Semalam, Malaysia disambut dengan kematian Mendiang Eric Chia. Siapa yang tidak kenal Eric Chia.? Tulisan ini bukan berniat untuk mengaibkan si mati. Tulisan ini sekadar memperingatkan penganut Islam semua bahawa sekaya mana pun kita, sehebat mana pun kita, penipu mana pun kita, pemakan rasuah mana pun kita, pengkhianat wang negara pun kita, Pasti akan menemui KEMATIAN.
Kalau dilihat kelakuan dan gelagat segelintir masyarakat dan pemimpin negara seolah-olah menggambarkan bahawa mereka tidak takutkan kematian. Bahkan mereka menganggap bahawa kematian itu tidak berlaku. Tengoklah kehidupan mereka. Dah la isteri tidak bertudung, suami pulak penyangak harta negara.!!!. tiba-tiba pemimpin sebegini mendakwa ingin melaksanakan Islam. logik ke ?
Dalam masyarakat pula dilihat bagaimana golongan yang hidup mewah mula meninggalkan sedikit demi sedikit kewajipan zakat. Yang hanya ditunaikan ialah zakat fitrah sahaja. Itupun kerana kalau tidak ditunaikan mungkin akan menimbulkan prasangka buruk dari kalangan masyarakat. Zakat pendapatan, zakat barang kemas dan sebagainya payah nak dilaksanakan. Itu tidak termasuk kewajipan sembahyang yang semakin diringankan. Penulis pernah berjumpa dengan seorang ahli perniagaan yang sengaja melewatkan sembahyang sehingga ke akhir waktu semata-mata hanya sekadar menyelesaikan kerja-kerja dipejabat sahaja.
Tetapi golongan sebegini hanya mengekploitasikan golongan agama untuk kepentingan diri semata-mata. Contohnya apabila ingin merebut projek, mulalah gunakan tok guru pondok dan ahli huffaz untuk membuat sembahyang hajat. Tok-tok guru bukan digunakan untuk bertanyakan permasalahan agama tetapi lebih kepada kepentingan peribadi dan duniawi.
Bagi pemimpin negara pula dilihat seakan-akan menggunakan Islam untuk kepentingan politik sahaja. Kalau sebelum ini perdana Menteri yang pertama pernah mengumumkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular tetapi semenjak kekuatan PAS semakin terkedepan, Perdana Menteri keempat terpaksa mengumumkan bahawa Malaysia sebuah negara Islam. PM Malaysia sekarang ini pula mengumumkan Islam Hadhari.
Tetapi apa guna dengan slogan kalau perlaksanaannya kosong. Suasana kehidupan yang mewah seakan-akan melupai golongan rakyat bawahan yang masih lagi memakan siput babi untuk menyambung hidup. Ini bukan cara pemimpin Islam.
Saidina Umar Al-Khattab pernah menolak untuk memakan daging bakar di musim kemarau kerana memikirkan bahawa rakyat berada dalam keadaan kelaparan. Beliau juga pernah menghabiskan semua kantung perbendaharaan baitul mal bagi membantu rakyat yang sedang kefakiran. Jadi inilah sebenarnya tanggungjawab sebuah kerajaan Islam.
Jadi pemimpin dan masyarakat perlu sedar bahawa sekaya manapun mereka, semewah manapun kehidupan mereka sehingga sanggup menipu dan mengkhianati amanah. Mereka pasti menemui kematian. Bahkan mereka pasti akan bertemu kembali semua golongan yang pernah dizaliminya untuk dituntut hak yang telah di ambil pada hari PEMBALASAN
Firman Allah yang bermaksud : sesiapa yang berjaya melepaskan diri dari api neraka dan berjaya memasuki (kerana amalan mereka),Maka dialah orang yang paling berjaya. Tidaklah kehidupan dunia ini kecuali Kesenangan yang menipu.
No comments:
Post a Comment