Tuesday, March 31, 2009

Mr Cleankah bakal PM?

Dato’ Seri Najib Tun Razak telah diangkat secara rasmi sebagai presiden UMNO ke 6. Berkemungkinan pada 3 april 2009 nanti, beliau akan mengangkat sumpah sebagai PM Malaysia yang ke 6. Walaupun ada andaian bahawa berkemungkinan Yang Dipertuan Agong tidak merestui, tetapi penulis tidak yakin perkara ini akan berlaku.

Suka atau tidak, Malaysia pasti akan mendapat PM yang baru bagi menggantikan PM Malaysia sekarang ini.

Benci atau tidak, Malaysia pasti akan mendapat PM yang baru bagi menggantikan PM Malaysia sekarang ini.

Meluat atau tidak, Malaysia pasti akan mendapat PM yang baru bagi menggantikan PM Malaysia sekarang ini.

Tuan Guru Dato’ Presiden PAS pernah menegaskan dalam parlimen bahawa Kepimpinan negara mestilah bersih dari sebarang skandal dan penyelewengan.

Bakal PM Malaysia telah dituduh dengan pelbagai skandal dan penyelewengan. walaupun beliau sudah berkali-kali memberi penjelasan bahawa beliau tidak bersalah, tetapi itu tidak memadai. Apa integriti beliau untuk mengaku bahawa tidak bersalah. Ini samalah seperti seorang pencuri yang mengaku tidak bersalah.

Laporan polis sudah dihantar, akuan bersumpah telah dibuat terhadap bakal PM Malaysa. Kenapa pihak polis dan mahkamah tidak bertindak. apakah sumpah penafian di masjid bakal PM malaysia itu sudah memadai untuk memadamkan segala laporan, aduan dan akuan bersumpah.?

Rakyat tidak inginkan PM Malaysia yang ditohmah oleh masyarakat antarabangsa. Kini isu altantuya menjadi buah mulut masyarakat antarabangsa. Bila lagi bakal PM Malaysia hendak saman semua media ini.? Buktikan bahawa yang anda telah difitnah dan ditohmah.

Tuan Guru Dato’ Presiden pernah menyaman sebuah media di UK kerana tohmahannya yang menyebut bahawa presiden PAS ini seorang pengganas. Ini tindakan Tuan Guru bagi membersihkan namanya.

Apakah Bakal PM Malaysia tidak berani bertindak sedemikian rupa.? Penulis bimbang selepas 3 april nanti, keyakinan masyarakat dunia terhadap Malaysia semakin merudum dan merosot. Dah la, indeks rasuah meningkat, integriti kepimpinan pun diragui...

Macam mana PM Malaysia ingin membina generasi berintegriti, kalau beliau masih tidak dikira sebagai seorang yang berintegriti. Adakah beliau seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus.?

Soal kepimpinan merupakan perkara penting dalam Islam. Saidina Abu Bakar di Baiah sebelum Jasad Rasulullah di tanam. Inilah gambaran bahawa pentingnya isu kepimpinan.

Kepimpinan bukan untuk mengkayakan peribadi, isteri, keluarga dan sahabat handai. Kepimpinan ialah untuk memastikan semua rakyat jelatan meninkmati kemudahan dan keadilan.

Jadi, Mr Cleankah Bakal PM Malaysia ini?

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...

Sunday, March 29, 2009

PRK P059 1 : Undi Melayu mungkin merosot ?

Penulis hanya menumpukan perhatian terhadap apa yang berlaku dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang. Ini bukan bermakna PRK di Bukit Selambau dan Batang Ai tidak penting. tetapi penulis hanya mampu menumpukan satu perhatian sahaja. Mungkin para sahabat yang lain akan terus menerus melaporkan perkembangan yang berlaku di kedua-dua DUN tersebut.

Semalam penulis sempat berjumpa dengan salah seorang pimpinan PAS pusat di Hotel berdekatan dengan Pejabat PAS Pusat di Jalan Raja Laut. peluang yang ada ini, penulis sempat bertanyakan tentang perkembangan calon PAS di Bukit Gantang.

Ini jawapan beliau mengikut ramalan saya, kemungkinan undi melayu akan merosot . Tetapi undi Tiong Hua dan India akan meningkat. Undi melayu akan merosot kalau pihak kita tak sempat menjawab 2 isu, 1. Isu Derhaka. 2. isu YAB Nizar dianggap boneka DAP. kalau kedua-dua isu tidak dijawab secara jelas kepada semua pengundi, pastinya undi melayu lebih berpihak kepada UMNO.

ini antara sedutan jawapan beliau terhadap perkembangan yang berlaku di Perak. Beliau telah pun mencadangkan kepada PAS Perak supaya memastikan kedua-dua jawapan isu dijadikan bentuk poster dan sebagai isi penting kepada penceramah PAS dan PR. ini penting supaya dalam tempoh seminggu ini, rakyat dapat di fahamkan perkembangan politik sebenar Perak di bawah PAKATAN RAKYAT.

Ini semua sekadar pandangan daripada salah seorang pimpinan PAS Pusat yang mempunyai pengalaman dalam berdepan dengan suasana politik tanah air. Pandangan beliau mungkin ada kebenarannya.

PAKATAN RAKYAT telah berjaya meningkatkan majoriti di Parlimen Permatang Pauh. PAKATAN RAKYAT telah berjaya merampas kembali kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Kedua-dua kejayaan ini diharap tidak melekakan petugas-petugas parti yang datang dari seluruh negara. Kalau gerak kerja di Bukit Gantang sama seperti gerak kerja di Kuala Terengganu, InsyaAllah kemenangan akan berpihak kepada kita.

Kemelut perlembagaan yang berlaku di Perak mungkin boleh membantu kita, tetapi adakah semua masyarakat Bukit Gantang mampu memahaminya. Ini semua bergantung kepada kekuatan jentera penerangan dan penggerak parti untuk memastikannya.

Walaubagaimana pun, perkara yang paling penting ialah tawakkal kepada Allah SWT. Sehebat mana pun strategi kita, sekuat mana pun jentera kita, kalau tidak bergantung kepada Allah adalah sia-sia sahaja.

Sekuat mana pun strategi musuh, sehebat mana pun kekuatan musuh pasti akan dapat dihancurkan oleh Allah SWT walaupun perancangan mereka dapat menghancurkan bukit sekalipun. Yang penting usaha dan tawakkal.

Walaupun semua petugas tahu..tapi ini sekadar peringatan sahaja.

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...

Kerajaan Perpaduan 1 : Sokong keputusan Presiden

walaupun penulis dikira agak lambat untuk mengulas, tetapi sekurang-kurangnya penulis cuba untuk mengeluarkan pandangan ini sebelum diperbincangkan secara panjang lebar dalam muktamar nanti.

Kerajaan Perpaduan merupakan satu gagasan besar Dato’ Seri Tuan Guru Presiden sebagai satu jalan untuk mengembalikan kestabilan politik tanah air yang begitu berkecamuk. Krisis perlembagaan Perak yang tidak berkesudahan, ekonomi negara yang semakin meruncing (walaupun sudah di luluskan 2 kali pakej ransangan ekonomi). ini semua memerlukan satu sistem pemerintahan baru untuk mengembalikan keyakinan masyarakat dunia terhadap Malaysia.

Kerajaan Perpaduan bukan beerti menyatukan semua parti politik di bawah satu parti. kerajaan Perpaduan ini lebih ke arah semua parti politik mengambil peranan dalam kerajaan sebagaimana yang berlaku di Indonesia di bawah pemerintahan B.J Habibie. ada di kalangan parti pembangkang yang dilantik sebagai menteri-menteri tertentu. ini semua bagi mengelakkan penyelewengan dan rasuah dalam pentadbiran negara.

Dato’ Seri Tuan Guru Presiden telah mengumumkan gagasan ini sejurus selepas kemenangan besar PR di stadium Melawati tidak lama dahulu. tetapi mungkin ketika itu, mood masyarakat masih terikat dengan “16 September”, jadi gagasan ini dibiarkan berlalu begitu sahaja. kini, gagasan ini diperkenalkan kembali dan bakal dibincangkan dalam muktamar PAS Pusat yang akan di adakan di Shah Alam pada awal Jun nanti.

ini antara keterbukaan PAS sebagai strategi dakwah kepada masyarakat. kalau dulu, masyarakat hanya memandang PAS sebagai parti orang kampung yang hanya pandai bersyarah. kini, PAS ingin membuktikan bahawa PAS mampu untuk mentadbir sebuah negara. PAS telah membuktikan kecemerlangan pemerintahan di Kelantan dengan menggunakan asas Islam selama hampir 20 tahun. mungkin di Kedah, masyarakat belum melihat lagi kesannya. tetapi perubahan ke arah kecemerlangan pemerintahan berteraskan Islam semakin di atur demi kesejahteraan rakyat jelata.

Gagasan ini bukan setakat dipersetujui oleh kebanyakan ahli politik, tetapi ahli akademik juga menyokong penuh penubuhan kerajaan perpaduan bagi memastikan negara dipacu dengan penuh integriti dan cemerlang. lupakan sekejap persengketaan politik. kita sama-sama berbincang bagaimana untuk menangani kemelut ekonomi global. kita sama-sama berbincang bagaimana untuk mengatasi krisis perlembagaan Perak. kita sama-sama berbincang bagaimana untuk menghapuskan rasuah. kita sama-sama berbincang bagaimana untuk meningkatkan modal insan bagi membangunkan negara.

Pendetailannya insyaAllah akan diperbincangkan dalam muktamar nanti. penulis hanya memberi pandangan awal..

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...

Tuesday, March 24, 2009

Waktu bercuti sudah tamat....


2 minggu blog tidak ku update...entah mengapa perasaan malas datang bertimpa-timpa..bukan setakat blog..bahkan internet juga tidak ku jengah untuk mencari berita-berita...hai... inilah iman sekejap naik sekejap turun...memang payah untuk terus istiqomah.

walau bagaimana pun, waktu rehat dah pun berakhir, insyaAllah penulis akan lebih kerap mengupdatekan blog ini supaya ianya tidak hambar dan kaku.

doakan supaya penulis terus kejap dalam dakwah...

www.attakiri.blogspot.com



... Bekerja Untuk Islam ...