Tuesday, March 31, 2009

Mr Cleankah bakal PM?

Dato’ Seri Najib Tun Razak telah diangkat secara rasmi sebagai presiden UMNO ke 6. Berkemungkinan pada 3 april 2009 nanti, beliau akan mengangkat sumpah sebagai PM Malaysia yang ke 6. Walaupun ada andaian bahawa berkemungkinan Yang Dipertuan Agong tidak merestui, tetapi penulis tidak yakin perkara ini akan berlaku.

Suka atau tidak, Malaysia pasti akan mendapat PM yang baru bagi menggantikan PM Malaysia sekarang ini.

Benci atau tidak, Malaysia pasti akan mendapat PM yang baru bagi menggantikan PM Malaysia sekarang ini.

Meluat atau tidak, Malaysia pasti akan mendapat PM yang baru bagi menggantikan PM Malaysia sekarang ini.

Tuan Guru Dato’ Presiden PAS pernah menegaskan dalam parlimen bahawa Kepimpinan negara mestilah bersih dari sebarang skandal dan penyelewengan.

Bakal PM Malaysia telah dituduh dengan pelbagai skandal dan penyelewengan. walaupun beliau sudah berkali-kali memberi penjelasan bahawa beliau tidak bersalah, tetapi itu tidak memadai. Apa integriti beliau untuk mengaku bahawa tidak bersalah. Ini samalah seperti seorang pencuri yang mengaku tidak bersalah.

Laporan polis sudah dihantar, akuan bersumpah telah dibuat terhadap bakal PM Malaysa. Kenapa pihak polis dan mahkamah tidak bertindak. apakah sumpah penafian di masjid bakal PM malaysia itu sudah memadai untuk memadamkan segala laporan, aduan dan akuan bersumpah.?

Rakyat tidak inginkan PM Malaysia yang ditohmah oleh masyarakat antarabangsa. Kini isu altantuya menjadi buah mulut masyarakat antarabangsa. Bila lagi bakal PM Malaysia hendak saman semua media ini.? Buktikan bahawa yang anda telah difitnah dan ditohmah.

Tuan Guru Dato’ Presiden pernah menyaman sebuah media di UK kerana tohmahannya yang menyebut bahawa presiden PAS ini seorang pengganas. Ini tindakan Tuan Guru bagi membersihkan namanya.

Apakah Bakal PM Malaysia tidak berani bertindak sedemikian rupa.? Penulis bimbang selepas 3 april nanti, keyakinan masyarakat dunia terhadap Malaysia semakin merudum dan merosot. Dah la, indeks rasuah meningkat, integriti kepimpinan pun diragui...

Macam mana PM Malaysia ingin membina generasi berintegriti, kalau beliau masih tidak dikira sebagai seorang yang berintegriti. Adakah beliau seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus.?

Soal kepimpinan merupakan perkara penting dalam Islam. Saidina Abu Bakar di Baiah sebelum Jasad Rasulullah di tanam. Inilah gambaran bahawa pentingnya isu kepimpinan.

Kepimpinan bukan untuk mengkayakan peribadi, isteri, keluarga dan sahabat handai. Kepimpinan ialah untuk memastikan semua rakyat jelatan meninkmati kemudahan dan keadilan.

Jadi, Mr Cleankah Bakal PM Malaysia ini?

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...

4 comments:

Anonymous said...

Salam

Memang diakui yang Najib mempunyai latarbelakang yang kontroversi yang mungkin dianggap tidak sesuai untuk menjadi PM.

Malangnya alternatif yang dikemukakan oleh PR termasuk PAS iaitu Anwar mempunyai latarbelakang yang tidak kurang kontroversinya.

Ketika Anwar bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO tahun 90an dulu, politik wang begitu berleluasa sekali dan ianya dikepalai oleh Anwar sendiri.

Bapa dan adik beradik Anwar menjadi ahli lembaga pengarah syarikat besar. Adakah mereka ni memang pandai berniaga?

Memang ahli politik UMNO ni bergelumang dengan skandal. Tetapi yang penting di sini kalau saudara tak suka Najib kerana pelbagai skandal, maka saudara juga patut tidak menyokong Anwar atas perkara yang sama. Ini baru adil dan benar-benar menepati moto saudara bekerja untuk Islam buka sekadar bekerja untuk Pas.

Zulhimi Abd. Rahman Attakiri said...

terima kasih...

penulis cuma menyebut bahawa Najib perlu membersihkan dirinya.

begitu juga dengan Anwar, kalau dikatakan PR menang pada PRU13, Anwar akan dikaji dari sudut kelayakannya.

Anwar pernah didakwa atas tuduhan rasuah dan liwat dan beliau telah pun dibersihkan daripada pendakwaan itu

harap anonymous boleh faham

lain kali tulis nama sendiri, jangan bertindak baling batu sembunyi tangan..itu pengecut namanya

Anonymous said...

Saya adalah anonymus yang saudara maksudkan. Maafkan saya kerana lupa tulis nickname. Rasanya tak perlu melabelkan saya sebagai pengecut sebelum dengarkan penjelasan saya.

Berbalik kepada isu Anwar, Anwar dibebaskan atas isu meliwat Azizan oleh Mahkamah Persekutuan tetapi sebelum itu telah didapati bersalah atas dakwaan salahguna kuasa pada 14hb. April 1999 dan dihukum penjara 6 tahun. Jadi Anwar masih lagi bersalah kerana salahguna kuasa dan saudar silap bila saudara menyatakan Anwar dibersihkan dari pendakwaan itu. Sila lihat di sini http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=6478&Itemid=50

Satu lagi yang perlu diingatkan ialah berhati-hati juga dengan Anwar yg berkawan baik dengan Sheikh Mahmud yang telah difatwakan sesat oleh mantan Mufti Selangor SS Allahyarham Dato' Ishak Baharom.

Tokngah

Zulhimi Abd. Rahman Attakiri said...

maaf atas tuduhan pengecut yang diberikan

penulis bukan berniat untuk membela DSAI. sekali lagi penulis menyebut bahawa penulis bukan pendokong politik beliau

tentang pendakwaan rasuah itu, harap tokngah dapat mendengar kenyataan Tun Mahathir yang menyebut bahawa penahanan Anwar hanya penahanan politik, beliau bukan buat salah apa-apa pun,(lihat dalam youtube)

tentang persahabatan bersama dengan sheikh mahmud itu, penuls tidak pasti dan tidak pernah mendengar kenyataan ini