Sunday, March 29, 2009

PRK P059 1 : Undi Melayu mungkin merosot ?

Penulis hanya menumpukan perhatian terhadap apa yang berlaku dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang. Ini bukan bermakna PRK di Bukit Selambau dan Batang Ai tidak penting. tetapi penulis hanya mampu menumpukan satu perhatian sahaja. Mungkin para sahabat yang lain akan terus menerus melaporkan perkembangan yang berlaku di kedua-dua DUN tersebut.

Semalam penulis sempat berjumpa dengan salah seorang pimpinan PAS pusat di Hotel berdekatan dengan Pejabat PAS Pusat di Jalan Raja Laut. peluang yang ada ini, penulis sempat bertanyakan tentang perkembangan calon PAS di Bukit Gantang.

Ini jawapan beliau mengikut ramalan saya, kemungkinan undi melayu akan merosot . Tetapi undi Tiong Hua dan India akan meningkat. Undi melayu akan merosot kalau pihak kita tak sempat menjawab 2 isu, 1. Isu Derhaka. 2. isu YAB Nizar dianggap boneka DAP. kalau kedua-dua isu tidak dijawab secara jelas kepada semua pengundi, pastinya undi melayu lebih berpihak kepada UMNO.

ini antara sedutan jawapan beliau terhadap perkembangan yang berlaku di Perak. Beliau telah pun mencadangkan kepada PAS Perak supaya memastikan kedua-dua jawapan isu dijadikan bentuk poster dan sebagai isi penting kepada penceramah PAS dan PR. ini penting supaya dalam tempoh seminggu ini, rakyat dapat di fahamkan perkembangan politik sebenar Perak di bawah PAKATAN RAKYAT.

Ini semua sekadar pandangan daripada salah seorang pimpinan PAS Pusat yang mempunyai pengalaman dalam berdepan dengan suasana politik tanah air. Pandangan beliau mungkin ada kebenarannya.

PAKATAN RAKYAT telah berjaya meningkatkan majoriti di Parlimen Permatang Pauh. PAKATAN RAKYAT telah berjaya merampas kembali kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Kedua-dua kejayaan ini diharap tidak melekakan petugas-petugas parti yang datang dari seluruh negara. Kalau gerak kerja di Bukit Gantang sama seperti gerak kerja di Kuala Terengganu, InsyaAllah kemenangan akan berpihak kepada kita.

Kemelut perlembagaan yang berlaku di Perak mungkin boleh membantu kita, tetapi adakah semua masyarakat Bukit Gantang mampu memahaminya. Ini semua bergantung kepada kekuatan jentera penerangan dan penggerak parti untuk memastikannya.

Walaubagaimana pun, perkara yang paling penting ialah tawakkal kepada Allah SWT. Sehebat mana pun strategi kita, sekuat mana pun jentera kita, kalau tidak bergantung kepada Allah adalah sia-sia sahaja.

Sekuat mana pun strategi musuh, sehebat mana pun kekuatan musuh pasti akan dapat dihancurkan oleh Allah SWT walaupun perancangan mereka dapat menghancurkan bukit sekalipun. Yang penting usaha dan tawakkal.

Walaupun semua petugas tahu..tapi ini sekadar peringatan sahaja.

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...

No comments: