Penulis cukup bersetuju dengan pelbagai pandangan yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak bahawa isu liwat merupakan isu lapuk. Anwar pernah dituduh pada tahun 1998 tetapi dibebaskan kerana tidak cukup bukti dan fakta. Alih-alih sekarang ditimbulkan kembali isu ini. Rasa-rasanya semua rakyat tidak percaya dan muak dengan sipenuduh.
Sebenarnya isu ini akan lebih membangkitkan amarah rakyat terhadap kezaliman UMNO/BN. Dahlah kemarahan rakyat belum dapat diredakan dengan kenaikan harga minyak, kemudian ditambah dengan tuduhan yang tidak masuk akal ini. Kalau hendak jatuhkan kredibiliti Anwar pun gunalah taktik dan strategi lain.
Menuduh seseorang tanpa bukti khususnya dalam hal yang berkaitan dengan maruah adalah sesuatu yang dikira DOSA BESAR. Bahkan Quran telah memberi amaran bahawa sesiapa yang menuduh tanpa bukti yang kukuh akan disebat sebanyak 80 kali dan kesaksian orang itu akan tertolak buat selama-lamanya.
UMNO sepatutnya mengambil pengiktibaran daripada peristiwa tahun 1998 yang cukup menyayat hati. Kumpulan penuduh yang terdiri daripada Mokhtar Abdullah, Rahim Noor, Khalid Jefry dan pelbagai lagi telah menerima pelbagai balasan.
Jadi pihak penuduh sepatutnya mengambil pengiktibaran di atas segala peristiwa ini. Jangan kerana inginkan kemewahan duniawi sehingga sanggup menggadaikan keredhaan Allah, sanggup menerima kemurkaan Allah daripada kemurkaan pemimpin.
Takkan sipenuduh tidak tahu malu. Lihat pada Azizan yang pernah mengfitnah Anwar dahulu. Bagaimana nasib dia sekarang?. Sesiapa yang berjumpa denganya pasti mencemuh dan memandang dengan pandangan yang jelek.
Urutan peristiwa yang berlaku ini akan mempercepatkan tumbangnya kerajaan yang korup dan akan digantikan dengan kerajaan yang adil, amanah dan berkebajikan. Sama-sama kita doakan. InsyaAllah
... Bekerja Untuk Islam ...