajaan Islam dijatuhkan kerana Pemimpinnya meninggal Islam. Sosialis dijatuhkan kerana pemimpinnya teguh dengan ideologi zalim itu. Kapitalis sedang diambang kejatuhan kerana pemimpinnya teguh dengan ideologi bodoh itu. Sekularisma akan terus menjunam, jika pemimpin masih berpegang teguh dengan ideologi.

Inilah antara perbezaan ketara antara Islam dan ideologi yang lain. Islam bukan sekadar ideologi tetapi merupakan cara hidup yang perlu direalisasikan dalam masyarakat.

Cukuplah manusia jatuh ke lembah kebinasaan disebabkan oleh akal pendek manusia yang menolak perlaksaan Islam.

Pastikan Kerajaan Perpaduan ini bergerak selari dengan Islam selaras dengan Malaysia yang dikenali sebagai NEGARA ISLAM.

Tahniah buat Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS…inilah antara kehebatan kepimpinan ulamak.

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...

2 comments:

Anonymous said...

Asalamualaikum!

Sebenarnya Islam bukan sahaja perlu menjadi teras kepada unity government tetapi juga kepada Pakatan Rakyat. Mengapa saudara mahu meletakkan syarat Islam sebagai teras dalam unity govt tetapi mahu melupakannya dalam PR?

Tokngah

Zulhimi Abd. Rahman Attakiri said...

terima kasih..

harap tokngah dapat melihat artikel penulis sebelum ini tentang pakatan rakyat...